Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts
21 April 2010
video lakonan jalinan musim dingin 09:scene 5 kisah karim
kisah karim yang ingin murtad kerana ingin berkahwin dengan Rachel.
first time video lebih dari seminit.
playlist episod terdahulu.
video JMD melbourne o9:scene 4-kematian Murad
Aku melihat terlalu banyak video di page youtube. Walaupun aku sudah menyusunnya ke dalam playlist tetapi seperti tiada guna. Semua video masih dipaparkan. Paparan playlist hanya muncul sewaktu search.
Playlist video lakonan jalinan musim dingin melbourne 2009
Playlist video lakonan jalinan musim dingin melbourne 2009
18 March 2010
donlod
sekarang pukul 5.18 petang. aku baru sahaja pulang dari Mendel Lab untuk Experiment Genetic minggu ini dan rasanya aku telah masukkan dua botol Streptomycin dalam satu agar plate.pergh~ layan. satu lagi plate terbiar kosong. wawawa~sekarang aku berada di sini, di Brownless Medical Library. Buat apakah? mengapa aku tidak terus pulang untuk makan2 sambil berehat di ruang tamu? Ini kerana aku sedang mendonlod.Ya.. dengan menggunakan kelebihan 60 Mbs sudah tentu Uni menjadi tempat pilihan.
saya sedang mendonlod ini. dan video2 yang sama waktu dengannya.
p/s: tengah belajar music theory..
06 February 2010
dapat 50cent weih! haha
maka pada hari ini bertarikh 6/2/2010 bersamaan 9 hari sebelum final exam summer diisytiharkan bahawa saya telah berbusking di melbourne city.Muahaha!.pada jam 11 pagi cuaca amat baik sekali.cerah cerah.jadi saya telah bertolak ke city.sampai di sana saya berjalan menyusuri jalan jalan sambil mengusung gitar kesayangan.hari ini hari sabtu jadi orang ramai keluar membeli belah dan berjalan jalan.sewaktu saya mencari cari tempat yang sesuai sempat saya berjalan menyusuri Bourke St.
Bourke St adalah tempat dilarang berbusking untuk saya kerana permit saya adalah General Area Permit.Untuk busking di Bourke St perlu ada permit khas iaitu Bourke St permit.Untuk mendapatkan permit itu perlu ada General Area permit selama 6 bulan dan busking secara regularly.
Setelah beberapa minit berjalan saya menjumpai tempat yang sesuai.saya mengambil gitar lalu duduk secara macho.setelah memakai topeng (malu weih),langsung saya terus bermain gitar.tidak sampai 5 minit saya mendapat imbuhan saya yang pertama berjumlah 50cent.haha .convert tu dapat rm1.50.banyak tak banyak.haha.tapi tujuan saya bukanlah hendakkan duit tapi ingin membina keyakinan dan membiasakan diri dengan keadaan.
tetapi langit tak selalu cerah.cuaca tiba-tiba menjadi tak menentu dan menyebabkan beg gitar saya bergerak gerak.jadi saya mengambil keputusan untuk cukup setakat ini kerana mission telah pun accomplish.haha.maka saya pun bergeraklah pulang untuk menghadiri majlis akikah Dayang Asma'. (bukan mohd danish. nurul danish dan lain2)
p/s: kena dapat around 3.00 dollar dalam masa 2 jam untuk balik modal tiket tram. kaki amat2 lenguh kerana menyupport gitar.jadi selepas ini perlu beli tali untuk digantungkan di badan.jari juga sakit2 kerana memetik dengan kuat untuk melawan bunyi hu ha hu ha orang berjalan dan bunyi tram.mungkin perlu guna elektrik gitar selepas ini memandangkan talinya lembut dan ada amps(tapi amps kena ada plug maknanya kena beli amps baterikah?).dan tak perlu pakai topeng lagi selepas ini kerana saya pakai spek jadi topeng itu longgar2 dan tak dapat eye contact dengan audience.haha.(poyo super).
p/s: a dream came true. NEXT: ambil lesen
p/s/s:time kaseh hizanes kerana memberi semangat. so lovely xoxo '-'
p/s/s:time kaseh hizanes kerana memberi semangat. so lovely xoxo '-'
Labels:
best,
cabarandugaansepanjangperjalanan,
cik mata panda,
gitar,
hizanes,
hobi,
musika
04 February 2010
busking: what is busking?
dipetik dati website melbourne city hall.
Definition - What is busking
In the context of City of Melbourne’s Busking Guidelines a busker is considered to be a
person who is;
(a) actively providing a display of artistry in a drawing medium (this excludes pre fabricated static displays)
(b) playing an instrument or multiple instruments both conventional or self constructed
(c) providing a song, mime, statue or creative performance, or
(d) engaged in a dancing routine
What is not busking
Accepting money in exchange for merchandise or goods is not busking. Begging is illegal.
jadi, sebab itu kena ada permit '-'
03 February 2010
my busking permit number is GA10-0058
pada petang tadi, dia baru sahaja pulang daripada Uni setelah puas menyedut cobalt3haxaaamine chloride(lab chem).hari ini cuaca amat panas. tram sampai lalu dengan langkah bergaya menaiki tram tanpa menvalidatekan Mykinya ( alat tu not in service la). akhirnya sampailah dia ke destinasi. dan dalam panas terik itu dia menekan butang loceng rumah lalu disedari ada surat di situ.
hmm..
akhirnya! setelah 2 minggu berturut turut.setelah banyak chemical2 telah disedut.surat dari City of Melbourne telah selamat sampai di rumah. '-' apa ada dalam tu?
ada peta. dan warna2 didalamnya.apakah itu?
'No busking Area' hmm.
oleh itu, maka dengan ini telah rasmilah perlantikan beliau sebagai seorang busker di Melbourne. jadi satu lagi fantasi akan ditukar kepada realiti. Bilakah?
sudah lama merancang untuk hari ini. sejak mendapat result fly pada dua tahun lepas. semasa semester satu dan dua tahun lepas, subjek Riff: Discovering Acoustic Guitar (1 and 2) telah diambil sebagai Breadth subjek. subjek itu telah diambil tanpa sedikitpun tahu bermain gitar. result yang diperolehi ialah 77(H2A) untuk semester satu dan 80 (H1) pada semester dua tahun lepas. dan sekarang boleh la main sikit sikit.
teringat pula kisah 2 minggu lepas. sewaktu hendak mengambil permit tersebut.
teringat pula kisah 2 minggu lepas. sewaktu hendak mengambil permit tersebut.
esok tak ada lecture jadi mungkinkah?
30 January 2010
know the guitar: the six string
ada 6 tali pada gitar. dari tebal hingga paling nipis.
E, A, D, G, B, E
setiap tali mempunyai nombor. paling nipis iaitu yang paling bawah dipanggil 1st string, naik ke atas, hingga yang paling tebal 6th string
bunyi yang dihasilkan juga berbeza.
skinny/thin sound pada high E (tali paling bawah)
heavy/thick sound pada low E (tali paling atas)
kesimpulannya yang penting disini ialah kalian perlu mengerti EADGBE dipanggil standard tuning.ada lagu2 lain yang mempunya tuning yang lain seperti DADGAD tuning.
29 January 2010
its easy to play guitar
her name hizanes
'The hardest thing to do when you hold a guitar is not to play the guitar'
Ken Murray: my guitar tutor and lecturer
22 January 2010
i'm Applying Busking Pemit in Melbourne, success '-'
aku berlatih beberapa buah lagu terutamanya Bartolome Catalayud.tidak sampai 3 minggu aku bermain lagu ini.mungkin kerana minat maka aku dapat mainkannya dengan mudah.atau lagu itu memang mudah mungkin.di pagi yang seberapa sejuk itu,cuma kedengaran hanyalah sayup sayup bunyi gitar.cukuplah asalkan lebih kuat bunyinya dari degupan jantung yang berdebar pada waktu itu.
aku metakkan gitar di surau di Pelham St dan terus menuju ke Elizabeth Murdoch lecture theatre.jam menunjukkan pukul 9.20 pagi apabila tiba di sana.lecture telah dimulakan dan kebanyakan seat tengah dan belakang telah dipenuhi walaupun masih ada beberapa tempat yang kosong.aku menuju ke seat hadapan,duduk sambil mendongak ke arah dua skrin layar yang besar.telinga ini mendengar tentang quantum physic tetapi bunyi gitar lebih kuat dari itu.
sedar tak sedar sudah tiba masa untuk berehat 5 minit setelah 1 jam lecture bermakna ada lebihan satu jam lagi.hampir semua orang beredar untuk menghilangkan rasa mengantuk sama ada ke tandas untuk membasuh muka, minum secawan ice coffee ataupun mengambil udara segar diluar.aku keluar untuk mengambil gitar lalu menaiki tram.
aku memeriksa dokumen penting.borang,passport dan juga student id.yang penting sekali ialah tempat review itu akan diadakan iaitu di city square corner between Swanston St and Collin St.setibanya di situ,aku bergerak ke arah satu tempat duduk,meletakkan beg gitar yang besar itu lalu mengeluarkan beberapa slide lecture note pura pura membaca.manusia ulang alik melintas dihadapan.begitu juga dengan kereta,teksi dan tidak terkecuali beberapa buah kereta kuda.dari jauh kelihatan seorang wanita bersama sama 3 orang budak lelaki.ditangannya ada helaian borang permohonan manakala setiap kanak kanak itu membawa alat muzik di dalam bekas hitam.
wanita itu berjalan ke arah aku.lecture note itu aku simpan dan bersiap sedia untuk menjawab apa apa soalan.mereka duduk disebelah aku lalu mula berbicara dengannya.seperti mana yang disangka dia adalah penjaga kepada kanak kanak itu kerana mereka bawah 16tahun.mereka semua tahu bermain piano.yang kecil sekali tahu bermain violin dan yang tinggi sekali berumur 13tahun bermain clarinet.teringat budak perempuan bermain flute tempoh hari.
angin angin bandar bertiup menggoyangkan daun daun kering yang beberapa kali jatuh di atas kepala.beberapa orang lain juga hadir bersama sama barang persembahan mereka untuk diperlihatkan kepada Town Hall Officer.bilangan kami yang ramai bersama alat masing masing menarik perhatian orang yang lalu lalang.di sebelah aku ialah seorang lelaki german yang tidak membawa gitarnya kerana sebentar lagi dia ingin menyaksikan tennis australia open pada hari itu di Rod Laver Arena.Guten Tag kepada beliau.
apabila officer itu tiba maka kami yang lebih dari 20 orang ini menyerahkan borang masing masing.maka kami berlatih apa yang perlu sementara menunggu nama masing masing untuk dipanggil.aku juga berjumpa dengan lelaki dari France.Bonjour monsieur kepada.lelaki german itu menegur kerana aku mengetahui 'hello' beberapa bahasa.kami berlatih bersama.
Apabila tiba giliran aku, aku terkejut sebenarnya kerana aku tidak perlu berbuat apa apa.cuma menunjukkan hizanes dan menggelengkan kepala apabila ditanya ada menggunakan amp ataupun tidak.setelah menunjukkan student id, maka aku bergerak ke arah wanita yang satu lagi, memegang nama seperti penjenayah lalu diambil gambar sambil tersengih kerana permohonan telah diluluskan.
07 January 2010
Jaulah Melbourne-Adelaide part 5 (Raya Haji di Adelaide)
Pertama kali dalam hidup beraya haji di perantauan..
hmm rasanya video ini sudah dibuat dalam bentuk super kualiti tinggi tapi tidak diketahui punca video menjdai (amik ko sampi typo2) kecik, salah tekan barangkali.
02 January 2010
resepi ala ala turkey toast kat dunkin donat
3 minggu lepas aku pulang ke kampung yang mempunyai halaman yang tanahnya berair yang pasirnya keemas-emasan ataupun secara ringkas dipanggil pulang ke kampung halaman di tanah air di pasir mas. Dan seperti tiap-tiap tahun akan ada statement yang berkaitan dengan perubahan diri. Selalunya
Oloh, tingginyo lah dio
Tapi, kali ni statement yang cukup menggegarkan sanubari telah dikeluarkan oleh dua orang mak cik
Bakpo napok pendek?
Dan ini telah mencetuskan satu resolusi ala ala resolusi PBB di Copenhagen yang lepas iaitu haruslah menjadi tinggi.
Jadi menu makanan sejak dua hari lepas adalah berkisar tentang pengambilan kalsium yang super banyak. Aku telah membeli cheese bedebah, susu, dan juga cereal Milo sebab sungguh enak dimakan begitu saja berbanding dengan pak cik kellogs dan sama sekali katakan tidak pada cereal pak cik Tobi. Cais!
Pada hari ini satu resepi enak telah tercipta secara tidak sengaja, mungkin mendapat ilham daripada Turkey Toast di Dunkin Donat yang dimakan semasa keluar berurusan yang sangat2 penting di luar waktu pejabat di kl sental beberapa minggu lepas. Ye lah, jumpa klien la katakan dan klien tu boleh bla la, comei la jugak. (abaikan)
Tanpa membuang lebih banyak masa yang telah dibuang-buang tuan puan dan puan tuan inilah dia ____________( tak de nama lagi ah.)
diambil menggunakan hp cikai sahaja tetapi jika diambil menggunakan dslr memang akan nampak sedap walaupun yang diambil adalah gambar tah*. Dengan menggunakan skill ala ala barista terkemuka maka dibuat juga air cokelat kadberi ais peti sejuk. Muahaha!
walaupun begitu skill jurugambar juga tetap perlu diambil kira. Lihatlah roti yang dibakar dan cheese bedebah yang cair diantara kedua duanya dimakan bersama dengan ayam cap baida yang disahkan halal yang digoreng dengan vegetable oil.Fuh! Memang ada roh roh Turkey Toast.
Kesimpulannya, diharapkan sebelum umur 24 dapatlah ketinggian ini dinaikkan sedikit. Mungkin disebabkan penambahan berat badan membuatkan badan menjadi sedikit lebar dan nampak gemok pendek. Tidaaaakk..
31 December 2009
12 November 2009
Tak salah kan kalau berangan angan.

Aku baru tahu yang gitar amp aku sebenarnya khusus untuk base.
Patutla tak boleh main lagu digimon season 1.
Waktu balik dari REB (Dewan exam) semalam, aku ada lalu depan sebuah kedai alat muzik. Ada nampak beberapa butir amp. Jadi ingat nak singgah lah bila2.

Nampaknya tersadai lagilah gitar mengumpul habuk. Aku rasa itu perkara biasa bagi siapa2 yang ada gitar. Mula2 sehari tak main, kemudian 2,3 dan seterusnya.
Aku terfikir ke manakah aku dan gitar letrik ini akan pergi. Konsert? Tinggi sangat rasanya. Entahlah, tapi seronok berangan angan.
Waktu form 1 dulu suka tengok digimon. Berapa kali jugakla berangan main gitar letrik lagu digimon 1 sambil pegang penyapu waktu bersih asrama. Haha.
Tengok. Aku rasa ada guna berangan angan ni sebenarnya. Kan dah dapat sebiji gitar. Tinggal nak main je kan?
-- Post From katil settle up
Subscribe to:
Posts (Atom)















