19 March 2010

aku tidak dapat ingat,bukan aku lupa.




dalam kereta tadi mereka bercerita tentang kisah sewaktu mereka kecil.ada yang tadika di usa dan bermacam macam lagi kisah.kisah yang mereka ceritakan sungguh detail suasananya orangnya keadaannya dan sebagainya.

aku hanya memandang ke luar tingkap.bertanyakan pada diri sendiri,bilakah sebenarnya memori aku betul2 melekat.lalu aku beransur ansur kembali ke 5 tahun,6,7,8 dan seterusnya.
darjah,tingkatan, hingga sekarang.

aku hanya ingat beberapa perkara sahaja.bahkan aku tidak dapat untuk merasakan perasaan pada waktu itu.pahit mahupun manis.

adakah aku punyai memori yang bermasalah.ataupun secara dafaultnya aku memang tidak mahu mengingati apa2,bukan aku tak mahu tapi aku tidak mampu.

kawan aku ada postkan di blognya berkenaan keinginannya untuk mempunyai kelebihan melupakan segalanya pahit dan manis.

tapi.. baik buruk kelebihan atau kekurangan..entahlah.

3 comments:

nazihahisa said...

http://missevildido.blogspot.com/2010/03/love-quotes-love-people-without.html

amirulhazwan said...

'-' tq tq

b_r said...

huhu. atleast, you have written some