02 January 2010

resepi ala ala turkey toast kat dunkin donat

3 minggu lepas aku pulang ke kampung yang mempunyai halaman yang tanahnya berair yang pasirnya keemas-emasan ataupun secara ringkas dipanggil pulang ke kampung halaman di tanah air di pasir mas. Dan seperti tiap-tiap tahun akan ada statement yang berkaitan dengan perubahan diri. Selalunya
Oloh, tingginyo lah dio

Tapi, kali ni statement yang cukup menggegarkan sanubari telah dikeluarkan oleh dua orang mak cik
Bakpo napok pendek?
Dan ini telah mencetuskan satu resolusi ala ala resolusi PBB di Copenhagen yang lepas iaitu haruslah menjadi tinggi.

Jadi menu makanan sejak dua hari lepas adalah berkisar tentang pengambilan kalsium yang super banyak. Aku telah membeli cheese bedebah, susu, dan juga cereal Milo sebab sungguh enak dimakan begitu saja berbanding dengan pak cik kellogs dan sama sekali katakan tidak pada cereal pak cik Tobi. Cais!

Pada hari ini satu resepi enak telah tercipta secara tidak sengaja, mungkin mendapat ilham daripada Turkey Toast di Dunkin Donat yang dimakan semasa keluar berurusan yang sangat2 penting di luar waktu pejabat di kl sental beberapa minggu lepas. Ye lah, jumpa klien la katakan dan klien tu boleh bla la, comei la jugak. (abaikan)




Tanpa membuang lebih banyak masa yang telah dibuang-buang tuan puan dan puan tuan inilah dia ____________( tak de nama lagi ah.)



diambil menggunakan hp cikai sahaja tetapi jika diambil menggunakan dslr memang akan nampak sedap walaupun yang diambil adalah gambar tah*. Dengan menggunakan skill ala ala barista terkemuka maka dibuat juga air cokelat kadberi ais peti sejuk. Muahaha!


walaupun begitu skill jurugambar juga tetap perlu diambil kira. Lihatlah roti yang dibakar dan cheese bedebah yang cair diantara kedua duanya dimakan bersama dengan ayam cap baida yang disahkan halal yang digoreng dengan vegetable oil.Fuh! Memang ada roh roh Turkey Toast.

Kesimpulannya, diharapkan sebelum umur 24 dapatlah ketinggian ini dinaikkan sedikit. Mungkin disebabkan penambahan berat badan membuatkan badan menjadi sedikit lebar dan nampak gemok pendek. Tidaaaakk..


7 comments:

RuGGers |8| said...

2 things..

first aku konpius ni blog ko ke cermin ko..

second..ade kah ko kt mesia skrg or x??

sekian~~

amirulhazwan said...

first
aku tuan nya blog

second
kt oz

sekian~
'-'

amirulhazwan said...

first
aku tuan nya blog

second
kt oz

sekian~
'-'

sYeNgEt ke senget?? said...

rudi:: apeka~~

bi:: comel la gak? tak ikhlas?! hahahha LOL

turkey toastttt!!!!

RuGGers |8| said...

bi??wow!!!
awesome!!ami3~~
bnyk rupenye part dri ko y aku xknl lgi.. n_n

NuR kHaiRunNiSa said...

fuisyooo..belanja awek seh..bile nk blanje aku pulak nih??haha

amirulhazwan said...

nnti2 ak blanja sume org, ngah ngah..