Showing posts with label entah. Show all posts
Showing posts with label entah. Show all posts

19 April 2010

check kelajuan internet dengan speedtest.net


ini speed internet rumah saya.up to 30Mb/s


ini description tentang kebolehan speed tersebut.


ini speed internet uni.selalunya guna bila nak download lecture recording atau nak upload video di youtube.

12 April 2010

dinner malam ini




memang mantaplah.
nasi tomato,ayam bakar plus sup tulang kambing hanis.
memang kenyang.


-- Post From My hpcikai

Location:Drummond St,Carlton North,Australia

19 February 2010

senyum.

mulakan hari dengan senyuman '-'

25 December 2009

Lukisan itu


Adakah lukisan ini...


 ertinya hati bergetar yang berwarna-warni?




23 December 2009

perasaan ini

Ini bukan perasaan sedih, tapi...

susah untuk diterangkan sebenarnya, Mungkin bergantung dengan apa yg telah ditempuh dan keputusan atas setiap tindaknnya.





19 June 2009

Awak Harus Kuat

Saya tidak tahu, apa gadis itu sedang lakukan disebalik pagar kayu itu. Cuma, kadang kala dia membaling kertas yang tertulis apa yang sedang ditempuhnya ketika itu seperti "Hari ini aku akan berjumpa dengan orang yang baling batu itu"

Selalunya saya tidak dapat membalas balingan kertasnya. Kerana saya tidak mempunyai kertas. Jadi saya menggunakan 4 alternatif yang lain untuk menyampaikan apa yang ingin katakan padanya.
sekarang saya sedang meneroka 2 lagi cara yang berpotensi.

Saya tidak inginkan dia menceritakan semuanya kepada saya. Tidak perlu. Apa yang saya ingin katakan padanya ialah supaya dia terus kuat.

Sekarang ini saya sedang duduk di kerusi sepatutnya merancang apa yang ingin saya lakukan dalam jangka masa 2 bulan ini. Tetapi kebanyakannya saya memikirkan cara bagaimana untuk membuat dia tersenyum, gembira dan bersemangat setiap hari. Haha. Saya tak dapat elakkannya.

02 June 2009

Breadth Study

INTRO:

What is breadth study?

Breadth study allows you to select subjects from outside your major study area.

The Melbourne Model aims to produce graduates who are trained in a particular discipline (depth) as well as knowledgeable across disciplines (breadth). The breadth component of the new degrees aims to build multiple competencies in students by exposing them to different ways of knowing through cross-disciplinary learning and teaching.

Subjects available as breadth enable you to explore a variety of critical, analytical, methodological, theoretical, practical and content-based approaches to your studies. -unimelb-

RIFFS as my breadth.

Jadi di pagi yang hening tadi, aku membuat full rehearsal untuk prac exam untuk gitar aku nanti. Tiga lagu dan tiga teknik. Tiga lagu tu

Sally Goodin

The House of The Rising Sun - bob Dylan -

Spanish Study

Dalam tiga2 lagu ni, lagu Spanish Study paling best bagi aku tapi susah. Sebab, kalau boleh nak mainkan dia semerdu mungkin. Kalau boleh, melodinya harus ada flow. Macam musik box. Sedap didengar. Nak main kena ada feel. Itu lagi satu hal. Otak fikir pasal benda lain, tak boleh maen woo. Ada sekali tangan aku menggeletar waktu tu. Bukan apa. Abaikan. Erm. nak main bukannya picit satu satu. Dan yang paling aku takut nanti, performance depan tutor. Diperhatikan. saya ulang diperhatikan. Urgh. cuak cuak. Ini fingerpicking, bukannya strumming. Jari kanan kene betul stringnya, jari kiri kene betul fretnya, salah tekan, tak keluar bunyi, gabra, pastu, la la la la.


Haha,


So, aku membuat rehearsal khusus untuk lagu Spanish Study. Aku rakam cuma sekali jadi tak boleh ada kesalahan. Tapi standed lah, ada ja tak keluar bunyi la, salah string la. Haha. Tapi ini yang terbaik yang aku dapat buat.

p/s: Jangan bunuh melodi itu -tutor-




21 May 2009

Piano dan Gitar Elektrik

Kalian tahu,

bila piano dimainkan bersama gitar elektrik dengan melodi yang sama,
ibarat menahan tangis dan menjerit sakit pada masa yang sama.

Tak tahu tak pa.
Abaikan.

17 May 2009

Balik Kampung

Minggu lepas kalian tahu yang saya ke rumah Pidot. Selama 2 hari satu malam. Tapi minggu ini kalian akan diberitahu yang saya telah balik kampung.

Suasana hiruk pikuk di kota ini sedikit sebanyak memberi rasa cliche. Begitu juga dengan suasana di dalam kamar henry tingkat 2. Keaadan yang kemas lagi tersusun diikuti lagu lagan evergreen dari laptop Mr S.U.F.b.S.N sedikit sebanyak memberi rasa sayang hei.. rasa sayang sayang hei.. abaikan.

Maka, alkisah di suatu hari, saya mendapat panggilan dari seorang rakan lama. Niatnya ingin menjemput saya ke Roti Canai Festival (RCF) diiringi dengan gosip gosip panas beliau. Oleh kerana itu maka saya pun bersiaplah untuk pulang ke kampung.

Lalu berangkatlah saya ke rumah beliau pada Jumaat petang. Lalu sampailah saya ke rumah beliau. Lalu tidurlah saya di rumah beliau. Lalu ber Roti Canai Festivallah saya di rumah beliau. Lalu hari ini hari Ahad haruslah saya pulang dari rumah beliau.

Maaf tiada gambar untuk saya pertontonkan. Apabila saya tidak tergerak untuk mengambil gambar walaupun kenangan itu tidak ingin saya lupakan itu bermakna..
bermakna saya dalam keadaan..
keadaan yang..
huh..
entah.







Biar saya simpan sahaja ke dalam memori. Bila bila masa saja saya boleh kembali
ke keadaan itu,
ke masa itu,
dan rasa perasaan itu,
pada waktu itu.





Adakah rumah beliau bosan. Suasana perkampungan? Tidak. Tidak sama sekali. Kedatangan saya ke rumah beliau bagi saya amat bermakna. Amat menghiburkan. Amat mengenyangkan. Amat menyejukkan. Cuma mungkin mood saya minggu (bukan down!) ini membuatkan saya tidak mahu bercerita kepada kalian

apakah unsur menghiburkan itu.
apakah unsur mengenyangkan itu.

Jadi, entahlah. Seperti ada suatu perasaan yang mengganggu gugat dan dan..

iya.. di rumah ini ada suatu unsur..








unsur yang mengingatkan saya..












p/s: Walau kemana saya pergi, saya tidak boleh lari dengan unsur mengingatkan itu.
entah. Amende..

p/s: Saya serahkan kepada beliau untuk membuat liputan. Saya pasti liputan beliau pasti hebat. Nanti saya bagi link kepada kalian. Hmm.