25 November 2009

Sudah temui.




Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah s.w.t

Kini aku sudah temui.
Titik perubahan itu.
Badan kini mengikuti suara hati.
Jalan itu sudah ku temui.

Bukan aku seorang yang mengikuti sebuah jalan juang.
Dan kini aku yakin sudah mampu berdiri sendiri.
Aku ada Allah di sisi.
Kau juga ada di sini.

Kasihan aku lihat dirimu berjuang sendirian.
Mempertahankan Islam pada insan yang kau sayang.
Lalu kau terduduk tidak tahu apa perlu dilakukan lagi.
Bertahanlah.
Bersabarlah.
Ini semua ujian tuhan.

Masa akan merubah segalanya.
Masa akan menentukan segalanya.
Sesungguhnya masa itu mengikuti arahan Tuhannya,
agar manusia sentiasa dalam kerugian.

Maka sudah jadi tanggungjawab pada mereka yang sedar,
aku tahu kamu sedar akan tanggungan itu.
Berbanggalah kerana kau sedang berjuang pada jalan Tuhanmu,
InsyaAllah semuanya akan berakhir dengan kebaikan.

Manusia itu lemah.
Lemah bila kurangnya tarbiyah.

Aku tidak akan biarkan kau sendirian lagi.
Senyumlah.
Aku akan ke sana.
Untuk turut sama berjuang hingga ke akhirnya

Lihat tanganmu,
lalu genggamlah sekuatnya.
kerana aku disini turut mengenggam jua.
sambil melihat pada langit tuhan,
yang seakan akan ingin bercerita,