24 November 2009

Bergeraklah.

Selalunya hati itu sentiasa mahukan kebaikan tapi kenapa diri sendiri sentiasa menghalangnya.

Hati itu memang mahu berubah. Semakin lama makin kuat arahannya maka itu juga makin kuat malasnya.

makin banyak alasannya.

Pergolakan paling besar adalah pergolakan dalam diri sendiri.

cepatlah, jalan yang dipinta ada di hadapan. bergerak! bergeraklah!!

Perkara itu sudah jelas. hampir pasti dalam genggaman. Ambil lah. Ambil!

Harus kuat.
Harus bertahan.

Walau sudah berapa kali kecundang. Bangun dan perlu bergerak lagi.

Kerana ini semua bukan mimpi tapi realiti. Jiwa yang tenang, marilah ke sini dan hiduplah bersama sama hati.