23 July 2009

Islam yang menggerakkan manusia.

Islam itu sebagai apa?
Islam itu sebagai addeen. The way of life. Pernah dengar? Sesape yang belajar kat Intec of kos pernah dengar. Tetapi ia bukan sekadar tajuk sebuah buku. Tetapi istilah ini adalah satu istilah yang digunakan di seluruh dunia. Dan kamu akan mendengarnya beberapa kali walaupun berada di bumi Australia ini.

Jadi Islam adalah cara hidup. Apa jadi kalau kita ikut?

Pendek kata, kita akan jadi hebat.

Darjat kita akan di angkat.

Kita akan di muliakan.

Hidup jadi lebih tenang.

Hidup yang lebih bersemangat dan bermatlamat.

dan macam2 lagi.

Nak bukti?

Lihat saja Umar Ibn Khattab r.a. Beliau pada asalnya samseng jalanan. Seorang yang keras dan kasar. Semua orang gerun kepadanya.

Lihat apa Islam telah lakukan kepadanya?

Darjatnya diangkat di dunia dan akhirat. Dilantik menjadi khalifah umat Islam dan dijanjikan masuk syurga.

MasyaAllah brother~~ ( bubuh slang arab sikit).

( isu lain: Jika Umar di analogikan sama seperti Mat2 rempit aka samseng jalanan, adakah dengan menyediakan trek ataupun terjun di kutub utara satu penyelesaian yang menyeluruh?)

Itu contoh mereka yang lahir dari zaman jahiliyyah lalu hebat setelah menerima cara hidup Islam.

Kemudian kita ambil contoh Ilmuan2 Islam. Mereka telah lahir didalam Islam. Mereka hidup di zaman kegemilangan Islam. Dimana Islam adalah cara hidup masyarakat ketika itu.

Bandingkan pula dengan Barat pada ketika itu. Hidup didalam kegelapan. Kurang bertamandun.

Kita lihat hari ini, apa terjadi jika orang Islam yang tidak mengamalkan cara hidup Islam. Huh~

Di sini saya ada suatu cara untuk melihat orang sekeliling kita dengan perspektif yang berbeza.

Bukak facebook, lihat photo kawan2 kita sambil dalam kepala kita berfikir "ini adalah cara hidup Islam zaman sekarang"

p/s: Penting! Jangan sesekali buat ni dengan niat untuk mengutuk orang lain. Jangan terdetik di hati anda yang anda betul dan dia salah!

Kita buat ini untuk muhasabah diri.

Kita buat ini kerana kita sayangkan kawan2 kita.

Kita buat ini kerana kita mahu cara hidup kita.

Kita bersaudara. Love them as u love ur self.
MasyaAllah brader (slang arab jgn lupa)


-- Post From hp x de S

2 comments:

janissari said...

good post, keep it up!!

amirulhazwan said...

o yeah, tq tq