Showing posts with label nothingisthesameverythingisabetterchange. Show all posts
Showing posts with label nothingisthesameverythingisabetterchange. Show all posts

11 March 2010

organize

perlu lebih organize,i mean highly organize.

13 February 2010

junior sudah sampai


16 haribulan ini, genaplah setahun di bumi melbourne

27 July 2009

Selamat Jalan Saudara Amal Asrol




Malam semalam berlangsungnya majlis perpisahan khusus untuk saudara Amal Asrol yang telah menamatkan sesi pengajiannya di UniMelb. Gambar diatas menunjukkan beliau sedang memberikan ucapan kepada majlis.Setelah itu, pengerusi majlis meminta supaya wakil2 dari mana2 rumah untuk memberikan ucapan perpisahan kepada saudara Amal. Ucapan2 mereka semuanya berkisar tentang kebaikan Amal. Ya, aku tahu, Amal memang baik.

"May Allah reward u sebagaimana dia menyentuh hati2 kita semua" kata Ridhwan

"Amal pandai mencelikkan hati kita semua" kata Syuk dalam ucapannya

Ya, aku akui, saudara Amal memang pandai berkata-kata. Kata2nya sentiasa memberikan semangat. Banyak yang aku kagumi tentang dirinya sebenarnya.

Seperti kata Syuk "Amal pandai mencelikkan hati kita semua", ya, itu memang benar. LAgi2 sewaktu aku di JMD. Banyak soalan yang dia tanya kepada aku.

"Dah tau siapa Tipah Tertipu?" tanya saudara Amal sewaktu di JMD.

ya, kata2nya sentiasa membuatkan aku berfikir. Aku ada merakam ucapannya semasa majlis perpisahan ini dan seperti biasa ucapan beliau memang memberikan kesan mendalam.

Sewaktu kami memberikan ucapan kepadanya. Beliau hanya duduk menghadap laptop. Nampak seperti dia tidak melayan ucapan kami tetapi, cuba lihat betul2. Kami tahu beliau sedang mendengar '-'



"Aku nak nanges ni, kalau tengok betul2 dah berair mata ni, cuma tak tereksperesi di muka, Haha" kata Amal.

Setelah majlis ucap mengucap tamat. Maka apa lagi. Kita makan duloo!!






"Selamat menjalankan peranan anda di Malaysia Mal"

"Teruskan 'pembelajaran' anda di sini Mirul"

heh.



07 July 2009

Terima Kasih






Aku berseorangan ketika berada di tempat tinggi. Satu kawasan yang tiada orang melihat manusia dari bawah. Aku berfikir sesuatu tetapi tidak tahu apakah dia. Bermakna aku hanya termenung. Sia sia,

Tiba tiba aku ditepuk, eh kamu Paan(bukan nama sebenar). Aku hairan, kenapa Paan juga berada di sini.

'Aku bukan berada di sini, aku ke sini untuk mengajak kamu ke suatu tempat. Ke suatu tempat tempat berkumpulnya orang seperti kamu. Orang yang melihat manusia itu sendiri dari jauh'

Ya,aku terus mengikutinya. Mengikutinya ke suatu tempat tinggi yang lain. Apabila sampai di situ aku melihat ada sekolompok manusia. Manusia yang mahu tahu sesuatu tetapi tidak tahu apakah dia.

Selama beberapa hari, kami berbincang.Apa sebenarnya yang kami fikirkan? Perbincangan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Alhamdulillah perbincangan ini di ketuai oleh seorang yang amat pakar. Aku mendengarnya dengan teliti. Aku bersedia untuk mendengar dan bersedia untuk belajar sesuatu.

Kini, aku telah tahu apa yang perlu aku lakukan. Hidup ini tidak lama. Sesuatu harus dilakukan dengan kadar segera tetapi bijak. Pada peringkat individu, keluarga, masyarakat dan negara.Ya, segalanya telah jelas. Aku sendiri yang membentangkan apa perancangan utama yang harus dilakukan di hadapan mereka. Alhamdulillah mereka bersetuju.

Setelah segalanya jelas, aku meminta izin untuk pulang ke dunia aku sendiri. Begitu juga dengan rakan rakan aku yang lain. Mereka juga telah tahu apa yang patut mereka lakukan. Kami sentiasa doa mendoakan.

Matlamat yang paling utama, dicapai dengan memenuhi matlamat yang kecil(yang tidak dibentangkan, hahaha!) dahulu. Dengan pantas aku menuju ke suatu tempat bertemu seseorang lalu berkata

'dalam matlamat aku ada kamu dan aku tahu dalam matlamat kamu ada aku,aku tidak takut dan kamu juga tidak perlu takut, aku percayakan kamu dan kamu percayakan aku, kamu sendiri katakan kamu tidak tahu bila mulanya rasa ini dan semoga rasa ini tidak pernah berakhir dan aku juga begitu,


aku mahu kamu berada di sebelah aku,

dan aku,

aku

aku

aku sebenarnya

heh,

sudah beritahu kan '_'

03 July 2009

Harus keluar dan Mulakan sekarang

Aku rasa sudah tiba masanya untuk keluar dan mulakannya sekarang. Sejak memulakan niat untuk menjadi lebih baik Alhamdulillah satu satu benda yang datang membantu secara langsung atau tidak langsung.

Sebagai contoh ketika mendengar ceramah atau khutbah, secara tidak langsung ceramah tersebut amat berkaitan dengan diri dan kehidupan pada waktu sekarang ini. Seolah olah itulah petunjuk yang diberikan kepada aku.

Jadi, aku mulai sedar tentang perkara2 tersebut membuatkan aku lebih berhati hati dan lebih peka terhadap keadaan di sekeliling. Lalu mengambil iktibar dan mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Aku masih belum sempurna. Memang tidak akan sempurna tetapi sedaya upaya akan membuat yang terbaik. Aku sedar aku masih banyak kelemahan. Banyak yang aku tidak tahu dan sering rasa tidak boleh diharap. InsyaAllah, aku ingin keluar mencari ilmu. Dan sentiasa berdoa agar diberikan ilmu dan petunjuk walau dimana aku berada.

seperti kata ulama, mereka yang memandang kesudahan InsyaAllah akan berjaya. Aku mula memandang jauh dan harus membuat perancangan dari sekarang. Perancangan untuk masa yang lebih panjang di dunia, dan perancangan untuk selama lamanya di akhirat.

Alhamdulillah, ada juga beberapa perkara yang sudah aku mulakan dan aku berharap akan beristiqamah dengannya. Begitu juga dengan soal 'itu'. Alhamdulillah, dia memang hadir pada waktu2 yang tidak disangka sangka. Siapa dia? (la la la~).Berharap segalanya akan terus berjalan dengan lancar. Dengan doa semua semua orang (terima kasih ustazah, ustazah mmg best!), InsyaAllah berkekalan. ngahaha. astaghfirullahalazim. .

Kini, aku juga sedar bila orang2 sekeliling berkata, "ko dah 20 tahun". Ya aku dah 20 tahun. Aku membandingkan diri dengan orang lain. uuh, banyak ketinggalan. Lagi2 jika dibandingkan dengan sahabat2 nabi. Macam2 yang mereka lakukan demi agama pada usia sebaya aku ini. aih. .Malu pula rasanya.

kenali potensi diri, pulun kat situ
kenali kelemahan, selesaikannya.


p/s: Aku tidak berada di rumah pada 4,5 dan 6 haribulan. ingin Keluar mencari ilmu, mematangkan diri, mengubah persepsi, mengetahui sejarah dan macam2 lagi. InsyaAllah dengan adanya hpcikai 3G software 3.o yang baru diupdate ni, dapatlah kot mengonlinekan diri dan mungkin mengepost beberapa belogos jika diberi kesempatan.

AYUH! (wannas 08 waktu presentation agama)

14 June 2009

Kolam Saudari macam Kolam Saya

Saya pun berjalan meninggalkan kolam saya yang masih berolak-olak itu dan berjalan keluar.Berjalan dan berjalan hingga penat lalu saya singgah di sebuah bangku. Badan dibongkokkan sedikit, kedua dua siku diatas peha,saya menekup muka dan menarik nafas dalam dalam, hembus. Fuh~.. Rumput hijau di bahu jalan saya renung sambil mulut mengunyah ngunyah strawberi yang baru dipetik semalam. Lepas satu satu saya kunyah. Kadang kadang masam, kadang kala manis. Macam hidup ini. Sedang saya khusyuk dan tawaduduk dibangku itu sambil mengunyah strawberi, seseorang datang dan duduk di sebelah saya.


Saya tidak peduli. Saya hanya memikirkan perkara yang sedang bermain di fikiran saya sahaja pada waktu itu. Tetapi perasaan ingin tahu itu tetap ada dan saya menoleh sedikit ke arahnya dengan harapan dia tidak akan sedar saya sedang memerhatikannya. Oh, seorang gadis. Tetapi matanya lebam seperti panda dan wajahnya agak pucat. Apakah dia sakit? Apakah dia menangis dan tidak tidur semalaman, dua malam, seminggu? Dua minggu? Adakah dia baru pulang dari hospital? Hospital apa? Sakit jiwa? Sakit hati? Atau disakiti? Dia mengeluh kuat dan dengan tiba tiba anak matanya menoleh ke arah saya. Uih, dengan cepat saya mengalihkan pandangan dan mengunyah strawberi dengan lebih laju.


"Kamu ada masalah?" dia tiba tiba bersuara.
"Semua orang ada masalah" saya menjawab dengan semmat.
"Kenapa kamu disini?" tanyanya lagi.
"Saya.. mm.. saya keluar meninggalkan kolam saya sebentar" jawab saya tanpa mengubah posisi
"Mana kolam awak?" tanyanya.
Dengan malas saya menunjukkan ke arah kolam saya tanpa sedikit pun memandang ke arah itu.
"Boleh saya tengok?" mintanya.

Hah,saya sedikit terkejut.Apakah saya sudah boleh benarkan siapa siapa untuk melihat kolam saya. Lebih lebih lagi dia yang baru saya kenal? Tetapi, bukankah kolam itu beriak riak jadi apa salahnya. Apa yang boleh dia lihat dengan mata pandanya itu. Fikirku.

"Ya, silakan" sekali lagi jawapan semmat diberikan.

Dengan lemah, dia bangun menuju ke kolam saya. Saya cuma memerhatikannya. Dari jauh saya perhatikan reaksinya. Dia tersenyum dan melihat kolam saya dengan teliti. Dia mengelilingi kolam saya dengan langkah perlahan lalu memandang saya sambil tersenyum. Manis senyumannya. Uih, dengan cepat saya mengalihkan pandangan dan mengunyah dua biji strawberi sekaligus. Uuh.. masam masam manis. Setelah beberapa ketika, kunyahan saya menjadi semakin perlahan dan dia berdiri di hadapan saya.

"Kamu nak tengok kolam saya?"
"Ya, boleh juga. Kalau boleh memang saya ingin melihat kolam orang lain yang sudi izinkan saya untuk melihatnya" jawab saya tanpa segan silu siluan tetapi semmat.

Saya mencapai kotak strawberi itu lalu saya hulurkan kepadanya. Kami berjalan sambil mengunyah strawberi. Sewaktu perjalan ke kolamnya, kami melintasi sebuah taman yang cantik. Rumputnya hijau dan cuma sebuah pokok rendang di tengah tengahnya.

"Satu hari nanti, saya ingin baring di situ" saya memulakan bicara.
"Ya, saya pun begitu"jawabnya
"Pasti, suatu hari nanti.." kata kami serentak. Kami tersenyum seketika. Heh, dan meneruskan bicara dan perjalanan sambil mengunyah ngunyah strawberi.


"Inilah kolam saya"
"Oh ya ka. cantik cantik. Hmm.. kolam kamu juga bergelora."
"Cuba kamu perhatikan betul betul. Kamu tidak perasankah?"
"Hmm"

Mendengar pertanyaannya, aku memerhatikan kolam itu dengan lebih teliti. Aku perhatikan geloranya. Menafsir dan menafsir. Saya dapat. saya menoleh ke arahnya dan memandang tepat ke mata pandanya.

"Ke..ke.. kenapa riak kolam kamu sama seperti saya?!"

Dia hanya tersenyum dan mengajak saya duduk dibangku kayu dibawah pohon disebelahnya. Saya hanya menurut.

"Setiap riak di kolam itu ada kisahnya"katanya.
"Ya, betul"
"Kamu lihat riak yang itu." katanya sambil menceritakkan kisah disebalik gelombang air itu.
"Ya, riak saya pun seperti itu dan kisahnya juga sama, heh, menarik menarik. cerita lagi." pinta saya.

Maka, kami pun berkongsi kongsi kisah tentang kolam dan riaknya. Amat menarik. Saya meletakkan kotak strawberi itu di tepi buat seketika. Kami terus bercerita dan mendengar cerita tanpa saya sedar strawberi semakin lama semakin masam akibat lama meninggalkannya.

Masa terus berlalu dan berlalu dengan begitu pantas. Hingga ke suatu hari di mana kami harus pulang ke kehidupan masing masing. Banyak yang saya belajar daripadanya dan dia juga begitu. Saya harus pulang. Dalam perjalanan pulang, saya melintasi taman hijau itu lagi dan tersenyum teringatkannya.

Saya kembali ke kolam saya. Saya perhatikan gelombangya. Selepas ini riak kolam ini akan berubah lagi dan mungkin kami akan berjumpa lagi selepas ini untuk berkongsi cerita lagi. Oh, sebelum saya terlupa. Dengan perlahan saya mengambil biji strawberi yang masam itu, lalu saya tanam di pinggir kolam ini. Strawberi perlukan masa untuk tumbuh. Selepas ini, harapnya strawberi akan manis kembali.

07 June 2009

Tidak lama lagi . . aku . .

Aku ingin ke suatu tempat yang tinggi dan melihat manusia manusia dari bawah. Aku ingin keluar dari kelompok manusia sebentar kerana aku sudah penat dan tidak bertenaga. (tidak bermaksud aku akan masuk ke kelompok haiwan atau binatang binatangan dan tidak juga bermaksud aku masok ke kelompok tumbuh tumbuhan dan pokok pakan walaupun aku bermain game facebook BarnBuddy).

Aku cuma mahu ke tempat sebegitu untuk berfikir dan berfikir. Sambil merancang strategi baru. Strategi untuk hidup. Kerana aku ingin belajar erti hidup.(walaupun belajar proses aerobic dan anaerobic dan photosynthesis dan abaikan) Aku tidak pernah mempunyai strategi dan selepas ini aku akan memiliki sebuah.(seketul pun boleh juga tapi kurang sesuai. lebih sesuai digunakan pada "vwxy")

Tapi sebelum itu, masanya belum sampai lagi untuk ke tempat itu. Aku perlu teruskan kehidupan dalam kelompok manusia ini. Terus dan terus. Hingga waktu yang aku tunggu tunggu iaitu waktu cuti ini.

Sebelum terlupa, aku juga ingin mempunyai azam. Tidak pernah mempunyai azam rasanya.(tak tahu pulak azam tu apa rasanya, manis ke, tawar ke). Ya. Selepas ini,

tiada lagi penyesalan
tiada lagi down ke downan
tiada lagi kurang yakin
tiada lagi cinta(eh, ni lagu.abaikan)
tiada lagi rindu(ni pon lagu gak.abaikan)
tiada lagi . . .


aku tak perlu beritahu.lihat saja sendiri nanti.

p/s: Nazar untuk menghabiskan Oxford Learning Dictionary yang dibeli sehari sebelum Ssabsa sebab aku berjaya fly akan aku tunaikan selepas ini. Jangan tegur kalau nampak aku baca dictionary dalam bilik,ruang tamu,atas katil,meja makan,tram stop,dalam tram,brunswick market(tempat beli ayam),melbourne central,dalam train,Uni,surau Bouverie,library,bawah pokok South Lawn(taman Uni),dalam selimut,Cs Lygon(rumah Pidot),Princess Park(tempat main bola),Henry Park(tempat main volley),Blok M(tempat makan),Esteller(tempat makan),Italli Cafe(tempat beli hot choc),Clayton(rumah Syaas),atas kerusi pink(kerusi stadi aku),Safeway(supermarket),Big W(supermarket),Coles(Supermarket),Barkley Square(tempat beli cakoi ciken),pantai,Smith Street(tanya bebudak Adelaide),meja stadi,bawah meja stadi,tangga rumah,dan sebagainya jika ingin selamat. Buku tu berat juga la.