CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, February 9, 2010

antara hafal dan faham



past year question bukan sepenuhnya alat untuk stadi, untuk memahami konsep.

buku teks,buku rujukan,bertanya kepada lecture dan tutor,perbincangan.semua itu sebenarnya yang diperlukan untuk memahami sesuatu.

agar ianya masuk ke dalam hati.
lalu faham.ada perbezaan sangat sangat besar antara orang menghafal dan orang yang memahami.

dan buatkan aku terfikir. sama juga seperti menghafal nama semua orang tanpa memahami orang itu.

Monday, February 8, 2010

dua perkara hari ini


kalau itu akan membuat hizanes gembira maka aku akan lakukannya

dan

a friend in need is a friend indeed.tq syaz

Saturday, February 6, 2010

semuanya ok




hari ini sungguh tenang sekali.semuanya nampak seperti berada dalam keadaan yang tersusun dan senang.semua perkara setakat ini berjalan dengan lancar.mungkin kerana hari ini 7hb '-'

tentang setadi pula masih ada 8 hari.esok minggu terakhir inorganic chemistry.Organic chemistry sudah dihabiskan semalam dan hari ini perlu menghabiskan physical chemistry.

maka itu sahaja plan hari ini.

p/s: hizanes,lawa x bunga tu?

dapat 50cent weih! haha



maka pada hari ini bertarikh 6/2/2010 bersamaan 9 hari sebelum final exam summer diisytiharkan bahawa saya telah berbusking di melbourne city.Muahaha!.pada jam 11 pagi cuaca amat baik sekali.cerah cerah.jadi saya telah bertolak ke city.sampai di sana saya berjalan menyusuri jalan jalan sambil mengusung gitar kesayangan.hari ini hari sabtu jadi orang ramai keluar membeli belah dan berjalan jalan.sewaktu saya mencari cari tempat yang sesuai sempat saya berjalan menyusuri Bourke St.

Bourke St adalah tempat dilarang berbusking untuk saya kerana permit saya adalah General Area Permit.Untuk busking di Bourke St perlu ada permit khas iaitu Bourke St permit.Untuk mendapatkan permit itu perlu ada General Area permit selama 6 bulan dan busking secara regularly.



Setelah beberapa minit berjalan saya menjumpai tempat yang sesuai.saya mengambil gitar lalu duduk secara macho.setelah memakai topeng (malu weih),langsung saya terus bermain gitar.tidak sampai 5 minit saya mendapat imbuhan saya yang pertama berjumlah 50cent.haha .convert tu dapat rm1.50.banyak tak banyak.haha.tapi tujuan saya bukanlah hendakkan duit tapi ingin membina keyakinan dan membiasakan diri dengan keadaan.

tetapi langit tak selalu cerah.cuaca tiba-tiba menjadi tak menentu dan menyebabkan beg gitar saya bergerak gerak.jadi saya mengambil keputusan untuk cukup setakat ini kerana mission telah pun accomplish.haha.maka saya pun bergeraklah pulang untuk menghadiri majlis akikah Dayang Asma'. (bukan mohd danish. nurul danish dan lain2)



p/s: kena dapat around 3.00 dollar dalam masa 2 jam untuk balik modal tiket tram. kaki amat2 lenguh kerana menyupport gitar.jadi selepas ini perlu beli tali untuk digantungkan di badan.jari juga sakit2 kerana memetik dengan kuat untuk melawan bunyi hu ha hu ha orang berjalan dan bunyi tram.mungkin perlu guna elektrik gitar selepas ini memandangkan talinya lembut dan ada amps(tapi amps kena ada plug maknanya kena beli amps baterikah?).dan tak perlu pakai topeng lagi selepas ini kerana saya pakai spek jadi topeng itu longgar2 dan tak dapat eye contact dengan audience.haha.(poyo super).

p/s: a dream came true. NEXT: ambil lesen

p/s/s:time kaseh hizanes kerana memberi semangat. so lovely xoxo '-'

Related Posts with Thumbnails