22 November 2009

Si penyakit hati

Jangan!
jangan mempermainkan hati itu.

Hati itu bukan permainan.

Tak sangka dalam dunia ni wujud manusia yang begitu.

Memberi harapan palsu pada hati yang megharap.
Memberi ketenangan palsu pada hati yang ingin tenang.
Memberi cinta palsu pada hati yang ingin dicintai.

Busuk! Memang busuk!

Hati itu tidak salah. Hati itu cuma ingin mencari. Hati itu cuma ingin fikrahnya dipenuhi! Kenapa perlu dilakukan sebegitu?

Ingat Allah itu Maha Adil. Hati Itu fikrahnya baik. Suka kebenaran. Suka ketenangan. Suka kebahagiaan.
Hati dia juga sama.

Bersihkanlah hati dan percayalah padanya. Hati yang baik untuk hati yang baik. Baiklah hati baiklah akhlak baiklah perbuatan. Baik peribadi untuk peribadi yang baik. Maka lelaki baik pasti untuk wanita yang baik juga.

Orang yang kerjanya menyakitkan hati memang patut dipanggil si penyakit hati. Memang hatinya berpenyakit. Penuh dengan hitamnya keras dengan batunya busuk dengan bangkainya.

Mana agamanya.
Entah apa pula prinsipnya.

Satu hati nanti dia pasti mencari semua itu dan pasti dia takkan temuinya. Pada waktu itu dia akan berfikir tentang hati2 yang pernah dia hancuri.

Tidak akan dijumpai.
Tidak di dunia ini dan tidak di akhirat nanti.


P/s: Allah. Itu saja jalannya. Cuma perlu yakin sahaja. InsyaAllah.

4 comments:

sYeNgEt ke senget?? said...

byk muhasabah diri, lapangkan hati yg kusut, dekatkan diri padaNya.. hati tenang. ketenangan yg hanya Allah boleh bagi.. kembali pada Yang Maha pemberi ketenangan..

amirulhazwan said...

walaweh

Anonymous said...

isma couple

amirulhazwan said...

aa~