selamat malam semua.ya.untuk awak juga.selamat malam.
Showing posts with label cik mata panda. Show all posts
Showing posts with label cik mata panda. Show all posts
11 April 2010
06 February 2010
dapat 50cent weih! haha
maka pada hari ini bertarikh 6/2/2010 bersamaan 9 hari sebelum final exam summer diisytiharkan bahawa saya telah berbusking di melbourne city.Muahaha!.pada jam 11 pagi cuaca amat baik sekali.cerah cerah.jadi saya telah bertolak ke city.sampai di sana saya berjalan menyusuri jalan jalan sambil mengusung gitar kesayangan.hari ini hari sabtu jadi orang ramai keluar membeli belah dan berjalan jalan.sewaktu saya mencari cari tempat yang sesuai sempat saya berjalan menyusuri Bourke St.
Bourke St adalah tempat dilarang berbusking untuk saya kerana permit saya adalah General Area Permit.Untuk busking di Bourke St perlu ada permit khas iaitu Bourke St permit.Untuk mendapatkan permit itu perlu ada General Area permit selama 6 bulan dan busking secara regularly.
Setelah beberapa minit berjalan saya menjumpai tempat yang sesuai.saya mengambil gitar lalu duduk secara macho.setelah memakai topeng (malu weih),langsung saya terus bermain gitar.tidak sampai 5 minit saya mendapat imbuhan saya yang pertama berjumlah 50cent.haha .convert tu dapat rm1.50.banyak tak banyak.haha.tapi tujuan saya bukanlah hendakkan duit tapi ingin membina keyakinan dan membiasakan diri dengan keadaan.
tetapi langit tak selalu cerah.cuaca tiba-tiba menjadi tak menentu dan menyebabkan beg gitar saya bergerak gerak.jadi saya mengambil keputusan untuk cukup setakat ini kerana mission telah pun accomplish.haha.maka saya pun bergeraklah pulang untuk menghadiri majlis akikah Dayang Asma'. (bukan mohd danish. nurul danish dan lain2)
p/s: kena dapat around 3.00 dollar dalam masa 2 jam untuk balik modal tiket tram. kaki amat2 lenguh kerana menyupport gitar.jadi selepas ini perlu beli tali untuk digantungkan di badan.jari juga sakit2 kerana memetik dengan kuat untuk melawan bunyi hu ha hu ha orang berjalan dan bunyi tram.mungkin perlu guna elektrik gitar selepas ini memandangkan talinya lembut dan ada amps(tapi amps kena ada plug maknanya kena beli amps baterikah?).dan tak perlu pakai topeng lagi selepas ini kerana saya pakai spek jadi topeng itu longgar2 dan tak dapat eye contact dengan audience.haha.(poyo super).
p/s: a dream came true. NEXT: ambil lesen
p/s/s:time kaseh hizanes kerana memberi semangat. so lovely xoxo '-'
p/s/s:time kaseh hizanes kerana memberi semangat. so lovely xoxo '-'
Labels:
best,
cabarandugaansepanjangperjalanan,
cik mata panda,
gitar,
hizanes,
hobi,
musika
02 February 2010
kisah putera, puteri dan teddy bear putih.
ada suatu kisah, pada zaman dahulu, hidup seorang putera dan puteri yang saling berkasihan. pada suatu hari,
puteri itu telah diculik oleh seekor teddy bear putih lalu dikurung di suatu taman yang penuh kecomelan.
maka bergegaslah putera itu ke taman tersebut dengan menaiki kuda Unicorn saktinya. "kedekuk kedekuk !!" bunyi tapak kaki kuda
bukan semudah itu untuk menyelamatkan puteri bahkan putera telah diserang oleh segerombolan teddy bear pink yang merupakan konco konco ketua teddy bear tadi. "kuhik! kuhik!" bunyi mereka.
hancur sudah kenderaan sakti sang putera.
maka berusahalah putera itu berlawan lawan dengan teddy bear pink yang jahat itu dengan semangatnya demi menyelamatkan tuan puteri. "bertahan tuan puteri!"
bersambung. .
29 January 2010
its easy to play guitar
her name hizanes
'The hardest thing to do when you hold a guitar is not to play the guitar'
Ken Murray: my guitar tutor and lecturer
28 January 2010
A woman is like a teabag.
she feed them.bath them.scold them.cook for them.
wearing them clothes.tired because of them.
wearing them clothes.tired because of them.
she is good with those kids '-'
Nancy Reagan: A woman is like a teabag. It's only when she's in hot water that you realize how strong she is.
27 January 2010
Venustrophobia
berdebar, gugup, gementar,lidah yang kelu
patutlah asyik rasa takut saja.
adakah dia Venustrophobia padanya?
22 January 2010
i'm Applying Busking Pemit in Melbourne, success '-'
aku berlatih beberapa buah lagu terutamanya Bartolome Catalayud.tidak sampai 3 minggu aku bermain lagu ini.mungkin kerana minat maka aku dapat mainkannya dengan mudah.atau lagu itu memang mudah mungkin.di pagi yang seberapa sejuk itu,cuma kedengaran hanyalah sayup sayup bunyi gitar.cukuplah asalkan lebih kuat bunyinya dari degupan jantung yang berdebar pada waktu itu.
aku metakkan gitar di surau di Pelham St dan terus menuju ke Elizabeth Murdoch lecture theatre.jam menunjukkan pukul 9.20 pagi apabila tiba di sana.lecture telah dimulakan dan kebanyakan seat tengah dan belakang telah dipenuhi walaupun masih ada beberapa tempat yang kosong.aku menuju ke seat hadapan,duduk sambil mendongak ke arah dua skrin layar yang besar.telinga ini mendengar tentang quantum physic tetapi bunyi gitar lebih kuat dari itu.
sedar tak sedar sudah tiba masa untuk berehat 5 minit setelah 1 jam lecture bermakna ada lebihan satu jam lagi.hampir semua orang beredar untuk menghilangkan rasa mengantuk sama ada ke tandas untuk membasuh muka, minum secawan ice coffee ataupun mengambil udara segar diluar.aku keluar untuk mengambil gitar lalu menaiki tram.
aku memeriksa dokumen penting.borang,passport dan juga student id.yang penting sekali ialah tempat review itu akan diadakan iaitu di city square corner between Swanston St and Collin St.setibanya di situ,aku bergerak ke arah satu tempat duduk,meletakkan beg gitar yang besar itu lalu mengeluarkan beberapa slide lecture note pura pura membaca.manusia ulang alik melintas dihadapan.begitu juga dengan kereta,teksi dan tidak terkecuali beberapa buah kereta kuda.dari jauh kelihatan seorang wanita bersama sama 3 orang budak lelaki.ditangannya ada helaian borang permohonan manakala setiap kanak kanak itu membawa alat muzik di dalam bekas hitam.
wanita itu berjalan ke arah aku.lecture note itu aku simpan dan bersiap sedia untuk menjawab apa apa soalan.mereka duduk disebelah aku lalu mula berbicara dengannya.seperti mana yang disangka dia adalah penjaga kepada kanak kanak itu kerana mereka bawah 16tahun.mereka semua tahu bermain piano.yang kecil sekali tahu bermain violin dan yang tinggi sekali berumur 13tahun bermain clarinet.teringat budak perempuan bermain flute tempoh hari.
angin angin bandar bertiup menggoyangkan daun daun kering yang beberapa kali jatuh di atas kepala.beberapa orang lain juga hadir bersama sama barang persembahan mereka untuk diperlihatkan kepada Town Hall Officer.bilangan kami yang ramai bersama alat masing masing menarik perhatian orang yang lalu lalang.di sebelah aku ialah seorang lelaki german yang tidak membawa gitarnya kerana sebentar lagi dia ingin menyaksikan tennis australia open pada hari itu di Rod Laver Arena.Guten Tag kepada beliau.
apabila officer itu tiba maka kami yang lebih dari 20 orang ini menyerahkan borang masing masing.maka kami berlatih apa yang perlu sementara menunggu nama masing masing untuk dipanggil.aku juga berjumpa dengan lelaki dari France.Bonjour monsieur kepada.lelaki german itu menegur kerana aku mengetahui 'hello' beberapa bahasa.kami berlatih bersama.
Apabila tiba giliran aku, aku terkejut sebenarnya kerana aku tidak perlu berbuat apa apa.cuma menunjukkan hizanes dan menggelengkan kepala apabila ditanya ada menggunakan amp ataupun tidak.setelah menunjukkan student id, maka aku bergerak ke arah wanita yang satu lagi, memegang nama seperti penjenayah lalu diambil gambar sambil tersengih kerana permohonan telah diluluskan.
10 January 2010
Clayton ku sayang
Malam ini, saudara Syaaz akan pulang ke Malaysia untuk menjalankan sedikit urusniaga. Jadi aku mengambil kesempatan ini, bukan mengambil kesempatan terhadap Syaaz tetapi sebagai seorang pengimport terkemuka tanah air, aku ingin mengirimkan bebebeberapa barang untuk dibawa pulang. Jadi bebebeberapa hari yang lepas, aku telah ke sebuah gudang tersembunyi didalam hutan untuk mengambil bebebeberapa barang tersebut.
krik.. krik.. krik.. bunyi cengkekrik..
krik.. krik.. krik.. bunyi cengkekrik..
barang2 didalam ni amat rare sekali dan perlu ditempah secara rahsia. Namapun 'bookshop'. kedai tempah bukan tempah kedai. ala sama la macam SPM bm tu, kita nak beli pisang goreng, bukan goreng pisang. '-'
gempak tak gempak sampai kene loggin. Loggin guna ID tuan besar tu. tak nampak?
Maka dengan itu bermulalah perjalan menuju Clayton ku sayang untuk mengirimkan barang kepada beliau dengan menaiki satu kenderaan yang super! yang panas! KERETA API! Muahaha!
ini adalah peta train.
perjalanan pun bermula dari rumah dengan menaiki tram ke Melbourne Central, ataupun City Loop tulis kat situ sebab train dia ada pusing2. Ala.. loop. common~. Dengan penuh azam dan keyakinan perjalanan ke Clayton bukanlah sesuatu yang sukar bagi seorang yang bergelar profesional ataupun pro.
Setelah sampai di Clayton dengan muka semangat super menunggu bas untuk ke Monash University yang dilihat lagi 30minit. Dengan penuh keyakinan juga sempat membeli 2fried chicken with chips and get 1 free any can drinks AUD6.80.
Lepak2 dan lepak2 maka sampai sudah bas. Dimana drebarnya adalah seorang brader punjab dengan serban hitam. Aku memegang polistrene ayam mana tahu dia lapar dan mahu merampas.
15minit kemudian didalam bas.
This bas go to Monash Uni?
The other side brader.. psstt!!! (bunyi buka pintu bas)
AAAA!!!
Jadi dimanakah aku sekarang?! Dengan muka tenang melihat peta dan aku berada di Stesen Bentleigh! Setelah mengira kira perjalanan aku harus tukar train di Caufield untuk ke Clayton semula.
Dipendekkan cerita maka sampailah aku di Clayton semula sambil mengunyah ngunyah ayam dan chips. Sebelum terlupa aku cross jalan dan berada di tempat tunggu bas yang sepatutnya yang cuma lagi 2 minit akan tiba.
Maka,
sampailah bas ke Monash Uni yang patut dinaiki dimana drebarnya ada BRADER PUNJAB BERSERBAN HITAM tadi.
This bus go to Monash Uni? (tidak lagi menggengam erat polistrene berisi ayam)
Yea.
Duduk lalu kunyah2 ayam sambil melihat pasangan suami isteri di depan.
pengorbanan seorang bapa melindungi anaknya daripada sinaran ultra uv yang jahat. dalam banyak2 ultra, ultraman je yang baik.
Maka sampailah sudah di Monash Uni.
rumah syaaz berada di belakang uni, pekejadahnya rumahnya di dalam Uni. dah la spooky.. wuu~~~
dipendekkan cerita maka barang itu diserahkan dan bergeraklah aku ke bus stop sini balik untuk ke train stesen semula.
yey bas dah sampe..
tengok2! dari monash uni aku menaiki bas ke Huntingdale stesen. Sementara menunggu train, sempat menikmati sunset seketika sambil kunyah2 ayam sampe tulang. Nyum2..
cantikkan cantikkan sunset? siap ada pelangi gitu.. kat topi tu.. haha
selamat tinggal ayam. bersemadilah kau di tong yang bersampah. burp~
aku tau aku hensem, tapi aku mengantuk dan mahu berehat sebentar, Ah, itu dia train sudah sampai.
tidur sat, sampai city kejut ya
30 December 2009
Aku pulang dan Aku kembali
Dengan ini aku datang
Dengan ini aku kembali ke sini
Di siang hari aku datang
Di malam hari aku berjauhan dengan mu
Ke kiri aku datang
Ke kanan aku berjauhan
Hati tetap berteguh pegang
Jumpa lagi tahun hadapan
25 December 2009
23 December 2009
Untuk orang yang disayang
Ada suatu fasa dalam kehidupan, kita sanggup melakukan apa sahaja
demi orang yang kita sangat sangat sayang.
21 December 2009
20 December 2009
Jumpa Senyuman Itu
Awak senyum?
Of course.... hehe
Saya dah jumpa senyum awak '-'
Mana? Mana? Mana?
Saya tanya awaklah addoy
Ouh...haha..Look at the mirror have u seen the smiley face there?
Yep2!!
Hahaha here u r.. :-)
17 December 2009
16 December 2009
15 December 2009
Masa ini dan Masa depan
Jangan terlalu dirisaukan sangat tentang masa hadapan itu.
masa hadapan yang dipandang itu hakikatnya dipertengahan perjalanan hidup ini.
bahkan keseluruhan kehidupan kita di dunia ini adalah persinggahan.
pandanglah lebih jauuuuuh di hadapan.
yakni tempat yang kita kekal abadi.
Jadi gunakan masa sekarang ini dengan sebaiknya '-'
27 November 2009
Ami walimah bila?
Pada hari terakhir di Wilson Prom, kami mengadakan bbq sebelum berangkat pulang.
Sewaktu menggoreng ronggeng, antara topik yang disembangkan ialah anatomi tendon dan ligamen ayam oleh senior medik.
Kemudian masuk pula kepad cerita tentang majlis walimah yang akan diadakan oleh Duwé pada akhir bulan 12.
Bila masuk bab walimah, apa yang aku boleh lakukan hanyalah senyap sambil mengunyah ngunyah ayam yang baru di masak secara sembunyi2 sambil mulut ditutup oleh kain tuala biru akibat kesejukan hujan yang turun pada waktu.
Sedang aku seronok bersama ayam, Hiqbal tiba2..
"Hah, Ami bila?"
Aku menjawab,
"umur baru 20.." sambil mengunyah ngunyah. hahha
-- Post From My hpcikai
Sewaktu menggoreng ronggeng, antara topik yang disembangkan ialah anatomi tendon dan ligamen ayam oleh senior medik.
Kemudian masuk pula kepad cerita tentang majlis walimah yang akan diadakan oleh Duwé pada akhir bulan 12.
Bila masuk bab walimah, apa yang aku boleh lakukan hanyalah senyap sambil mengunyah ngunyah ayam yang baru di masak secara sembunyi2 sambil mulut ditutup oleh kain tuala biru akibat kesejukan hujan yang turun pada waktu.
Sedang aku seronok bersama ayam, Hiqbal tiba2..
"Hah, Ami bila?"
Aku menjawab,
"umur baru 20.." sambil mengunyah ngunyah. hahha
-- Post From My hpcikai
25 November 2009
Sudah temui.
Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah s.w.t
Kini aku sudah temui.
Titik perubahan itu.
Badan kini mengikuti suara hati.
Jalan itu sudah ku temui.
Bukan aku seorang yang mengikuti sebuah jalan juang.
Dan kini aku yakin sudah mampu berdiri sendiri.
Aku ada Allah di sisi.
Kau juga ada di sini.
Kasihan aku lihat dirimu berjuang sendirian.
Mempertahankan Islam pada insan yang kau sayang.
Lalu kau terduduk tidak tahu apa perlu dilakukan lagi.
Bertahanlah.
Bersabarlah.
Ini semua ujian tuhan.
Masa akan merubah segalanya.
Masa akan menentukan segalanya.
Sesungguhnya masa itu mengikuti arahan Tuhannya,
agar manusia sentiasa dalam kerugian.
Maka sudah jadi tanggungjawab pada mereka yang sedar,
aku tahu kamu sedar akan tanggungan itu.
Berbanggalah kerana kau sedang berjuang pada jalan Tuhanmu,
InsyaAllah semuanya akan berakhir dengan kebaikan.
Manusia itu lemah.
Lemah bila kurangnya tarbiyah.
Aku tidak akan biarkan kau sendirian lagi.
Senyumlah.
Aku akan ke sana.
Untuk turut sama berjuang hingga ke akhirnya
Lihat tanganmu,
lalu genggamlah sekuatnya.
kerana aku disini turut mengenggam jua.
sambil melihat pada langit tuhan,
yang seakan akan ingin bercerita,
23 July 2009
Tumbuhlah dengan mekar
Fuh~ cuti tinggal lagi beberapa hari dan apa yang ingin aku lakukan pada hari ini. Oh ya, aku ingin membersihkan taman. Tidak lama lagi pagar kayu akan diroboh dan aku ingin taman ini kelihatan cantik.
Jadi aku menyiapkan segala kelengkapan dan tidak lupa juga aku membawa sebuah kotak kosong.
Berjalan, berjalan dan berjalan menuju ke taman. Sambil menyusuri padang yang cantik. Tiba2 aku berhenti. Aku nampak sesuatu. Ada sesuatu yang indah di padang itu. Apakah itu? heheh,
Maka, aku pun meneruskan perjalanan menuju ke taman dan akhirnya sampailah. Waa~ udaranya semakin nyaman. Kolam juga nampak indah dan alirannya juga cukup bagus sejak bergabung dengan kolam Cik MP.
Jadi, bermulalah misi sapu menyapu. Lap mengelap bangku2 yang ada di situ. Teringat pula waktu aku dan Cik MP mula-mula bertukar cerita dahulu. Haha.
Sedang sibuk sapu menyapu maka aku terperasan sebatang pokok kecil. Oo ya. pokok strawberi yang aku tanam setelah aku berjumpa dari Cik MP tempoh hari. Tapi, tumbuhnya tidak segar. Batangnya hitam dan rapuh, tiada bunga apatah lagi buah. Kenapa jadi macam ni ya.
Jadi, aku pun mula berfikir dan berfikir kenapa tidak tumbuh segar pokok strawberi ini. Dan ya, mungkin kerana tanah ini tidak sesuai dengan pokok strawberi itu. Ya, aku dah rasakannya sejak dulu lagi. Aku sudah berkata kepada kawan aku yang tanah aku ini tidak sesuai untuk tanam strawberi. Aku tak tahu kenapa tapi percayalah ada sesuatu yang menghalangnya untuk terus subur.
aku pun mencabutlah pokok strawberi dan bawanya ke suatu tempat. Di situ aku harap dia akan tumbuh subur dan ada orang yang sesuai untuk menjaganya hingga pokok strwberi itu berbuah segar.
Hmm~ sudah bersih taman ini. Jadi apa langkah seterusnya. Ahah! Aku ingin menanam bunga Rose di sekeliling taman ini. Hoho. Apa gelak2? Salah ke? Jadi di mana benihnya? Begini ceritanya.
Sewaktu di padang yang cantik tadi, ada sekuntum bunga Rose ini, amat indah rupanya dan harum baunya. Jadi, aku berfikir alangkah indahnya jika bunga Rose ini tumbuh di taman aku. Jadi, aku mengambil biji2 benihnya lalu aku masukkan ke dalam kotak yang aku bawa. Begitu ceritanya.
Jadi, aku pun mulalah kerja kerja menanam biji benih bunga Rose ini. Di dalam setiap benih yang aku tanam, aku meletakkan harap agar benih2 ini dapat tumbuh dengan subur di taman ini, di tanah aku ini. Tambahan pula disirami oleh air kolam ini. heh,
Tumbuhlah,
tumbuhlah dengan subur.
Aku akan menunggunya dengan penuh yakin.
Suatu hari nanti, aku akan tunjukkan kepada Cik MP bila pagar kayu itu roboh nanti.
Sebenarnya, sudah beberapa kali aku katakan pada Cik MP yang, aku ada menanam bunga Rose di sekeliling taman aku. Dia kedengarannya sungguh gembira dan tentunya aku turut gembira.
Tetapi cuma kadang kadang Cik MP ada bertanya kepada aku seolah olah dia tidak yakin apakah pokok bunga Rose boleh tumbuh di tanah aku. Dia asyik risau pokok strawberi saja yang akan tumbuh. Hehe, itu terpulang padanya. Mungkin aku masih belum cukup kerja keras untuk yakinkannya.
Tetapi aku sendiri yakin yang bunga Rose pasti akan mekar di pelusuk taman ini dan aku akan buktikan pada Cik MP bahawa perasaannya itu kurang tepat.
p/s: Benih bunga Rose ini aku peroleh dari penanam bunga Rose yang aku jumpa di padang cantik tu. Dia kata
"Bunga Rose ni, susah nak jaga. Kena jaga dia elok-elok. Betul nak jaga ni?"
"Ya, saya akan jaga dia sepenuh hati saya. Saya menanamnya, saya sendiri akan menjaganya, memberinya minum, memberinya makan dan memberinya perlindungan!" kata aku dengan penuh yakin.
Aku pelik sebenarnya kenapa aku memilih Rose walhal aku tak tahu apa2 tentang nak menjaga bunga nih. Tak pernah jumpa pun bunga Rose sepanjang hidup ni. Asyik tengok dalam gambar ja.Adoyyai.
Jadi, sementara menunggu benih itu tumbuh menjadi sekuntum Rose yang indah, aku ingin menuntut segala ilmu yang patut ada bagi seorang pekebun biasa seperti aku ini.
'-'
07 July 2009
Terima Kasih
Aku berseorangan ketika berada di tempat tinggi. Satu kawasan yang tiada orang melihat manusia dari bawah. Aku berfikir sesuatu tetapi tidak tahu apakah dia. Bermakna aku hanya termenung. Sia sia,
Tiba tiba aku ditepuk, eh kamu Paan(bukan nama sebenar). Aku hairan, kenapa Paan juga berada di sini.
'Aku bukan berada di sini, aku ke sini untuk mengajak kamu ke suatu tempat. Ke suatu tempat tempat berkumpulnya orang seperti kamu. Orang yang melihat manusia itu sendiri dari jauh'
Ya,aku terus mengikutinya. Mengikutinya ke suatu tempat tinggi yang lain. Apabila sampai di situ aku melihat ada sekolompok manusia. Manusia yang mahu tahu sesuatu tetapi tidak tahu apakah dia.
Selama beberapa hari, kami berbincang.Apa sebenarnya yang kami fikirkan? Perbincangan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Alhamdulillah perbincangan ini di ketuai oleh seorang yang amat pakar. Aku mendengarnya dengan teliti. Aku bersedia untuk mendengar dan bersedia untuk belajar sesuatu.
Kini, aku telah tahu apa yang perlu aku lakukan. Hidup ini tidak lama. Sesuatu harus dilakukan dengan kadar segera tetapi bijak. Pada peringkat individu, keluarga, masyarakat dan negara.Ya, segalanya telah jelas. Aku sendiri yang membentangkan apa perancangan utama yang harus dilakukan di hadapan mereka. Alhamdulillah mereka bersetuju.
Setelah segalanya jelas, aku meminta izin untuk pulang ke dunia aku sendiri. Begitu juga dengan rakan rakan aku yang lain. Mereka juga telah tahu apa yang patut mereka lakukan. Kami sentiasa doa mendoakan.
Matlamat yang paling utama, dicapai dengan memenuhi matlamat yang kecil(yang tidak dibentangkan, hahaha!) dahulu. Dengan pantas aku menuju ke suatu tempat bertemu seseorang lalu berkata
'dalam matlamat aku ada kamu dan aku tahu dalam matlamat kamu ada aku,aku tidak takut dan kamu juga tidak perlu takut, aku percayakan kamu dan kamu percayakan aku, kamu sendiri katakan kamu tidak tahu bila mulanya rasa ini dan semoga rasa ini tidak pernah berakhir dan aku juga begitu,
aku mahu kamu berada di sebelah aku,
dan aku,
aku
aku
aku sebenarnya
heh,
sudah beritahu kan '_'
Subscribe to:
Posts (Atom)







