29 November 2009

Jangan jadi hipokrit and be yourself?




Hipokrit dan be urself adalah antara alasan ataupun nasihat yang sering diberikan kepada orang lain pada waktu2 kecelaruan identiti.

Sama ada ingin stick with it ataupun ingin berubah.

Ada orang yang takut untuk berubah dan menggunakan nasihat2 yang diberikan untuk menyedapkan hati masing2.

Walhal hatinya pada waktu itu menjerit2 mahukan perubahan kepada sebuah kebaikan dan akal sedang memikirkannya.

Malangnya nafsu sering mempengaruhi akal maka jeritan hati itu sering dilupakan.

Ingin menjadi diri sendiri?
Dalam diri kita, kita ada pelbagai ilham. Kita ada akal, kita ada nafsu, kita ada wahyu, kita ada bisikan syaitan, kita ada suara hati.

Bukankah semua itu adalah diri kita sendiri?.

Jadi yang mana yang kita pilih itu adalah diri kita sendiri.

Ramai orang yang aku temui seolah2 takut untuk berubah lebih tepat lagi mendekatkan diri kepada Allah atau. pendek cerita menjadi alim gitew. Mende.

Apakah kita fikir bahawa semua orang akan mempunyai sikap yang sama setelah menjadi 'alim'
Apakah kita pernah melihat sahabat2 nabi mempunya sikap yang sama?

kita tahu Umar bin Al-Khattab sebelum memeluk Islam adalah seorang yang sangat2 berani dan sangat2 tegas sebelum memeluk Islam.
Apakah kita melihat Umar menjadi lembut setelah memeluk Islam?

Tidak.

Umar masih menjadi dirinya sendiri. Cuma yang berbeza Umar menggunakan AlQuran dan Sunnah untuk guide dirinya sendiri.

Pilihlah ilham yang mana kerana semuanya adalah diri kita sendiri dan diri kita yang akan dihisab dengannya. bukan orang lain.


-- Post From SQ adelaide

2 comments:

nazihahisa said...

perubahan tak semestinya sifat..tapi cara berfikir pon berubah gak.. cara berfikir kearah lebih matang dan rasional.. itu lebih berguna

amirulhazwan said...

sebanyak mana kita berubah,
kita masih adalah diri kita,