hari ini kena training.
Showing posts with label gitar. Show all posts
Showing posts with label gitar. Show all posts
24 February 2010
06 February 2010
dapat 50cent weih! haha
maka pada hari ini bertarikh 6/2/2010 bersamaan 9 hari sebelum final exam summer diisytiharkan bahawa saya telah berbusking di melbourne city.Muahaha!.pada jam 11 pagi cuaca amat baik sekali.cerah cerah.jadi saya telah bertolak ke city.sampai di sana saya berjalan menyusuri jalan jalan sambil mengusung gitar kesayangan.hari ini hari sabtu jadi orang ramai keluar membeli belah dan berjalan jalan.sewaktu saya mencari cari tempat yang sesuai sempat saya berjalan menyusuri Bourke St.
Bourke St adalah tempat dilarang berbusking untuk saya kerana permit saya adalah General Area Permit.Untuk busking di Bourke St perlu ada permit khas iaitu Bourke St permit.Untuk mendapatkan permit itu perlu ada General Area permit selama 6 bulan dan busking secara regularly.
Setelah beberapa minit berjalan saya menjumpai tempat yang sesuai.saya mengambil gitar lalu duduk secara macho.setelah memakai topeng (malu weih),langsung saya terus bermain gitar.tidak sampai 5 minit saya mendapat imbuhan saya yang pertama berjumlah 50cent.haha .convert tu dapat rm1.50.banyak tak banyak.haha.tapi tujuan saya bukanlah hendakkan duit tapi ingin membina keyakinan dan membiasakan diri dengan keadaan.
tetapi langit tak selalu cerah.cuaca tiba-tiba menjadi tak menentu dan menyebabkan beg gitar saya bergerak gerak.jadi saya mengambil keputusan untuk cukup setakat ini kerana mission telah pun accomplish.haha.maka saya pun bergeraklah pulang untuk menghadiri majlis akikah Dayang Asma'. (bukan mohd danish. nurul danish dan lain2)
p/s: kena dapat around 3.00 dollar dalam masa 2 jam untuk balik modal tiket tram. kaki amat2 lenguh kerana menyupport gitar.jadi selepas ini perlu beli tali untuk digantungkan di badan.jari juga sakit2 kerana memetik dengan kuat untuk melawan bunyi hu ha hu ha orang berjalan dan bunyi tram.mungkin perlu guna elektrik gitar selepas ini memandangkan talinya lembut dan ada amps(tapi amps kena ada plug maknanya kena beli amps baterikah?).dan tak perlu pakai topeng lagi selepas ini kerana saya pakai spek jadi topeng itu longgar2 dan tak dapat eye contact dengan audience.haha.(poyo super).
p/s: a dream came true. NEXT: ambil lesen
p/s/s:time kaseh hizanes kerana memberi semangat. so lovely xoxo '-'
p/s/s:time kaseh hizanes kerana memberi semangat. so lovely xoxo '-'
Labels:
best,
cabarandugaansepanjangperjalanan,
cik mata panda,
gitar,
hizanes,
hobi,
musika
03 February 2010
my busking permit number is GA10-0058
pada petang tadi, dia baru sahaja pulang daripada Uni setelah puas menyedut cobalt3haxaaamine chloride(lab chem).hari ini cuaca amat panas. tram sampai lalu dengan langkah bergaya menaiki tram tanpa menvalidatekan Mykinya ( alat tu not in service la). akhirnya sampailah dia ke destinasi. dan dalam panas terik itu dia menekan butang loceng rumah lalu disedari ada surat di situ.
hmm..
akhirnya! setelah 2 minggu berturut turut.setelah banyak chemical2 telah disedut.surat dari City of Melbourne telah selamat sampai di rumah. '-' apa ada dalam tu?
ada peta. dan warna2 didalamnya.apakah itu?
'No busking Area' hmm.
oleh itu, maka dengan ini telah rasmilah perlantikan beliau sebagai seorang busker di Melbourne. jadi satu lagi fantasi akan ditukar kepada realiti. Bilakah?
sudah lama merancang untuk hari ini. sejak mendapat result fly pada dua tahun lepas. semasa semester satu dan dua tahun lepas, subjek Riff: Discovering Acoustic Guitar (1 and 2) telah diambil sebagai Breadth subjek. subjek itu telah diambil tanpa sedikitpun tahu bermain gitar. result yang diperolehi ialah 77(H2A) untuk semester satu dan 80 (H1) pada semester dua tahun lepas. dan sekarang boleh la main sikit sikit.
teringat pula kisah 2 minggu lepas. sewaktu hendak mengambil permit tersebut.
teringat pula kisah 2 minggu lepas. sewaktu hendak mengambil permit tersebut.
esok tak ada lecture jadi mungkinkah?
01 February 2010
ketahui bahagian bahagian gitar
sebelum mula bermain gitar, adalah eloknya jika tahu serba sedikit tentang nama bahagian bahagian yang ada pada gitar. ada kebaikannya jika tahu serba sedikit tentangnya. contohnya bila ada orang buat lawak tentang gitar, sekurang kurangnya kita faham dan boleh la gelak (abaikan)
apa yang penting disini ialah fret dan juga 6 tali tersebut kerana kedua dua bahagian ini digunakan semasa hendak membaca tab gitar.
30 January 2010
know the guitar: the six string
ada 6 tali pada gitar. dari tebal hingga paling nipis.
E, A, D, G, B, E
setiap tali mempunyai nombor. paling nipis iaitu yang paling bawah dipanggil 1st string, naik ke atas, hingga yang paling tebal 6th string
bunyi yang dihasilkan juga berbeza.
skinny/thin sound pada high E (tali paling bawah)
heavy/thick sound pada low E (tali paling atas)
kesimpulannya yang penting disini ialah kalian perlu mengerti EADGBE dipanggil standard tuning.ada lagu2 lain yang mempunya tuning yang lain seperti DADGAD tuning.
29 January 2010
choose your guitar
mengikut pengalaman yang sangat sangat sedikit ini, gitar dibawah adalah pilihan terbaik kepada sesiapa yang ingin bermain gitar. mungkin kerana gitar ini mempunyai function yang general. ibarat MPV yang nama multi purpose vehicle (abaikan)
rajah 1.0: my acoustic guitar, steel string
acoustic guitar
1.steel string guitar: bagus untuk strumming
2.nylon string guitar: bagus untuk fingerpicking, bagus untuk perempuan.
rajah 1.1: my electric guitar
electric guitar: kene ada amps baru buleh main.
basically, sesuai kepada beginner seperti diri ini. apa lagi, pi kedai, buleh juga jika hendak membeli ukulele atau hawaiian gitar atau classical guitar atau bass guitar atau semi-acoustic guitar atau yada yada yada abaikan,
its easy to play guitar
her name hizanes
'The hardest thing to do when you hold a guitar is not to play the guitar'
Ken Murray: my guitar tutor and lecturer
Davy Gaham: on the rise in popularity of the guitar in Britain.
Di Britain, gitar tidak muncul begitu sahaja tetapi telah dipopularkan oleh seorang lelaki bernama Davy Graham. Video di bawah adalah sebuah dokumentari oleh BBC England. Lihat bagaimana reaksi orang ramai pada waktu itu. Semua orang kagum dan berasa pelik. Bayangkan pada waktu itu gitar adalah alat muzik yang tidak popular.
26 January 2010
moonlight sonata
piano sonata no 14 in C sharp minor "Quasi una Fantasia"
Quasi una Fantasia (almost a fantasy)
or known as Moonlight Sonata
a dedication to his own pupil, 17 years old,Countess Giulietta Guicciardi
why moonlight? what is sonata?
20 November 2009
12 September 2009
Greensleeves
Hari Khamis ni tutor nak kami demo kepada satu kelas, salah satu daripada 3 lagu yang akan dimainkan pada hari exam nanti. Jadi, hari ni digunakan sepenuhnya untuk prektis. Dan salah satu lagu yang aku pilih ialah Greensleeves.
Apa tu Greensleeves?
Senang cerita Greensleeves ialah sebuah England Folk Song. Dipercayai ditulis oleh King Henry (St) v111 kepada kekasihnya Queen Consort Anne Boleyn.
Zaman berganti zaman, maka lahirlah banyak versi untuk lagu ni. Asalnya pada zaman itu tentulah dimainkan dengan lute sambil dinyanyikan penyanyi diraja.Tapi, apa yang aku akan mainkan nanti tentulah dengan sejibik akustik gitar. Ini adalah versi yang aku sedang berlatih:
Biasa ja. Tapi hasrat dihati suatu hari nanti dapatlah main yang lagi susah. Macam yang ni:
Best.best.Aku suka. Tapi, kalau main kat kasikal je apa barang. Kene versatile la sikit. Aku punya gitar elektrik pun aku rasa dah berkarat. Lama tak sentuh. Haha. Bukan apa, macam mana nak main, memekak la satu rumah oi. Duh~. Tak pe takpe, suatu hari nanti:
Ei!!Ei!! nak je aku amek gitar letrik tuh! haha. Ramadhan2. Tak bayek. haha. Amnde.
Tapi apa pun, ini adalah boleh dikatakan versi yang asal. Dinyanyikan secara klasik dengan lirik2nya sekali:
Alas, my love, you do me wrong
To cast me off discourteously
and I have loved you so long
Delighting in your company
Greensleeves was all my joy
Greensleeves was my delight
Greensleeves was my heart of gold
And who but my lady Greensleeves
I have been ready at your hand
To grant whatever you would crave
I have both wagered life and land
Your love and good-will for to have
Greensleeves was all my joy
Greensleeves was my delight
Greensleeves was my heart of gold
And who but my lady Greensleeves
Well, I will pray to God on high
that thou my constancy mayst see
And that yet once before I die
Thou wilt vouchsafe to love me
Greensleeves was all my joy
Greensleeves was my delight
Greensleeves was my heart of gold
And who but my lady Greensleeves
HTML scrollbox
K ah, nak sambung prektis. Hari ni nak berbuka kat Malaysia Hall. haha!
Subscribe to:
Posts (Atom)








