27 March 2009

Aku nak stadi


"lepas ni, tak kira aku belajar kat mana2 pun, aku takkan ulangi kesilapan aku kat ausmat ni"

itulah ungkapan kata2 pujangga yang aku lontarkan kepada sesiapa yang aku lontar. terutama kepada sesiapa yang pernah keluar makan dengan aku dulu tak kisah sama ada di Awwal, food court Ole ole, Pak Li, mahupun McD.

Kenapa? kerana waktu itu, rasa menyesal dan redha dengan result yang akan keluar telah menyelubungi diri umpama diselimuti oleh selimut kerbau pendek lalu malas untuk bangun solat subuh.

Tetapi, ada tapi pulak. Tetapi tidaklah semudah yang disangka.. Sesungguhnya aku tak tahu pun aku akan jadi macam ni kat sini. Tetapi, aku udah dapat rasakan yang hari ini, aku perlu start stadi.

Tidak perlu bilik Starvy, tidak perlu mana-mana library,aku cuma perlukan

aku


buku


hati


dan keberkatan


bapak ah poyo gila ayat. tetapi, ada tapi lagi ni. tetapi itulah kenyataannya. Kenapa aku sudah mula ingim stadi. Kerana aku rasa masanya udah tiba. Hari ni pun hari Jumaat, hari yang baik gitu. Aku juga telah mendapat calling2 dari ahli keluarga dan sanak saudara tercinta. Kawan aku yang aku ym juga aku perasan sudah mula stadi dengan penuh semangat seorang pharmacist. Begitu juga dengan Umar diresapi jiwa Jasin dan Syaas jiwa usro0hh.

Maka dengam ini, saya mengisytiharkan bahawa, tarikh mula stadi, reading, writiing dan reading dan writing lagi jatuh dengan machonya pada hati ini Jumaat berapa haribulan ntah hari ini bersamaan berapa Hijrah ntah yang tahu cuma bulan 3 2009.

Sekian, wabillahitaufiq wal hidayah.
Assalamualakum warahmatullah wabarakatuh.


--
Posted via Bluetooh, 2009-03-27 06:52:40

No comments: