21 November 2009

Islamku


Selesai sudah jemaah solat Maghrib di masjid di Michael St. Aku singgah solat di situ bersama sama Azlan, Hiqbal dan Pidut kerana selepas itu kami akan bergerak ke rumah Azlan untuk sesi halaqah.

Hari ini begitu ramai jemaah di situ. Yang kecil, tua, muda dari pelbagai bangsa yang hadir. Mereka bersalam salaman sambil bertanyakan khabar antara satu dengan yang lain.

Apabila aku melihat seorang budak kecil berwajah mat salleh mata biru rambut kuning memberi dan menjawab salam, rasa sedikit janggal. Biasanya yang terbayang di fikiran bila sebut tentang orang Islam ialah yang berwajah Melayu atau Arab.

Perkara ini buat aku fikir sejenak tentang bagaimana keadaannya sewaktu di zanan kegemilangan Islam. Bayangkan pada zaman ini, hampir 2/3 dunia mengamalkan kehidupan Islam. Apa yang dilihat secara minoriti dan janggal pada waktu ini adalah perkara majoriti dan biasa pada waktu itu.

Walau bagaimanapun hari ini aku berada di dunia yang mana Islam bukan lagi di zaman kegemilangannya. Aku berada di dunia yang mana Islamnya berpecah dan puak puak. Aku berada di zaman yang Islamnya bermacam macam rupa. Aku berada di zaman yang umatnya dihina dan nyawanya tiada nilai.

sedangkan yang dibunuh itu saudara Islamku sendiri.

Tapi aku yakin satu hari nanti Islam akan bangkit kembali. Dan sekali lagi aku tidak dapat bayangkan bagaimana zaman yang penuh lalai ini akan jatuh dan Islam bangkit semula.

Walau aku tidak dapat berada pada zaman itu, sekurang kurangnya aku ingin menjadi salah seorang yang membinanya.

Amin.

-- Post From 3 am

3 comments:

dukturah zuhairah said...

smlm pegi forum amam palestin =] seronok!=] panel tu cakap, negare yang dibina atas dasar kekejaman (israel) x tahan lame. macam mase zaman sebelum islam gemilang kt palestin. and die cakap x mustahil 1 hari nanti israel jatuh. and islam bangkit semula! =D sekarang pon kekuatan israel dh kureng la.

RuGGers |8| said...

"Biasanya yang terbayang di fikiran bila sebut tentang orang Islam ialah yang berwajah Melayu atau Arab."

bahaye pemikiran camni cha..cepat ubah sebelum parah..he3

amirulhazwan said...

zuhairah: aah kita kene caye islam akan naik balik nnti. dlm Quran pun dah ckp yg kita akan menang.

rodi: hahha, itu first impression ah di, tp tu lah,Islam kan untuk seluruh umat.