28 November 2009

Dimanakah ketenangan: Hutan atau Sunset


Apa tujuan ramai orang2 oz camping di Wilson Prom di tengah2 hutan ni?
Jawapan yang biasa ialah mencari ketenangan.

Persoalannya, kenapa perlu ditengah tengah hutan untuk mencari ketenangan.

Selain itu manusia juga suka untuk berada di tepi pantai untuk melihat sunset.
Kenapa hati kita tenang sewaktu melihatnya.

Kedua dua situasi mempunyai persamaan. SEMUA KEHIDUPAN di situ sama ada di hutan atau di laut sentiasa berzikir MENGINGATI ALLAH dan MENURUT PERINTAH ALLAH.

Jadi di sini membuktikan walau bukan secara saintifik bahawa hati manusia suka sebenarnya berada di tempat2 di mana semuanya tunduk dan taat pada perintah Allah.

Walau kita tidak menyedarinya, tapi hati kita menyukainya sebenarnya.

Jadi apa yang perlu dilakukan? Buat rumah di tepi pantai atau di tengah2 hutan?.

Tak,tidak perlu. Cuma sentiasalah berada di majlis2 Allah.

Membuktikan kata2 dengan mengingati Allah hati kan jadi tenang.

sebab itu Nabi kata majlis2 ilmu itu adalah TAMAN2 SYURGA, yang lebih baik daripada hutan di wilson prom.

kan?
'-'


-- Post From Sq adelaide