26 March 2009

Hati yang sempit

 Aku rasa hati aku telah disempitkan. Adakah anda rasa ini sesuatu yang jiwang??

kepala hotak anda.

Sejak kebelakangan ini, mungkin sejak aku datang ke aussie ni, mm.. tak tak.. mungkin sejak dari Intec kemungkinan besar sebelum itu, aku sudah merasa sindrom sindrom kesempitan hati. Adakah seronok bila disempitkan hati?

kepala hotak anda sekali lagi.

Aku sendiri tidak tahu menahu apa punca dan yang pasti aku dah tak larat lagi. Yakni, tak tahu nk buat apa lagi.

Waktu demi waktu sering kali kali dilalui dengan keadaan hati yang mendidih, penuh rasa sakit hati, bergolak dan kebencian.

Nak stadi pun tak buleh. Kerana fikiran sudah sarat dengan apa yang aku nak buat untuk lepaskan kebencian, apa puncanya, dan apehal aku ni.

Hari-hari rasa malas. Makan tak kenyang. Lapo je keje, tido awal bangun lambat. Dan paling menyakitkan hati bila terdengar suara yang suruh aku jangan bangun sembahyang subuh dan juga sembahyang lain lain. Ini siriyes, dan mancapai tahap kecilakaa. Siot r.. aahhh!!

Adakah anda ingat, kita pernah belajar bahawa hati yang sempit, dadanya akan berasa sesak lebih sesak dari orang yang memanjat gunung? Kalau anda tidak tahu, tanyalah Muqarrabin yang panjat gunung everest tuh.

Saudaraku,
alangkah tersiksanya orang yang ditimpa kesempitan hati. Siriyes, anda tidak tahu dan anda tidak perlu tahu.

Aku terpikir, seperti lagu, ku pikir pikir ku pikir, lebih baik aku memikir, adakah dua layer dalam diri sedang bergolak antara satu sama lain? Seperti Ichigo dan Hollownya? wa.. anda fikir itu hebat? Macho?

kepala lutut anda pula. Muahaha,

Aku tak suka dan aku ingin kembali ke jalan yang lurus. aku ingin hati yang tenang. Tahukah anda, semakin aku menaip semakin aku terasa aku tahu jawapannya.

Aku terpesongkah? Aku makin menjauh dari Allah? HMM!!! HMmm. hmm..mmm.. Jika dilihat dari perspektif masa dan sejarah. Waktu hati tenang aku adalah bila aku Form 5? Mengapa? Kerana aku Presiden Badar? Pentingkah? ya.. penting. Kerana masa aku dihabiskan bersama kawan kawan yang sentiasa nasihat menasihati dan aku juga suka perasaan itu. Dan hati juga gembira bersama aku. Lebih-lebih lagi Ramdhan pada waktu tu.. Hah... aku rasa tenang untuk beberapa saat. Biarkan aku sekejap.

Ha.. haha.. seronok.. dah abes, sakit ati balik.

Memang Allah sw.t ada bagi warning,

"Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". QS.Thaha 124

Ya,, aku rasa mungkin sebab itu. Yakah, tapi sepisah diriku berkata aku begini kerana orang itu. Tapi, bila aku gali dalam dalam. dan dalam lagi, dan lagi, tak, bukan, Ini bukan masalah hubungan manusia dengan manusia tetapi hubungan aku dengan tuhan aku. dan juga tuhan kamu!

aih...

Aku rindukan surah Al-Fajr. Kenapa? Sebab ada nama Mardhiah dalam tu? Budak yang cun dalam kelas aku tu? Tak.. tak. tak.. Sebab, rr.. aiseh, aku dh lupa surah tu mcm mana. Siot! siut r.. siot r.. iskk.. dosa..

Hah, dah ingat,

"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku." QS. Al-Fajr 27-30

Ini, ayat last, bila jadi Imam, aku suka baca. Kenapa? Sebab hati aku suka. Hati yang mardhiah, hati yang diredhai..

yyup.. bila nasf mutmainnah(tenang), dapat kembali dengan hati yang mardhiah (diredhai). fi ibadi lalu fi jannati..

Wuhuu!! aku sudah temui jawapankah???!!!

p/s: Tak sangka sisa sisa skill memberi tazkirah memberikan influence dalam post ini.
















No comments: