bagus ke tak ek?
Showing posts with label pikirin. Show all posts
Showing posts with label pikirin. Show all posts
13 February 2011
03 June 2010
melayukan sesama sendiri
aku dari jauh melihat satu pohon di waktu senja.
pohonnya banyak ranting.
yang daunnya semua hampir layu.
ranting yang berlaga waktu ditiup angin.
berlaga laga menjatuhkan daun sesama sendiri.
walhal ada daun yang baru saja hijau,
dengan harapan aku dapat dia menjadi bunga,
tapi itulah resam pohon yang satu ini,
melayukan sesama sendiri
jadi
biar aku berpusing lihat pohon yang sama di tanah yang lain.
dengan daunnya,bunganya. ha...
walhal blog ini tempat berkongsi.
| kisah tuah jebat masih belum berhenti |
entah mengapa.
kadang kala berfikir tentang nasib bangsa sendiri.
bergaduh saling dengki
sudah jadi jati diri.
pena yang lebih tajam dari mata pedang itu digunakan untuk menikam saudara sendiri.
walhal blog ini adalah tempat berkongsi.
-- Post From My iphone
Location:Drummond St,Carlton North,Australia
02 June 2010
tiket pulang winter
sekurang-kurangnya, murah AUD65 dari yang lepas.
perlu untuk tunggu lagi, atau beli sekarang?
......
tunggu lagi.
31 May 2010
adakah kita benar2 busy. atau kita dibusykan?
adakah kita benar2 busy.
atau kita dibusykan?
apa yang ingin disampaikan disini ialah, adakah kita sibuk dengan perkara yang sepatutnya,perkara2 yang kita suka
atau kita disibukkan dengan kerja2 yang diberikan oleh orang lain,
yang pada akhirnya akan menguntungkan orang lain?
are you dreamwalking in your own life?
-- Post From My iphone
Location:Drummond St,Carlton North,Australia
30 May 2010
23 May 2010
lagi kuat kita berusaha, lagi banyak apa yang kita dapat?
Kisah Sang Arnab yang tidak tidur.
| ingin jadi arnab atau kura2? |
jadi aku lihat semua ini berbalik seperti suatu kisah. kisah yang rasanya semua orang tahu.
kisah lumbanya arnab dan kura-kura.
sinopsisnya menceritakan tentang kura-kura walaupun perlahan tetapi yang memenangi perlumbaan ini pada akhirnya ialah sang kura-kura.
mengapakah?
kerana arnab itu tidur.kenapa dia tidur? kerana dia letih. seperti manusia,manusia itu cepat letih bila terus berubah.ya. aku melihat disini pada waktu itu aku berfikir seperti sang arnab. aku ingin cepat sampai.
| mungkin kura2 akan menang? |
dan kemudian berfikir seperti sang kura-kura pula. kerana aku tidak mampu untuk bergerak pantas, maka aku secara perlahan, dengan redha bergerak dan terus bergerak.
Tetapi, disini. aku terfikir beberapa persoalan.
1. Apa akan jadi sekiranya sang arnab tidak tidur? menang?
2. Apakah sang kura2 itu memang yakin yang dia akan menang pertandingan itu?
3.Apakah penulis cerita ini sebenarnya pada asalnya seorang yang bergerak perlahan dan sedikit cemburu pada orang yang bergerak laju daripadanya lalu mencipta kisah ini untuk menunjukkan bahawa menjadi seperti kura2 itu bagus? apa mungkin dia juga yang mencipta pepatah ' biar lambat asalkan selamat?'
ya,mungkin kita akan berfikir dan berkata kura2 itu sudah bergerak sedaya upaya. ya, aku juga bersetuju dengan itu.
![]() |
| kalaulah arnab tidak tidur. |
p/s: momentum. itu kata kuncinya. anjakan paradigma itu.. entah.. orang yang debate selalu guna. haha
p/s/s: biar cepat asalkan selamat.
15 May 2010
inilah yang sebenarnya
apabila tujuan hidup berlainan
mak terciptalah jurang antara dia dan dia.
ini bukan kisah pertama.
ini juga kisah orang terdahulu.
bahkan antara ayah dan ibu.
antara bapa dan anaknya.
antara anak dan ibunya
tak perlu lihat siapa yang lebih benar.
kerana ketahui yang seorang itu yang akan berjaya.
kerana tujuan hidupnya adalah yang sebenar-benarnya.
p/s: kenapa perlu deny tujuan hidup sebenar? tak ada istilah ditengah2 disini.

08 May 2010
aku berada di dalam perahu
| perahu bukan sebarang perahu brader. ku berlayar dengan semangat laksamana.pergh! |
aku berada di dalam perahu. aku biarkan air yang mangayuh.
follow the flow.
cuma kadang2 aku bergerak ke kiri sedikit. kadang2 ke kanan sedikit. sebab aku tak mahu langgar batu.
tapi kalau terlanggar juga. mungkin aku perlu ke tepian untuk membaiki.
mencari kayu2 ganti didalam hutan.
dan walaupun aku jumpai suatu yang menyenangkan hati. aku takkan berhenti di tepian selamanya.
kerana perahu sudah dibaiki. aku teruskan perjalan bersamanya. hingga aku berhenti kembali.
atau sampai ke destinasi.
05 May 2010
tak mahu lagi membuat sangkaan.
aku lihat walaupun cahayanya panas terik.
angin yang sejuk itu cukup untuk menggigilkan tangan.
tak mahu lagi membuat sangkaan.
sangkaan akan seringkali salah.
lalu aku sedar tentang satu perkara.
dengan sangkaan akan hadirnya salah faham.
salah faham yang menghancurkan hubungan dua insan
p/s:setuju?
| "kau sangka kenapa aku jadi kura2 batu?" |
26 April 2010
hati yang pecah itu boleh disambung kembali
tak perlu kita samakan hati ciptaan tuhan dengan pasu buatan manusia.
hati yang pecah itu boleh disambung kembali dan retak yang dikatakan nampak itu hanya ada pada pasu buatan manusia yang hina.
tak tahukah tuhan ciptakan dna replication?
p/s:realitinya,hati boleh tumbuh kembali.
Location:Drummond St,Carlton North,Australia
nak makan hati atau nak makan epal?
aku ibarat daun hijau di musim bunga.
| yellowish leaves along way to melben uni |
yang kuning di musim luruh lalu gugur ditiup angin.
kau ibarat daun hijau di musim bunga.
yang kuning di musim luruh lalu gugur ditiup angin.
kita ibarat daun hijau di musim bunga.
yang kuning di musim luruh lalu gugur ditiup angin.
kau dan aku sama tiada beza yang akan luput dimakan tanah jua.
25 April 2010
setiap kata teguran itu akan aku basuh.
setiap kata teguran itu akan aku basuh.
kan ku bersihkan.
kan ku keringkan diampaian.
menjadi pakaian.
untuk aku pakai menjadi baju
yang menunjukkan itu adalah aku.
semakin baik dari dahulu.
p/s: epal itu aku basuh dan aku makan.
p/s/s: aku tak makan daun.
p/s/s/s:kura2 yang makan daun.
p/s: epal itu aku basuh dan aku makan.
p/s/s: aku tak makan daun.
p/s/s/s:kura2 yang makan daun.
langit cerah tak sentiasa cerah.
langit cerah tak sentiasa cerah.
langit biru tak sentiasa biru.
hari susah tak sentiasa susah.
hari senang siapa yang tahu.
langit biru tak sentiasa biru.
hari susah tak sentiasa susah.
hari senang siapa yang tahu.
berdiri dihadapan dua jalan
Aku berdiri dihadapan dua jalan.aku melihat disitu ada papan tanda.dikiri ke lembah.dikanan ke puncak.aku memilih jalan yang kanan.
sepanjang perjalanan aku mencari tanda2 atau bekas2.tanda yang menunjukkan jalan itu telah dilalui orang.tanda yang memudahkan untuk menuju puncak.tanda yang menunjukkan cara untuk mengelak bahaya.
sesungguhnya jalan menuju puncak itu tidak mudah.penat.dan lelah.terkadang ada suara yang menarik untuk aku menuju kekiri tapi aku katakan tidak.kerana aku tahu kesana itu lembah.
ada yang mencadang supaya beradalah ditengah.tetapi tidak.jalan kekiri makin menjauh dari yang kanan.jika berada ditengah,pasti akan hilang arah.bergerak dalam bulatan yang tiada tujuan.
perjalanan kekanan aku masih teruskan.lopak2 air juga aku elak.terima kasih pada orang terdahulu yang menandakannya.begitu juga dengan duri2 yang telah dipatahkan.tetapi, tangan masih juga berdarah kerana aku tahu,duri sentiasa tumbuh kembali.biar aku patahkan untuk kamu yang akan datang.
aku ingin ke puncak bertemu rakan yang sedahulu.
dan darah yang menitis itu aku tinggalkan.
p/s: say hello to kura2 yang makan daun

04 April 2010
30 March 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)