22 January 2010

i'm Applying Busking Pemit in Melbourne, success '-'

cuaca pagi itu agak sejuk sedikit.buku buku dan laptop tersadai di atas meja.jam menunjukkan pukul 7.30pagi.niat di hati untuk terus stadi selepas subuh jam 5 pagi tadi kurang lancar kerana hati asyik memikirkan tentang busking review jam 11pagi ini.aku berdiri lalu mengambil beg lalu mengeluarkan gitar.gitar yang berwarna hitam dengan sedikit garisan putih.sesuai dengan namanya Cik Mp.mungkin aku ingin tukar namanya kepada hizanes.

aku berlatih beberapa buah lagu terutamanya Bartolome Catalayud.tidak sampai 3 minggu aku bermain lagu ini.mungkin kerana minat maka aku dapat mainkannya dengan mudah.atau lagu itu memang mudah mungkin.di pagi yang seberapa sejuk itu,cuma kedengaran hanyalah sayup sayup bunyi gitar.cukuplah asalkan lebih kuat bunyinya dari degupan jantung yang berdebar pada waktu itu.

jam menunjukkan pukul 8.45 maka aku bertolak ke tram stop.membawa gitar di pagi hari dengan menaiki perkhidmatan awam bukanlah sesuatu perkara yang bijak sebenarnya.tapi tiada pilihan lain.tram meluncur laju menuju ke melbourne uni.

aku metakkan gitar di surau di Pelham St dan terus menuju ke Elizabeth Murdoch lecture theatre.jam menunjukkan pukul 9.20 pagi apabila tiba di sana.lecture telah dimulakan dan kebanyakan seat tengah dan belakang telah dipenuhi walaupun masih ada beberapa tempat yang kosong.aku menuju ke seat hadapan,duduk sambil mendongak ke arah dua skrin layar yang besar.telinga ini mendengar tentang quantum physic tetapi bunyi gitar lebih kuat dari itu.

sedar tak sedar sudah tiba masa untuk berehat 5 minit setelah 1 jam lecture bermakna ada lebihan satu jam lagi.hampir semua orang beredar untuk menghilangkan rasa mengantuk sama ada ke tandas untuk membasuh muka, minum secawan ice coffee ataupun mengambil udara segar diluar.aku keluar untuk mengambil gitar lalu menaiki tram.


aku memeriksa dokumen penting.borang,passport dan juga student id.yang penting sekali ialah tempat review itu akan diadakan iaitu di city square corner between Swanston St and Collin St.setibanya di situ,aku bergerak ke arah satu tempat duduk,meletakkan beg gitar yang besar itu lalu mengeluarkan beberapa slide lecture note pura pura membaca.manusia ulang alik melintas dihadapan.begitu juga dengan kereta,teksi dan tidak terkecuali beberapa buah kereta kuda.dari jauh kelihatan seorang wanita bersama sama 3 orang budak lelaki.ditangannya ada helaian borang permohonan manakala setiap kanak kanak itu membawa alat muzik di dalam bekas hitam.


wanita itu berjalan ke arah aku.lecture note itu aku simpan dan bersiap sedia untuk menjawab apa apa soalan.mereka duduk disebelah aku lalu mula berbicara dengannya.seperti mana yang disangka dia adalah penjaga kepada kanak kanak itu kerana mereka bawah 16tahun.mereka semua tahu bermain piano.yang kecil sekali tahu bermain violin dan yang tinggi sekali berumur 13tahun bermain clarinet.teringat budak perempuan bermain flute tempoh hari.

angin angin bandar bertiup menggoyangkan daun daun kering yang beberapa kali jatuh di atas kepala.beberapa orang lain juga hadir bersama sama barang persembahan mereka untuk diperlihatkan kepada Town Hall Officer.bilangan kami yang ramai bersama alat masing masing menarik perhatian orang yang lalu lalang.di sebelah aku ialah seorang lelaki german yang tidak membawa gitarnya kerana sebentar lagi dia ingin menyaksikan tennis australia open pada hari itu di Rod Laver Arena.Guten Tag kepada beliau.

apabila officer itu tiba maka kami yang lebih dari 20 orang ini menyerahkan borang masing masing.maka kami berlatih apa yang perlu sementara menunggu nama masing masing untuk dipanggil.aku juga berjumpa dengan lelaki dari France.Bonjour monsieur kepada.lelaki german itu menegur kerana aku mengetahui 'hello' beberapa bahasa.kami berlatih bersama.

Apabila tiba giliran aku, aku terkejut sebenarnya kerana aku tidak perlu berbuat apa apa.cuma menunjukkan hizanes dan menggelengkan kepala apabila ditanya ada menggunakan amp ataupun tidak.setelah menunjukkan student id, maka aku bergerak ke arah wanita yang satu lagi, memegang nama seperti penjenayah lalu diambil gambar sambil tersengih kerana permohonan telah diluluskan.







No comments: