22 July 2009

Tanggungjawab seorang lelaki

Sepanjang minggu ini, aku melihat dan mendengar kisah2 lelaki yang bertanggungjawab dan tidak bertanggungjawab.

Basically, apakah sebenarnya tanggungjawab seorang lelaki? Yang selalu kami dengar, adalah memimpin. Ya, itu adalah fitrah bagi kami kaum lelaki di mana secara sedar atau tidak perasaan ingin memimpin seorang wanita itu amat kuat dalam diri.

Tetapi, entah kenapa, aku amat sedih apabila mendengar kisah tentang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Tidak bertanggungjawab dalam konteks ini bermaksud lelaki itu menyalahgunakan fitrah yang ada pada dirinya terhadap seseorang perempuan itu.

Kita ambil contoh zina.(termasuk kategori lighweight, middleweight, dan heavyweight)

Sekarang kita bergerak sedikit ke belakang untuk melihat mengapa mudah sangat untuk berlaku zina. Maka dengan itu anda dapat mendengar statement:

"Asal la bodo sangat perempuan tu, senang senang ja nak. . ."

"Dah dia bagi, aku pun"

Di atas adalah statement yang kebanyakannya datang dari kaum lelaki. Sekarang ini apa yang saya ingin tekankan ialah perkataan "senang2 ja"

"Senang2 ja"
Kenapa senang sangat? Tidakkah anda rasa pelik kenapa sangat? Senang sangat untuk menyerahkan segalanya. Senang sangat untuk. . hmm, aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, kenapa senang sangat? isk, sedey.

Jawapannya. kerana itu adalah fitrah kaum perempuan itu sendiri apabila disayangi dan menyayangi. Mereka apabila disayangi mereka rasa amat dihargai dan membalasnya dengan menyayangi semula dengan sepenuh penuh sayang, Waa, indah kan? '-'

Tetapi, bagi lelaki yang tidak bertanggungjawab, mereka menyalahgunakan fitrah wanita ke atas mereka. Mereka mengambil kesempatan ke atas fitrah wanita yang indah itu. Mereka mengambil kesempatan atas anugerah Allah yang indah itu dengan memujuk rayu fitrah wanita itu untuk memuaskan nafsu semata mata. Sampai hati mereka.

Itu kes lelaki yang menyalahgunakan tanggungjawabnya dengan mengambil kesempatan ke atas fitrah wanita itu dengan pujuk rayu.

Tetapi bagaimanapula dengan statement yang kedua, "dah dia bagi, aku amek r"

Tiada apa yang pelik dengan statement "dah dia bagi" kerana seperti apa yang saya kata di atas itu adalah fitrah wanita itu sendiri. Yang saya lebih tumpukan ialah statement "aku amek r"

Kedua dua pecahan statement itu dibuktikan dengan salah satu ciri lelaki yang dilindungi oleh Allah di akhirat kelak iaitu:

lelaki yang menolak ajakan zina seorang perempuan dengan mengatakan "aku takut pada Allah"

ajakan zina seorang perempuan= "dah dia bagi"
menolak ajakan= "aku tak amek r"

Tapi, berapai ramai lelaki yang mampu menolak ajakan seorang wanita untuk berzina
walaupun ringan2 sudey? Astaghfirullah.

Tidakkah kamu rasa bertanggungjawab untuk memimpin semula wanita itu?

Tidakkah kamu rasa bahawa fitrah wanita itu perlu dipimpin kembali?

Kamu tak kesiankah pada fitrah wanita itu?

Fitrah kamu adalah untuk memimpin fitrah wanita itu kembali, berani kamu melawan dengan fitrah Allah yang ada pada diri kamu wahai lelaki?

P/s untuk ikhwan: Gunakanlah fitrah memimpin kamu di mana2 sahaja dengan sebaik baiknya. Belajarlah dan carilah pengalaman sebanyak mungkin kerana pasti suatu hari nanti kamu akan memimpin fitrah seorang wanita.

P/s untuk akhawat: Gunakanlah fitrah sayang dan menyayangi kamu sepenuhnya pada Allah dan pada suami kamu kelak

Huh~~
masyarakaaat. . . .







-- Post From My hpcikai

10 comments:

ARe-TEh said...

fuhhh

syafiqnawi said...

acececece ami...basically hari ni, aku baca post ko dgn full, sbb besenyer aku akan skip banyak.. hehe

aku stuju wahai ami, tanggungjawab laki tu berat..terutama dalam memimpin keluarga dan wanita..

yg kes zina tu malas aku nak sentuh.. sbb aku pon iman akan tergugat kalau brlaku kat aku..mintak dijauhkan sgt2.

kenapa aku post komen yg sgt pjg hari ni?

haa..itu yg kite tak tau tu

tapi..aku rase mungkin aku dah ready..cume aku tak beli je lagi pokeball utk tangkap ivysaur aku.

hehe..

amirulhazwan said...

atih: r u ok?

syas: aku tau ko terasa. ngah ngah

ARe-TEh said...

fine,tq =)

wanie said...

bravo ami..hik3..
ur post ni bleh di link kan pd post atih gak ni...
bgs2....

Baizura said...

Many good points. Kita kena sentiasa mengingatkan kawan-kawan tentang benda ni. Kdg2, kita lupa apa betul apa salah. Bukan tak tahu tapi khayal.

Sedih sangat sebab kat tempat aku ada org yg x ambik kisah benda ni. Memangla dok oversea, jiran seblah2 x kisah depa dua duan satu rumah.Lg sedih bila kwn baik sendiri cam x kisah. Claimed tak buat apa-apa tp nanti nanti tak siapa tahu.

Haishh manusia.

amirulhazwan said...

atih: bagus2.

wani: Amndenye, haha

baizura: ye ke, mesti sedih, org sekeliling kita, kwn2 kita srndiri, yg jadi mcm tu. Kita nk tegur sbb kita sygkn dia, tapi mereka akn kata kita tak faham.

Tp, kalau betul kita sygkn mereka, kita pasti akn gunkn segala kreativiti kita utk sedarkan dia kembali. Kita Jgn paksa. Kesedaran harus dr hati. Barulh hati sukarela memerimanya.

p/s: Nabi x pernah jemu menegur dan mengajak umatnya. Siap kene baling batu lg. Knp?

sbb baginda saaaaayg sgt2 pd umatnya.

Baizura said...

aku buntu la. member2 usrah tgh pk nk buat camne. tak rapat sgt ngan yg berkenaan itu. tak tahu camne nk approach. hati rs x tenang bila taw benda camni jd kat depan mata. ralatlah, knp kawan2 dia buat tak tahu je. tahu salah tp tak kisah. :(

mesti ada caranya kan. just kena fikir. tp kalo dah buat sehabis baik, outcome xde, kita doa je enough x?

amirulhazwan said...

kwn2 aku pun cm ko gak. BUNTU.

yerp. Doakan jelah.
InsyaAllah Allah s.w.t yang akan sedarkan dia dengan sebaik-baik cara untuknya '_'

jangan lupa untuk terus berdoa agar diberikan ilham. IsyaAllah, Allah akan tunjukkan jalannya untuk kita.

yg penting, jgn sesekali berputus harap.

(haha, poyo gila ayat2 diatas)

Baizura said...

Poyo itu ade gaya mutu keunggulan.
hihih.
baik kita ambik iktibar atas kejadian ini spy kita tak ulangi benda yg sama. aku salu cakap kat girlfrens aku, jaga diri sama-sama.kalo syg each other kena look for each other lah kan. kalo rs salah, cakap, jgn simpan2. being honest is the best policy.

btw, aku rs cam sakit kat dada bila benda ni jd, cam terguris perasaan. somehow rs cam dekat ngan Allah. :)blessing in disguise? :)