16 September 2009

Ramadhan: Dulu dan Sekarang


Duduk bersandar di cermin almari yang besar dalam sebuah bilik yang gelap. Lagi beberapa minit sebelum masuk waktu Subuh. Lalu tanpa
disedari. .

Tersedar bahawa Ramadhan ini akan pergi tidak lama lagi. Ya, Ramadhan ini sudah ingin pergi.

Membandingkan Ramadhan kali ini dengan Ramadhan2 yang lepas, setiap satunya ada cerita yang tersendiri. Tidak perlu gambar2 tetapi cukuplah sekadar ingatan yang masih terlekat di hati.

Satu2 kenangan2 Ramadhan yang muncul. Teringat buka puasanya, di mana berbuka, dengan siapa, berbuka dengan apa. Di rumah bersama ahli keluarga, di dapur di Pasir Mas sana, di surau bersama-sama ahli Badar, di McD, KFC mahupun di Awwal, dan sekarang ini berbuka di mana2 majlis iftar. Di rumah brothers, di Malaysia Hall, di mesjid, di Musolla. Setiap tahun, ada kelainannya. Baguslah. Mungkin tahun depan berbuka di. . ahaha. InsyaAllah.

Begitu juga dengan sahurnya, di rumah, di kampung, di dewan selera selama 5 tahun bersama rakan2, di bilik sendiri, di kedai2 24 jam, di cemara, dan kini di ruang tamu di sebuah rumah di Melbourne Australia. Nasi dan Neskepe O panas sambil melayari FB di ipon. Menarik2. Setiap tahun bersahur juga memberikan suasana yang berbeza.

Terawikhnya juga berbeza. Di kampung berterawikh bersama di sebuah surau kayu yang kecil. Melihat Tok Abah dengan jubah putihnya menjadi Imam sedikit sebanyak membuat diri ini rasa kagum. Teringat juga morehnya sekadar teh o panas serta kuih2 di atas beberapa dulang. Begitu juga terawikh selama 5 tahun di surau maktab. Bermula dengan menjadi makmum yang hanya duduk di saf belakang hinggalah tanpa disangka menjadi Imam di situ, begitu juga dengan anak2 buah lain yang berdedikasi. Terawikh bersama rakan2 di Intec juga seronok samada di masjid luar ataupun sekadar di Cemara. Dan kini terawikh di Australia di pelbagai masjid dan musolla dengan pelbagai bangsa. Arab, Turki, Oz, Albania, dan Melayu sendiri. Suasana yang cukup berbeza.

Kini, Ramadhan sudah ingin pergi lagi. Adakah berpeluang berjumpa dengannya lagi? Bagaimana dengan Laila? Dia datang cuma sekali, sudah terlepaskah.

Owh, sudah azan Subuh.

p/s: Tahun depan ingin bersahur , berbuka dan terawikh di tempat bersama orang yang berbeza. Kalau boleh raya sekali.

-- Past till present

12 comments:

syafiqnawi said...

bersama orang yang "berbeza"..i know waht u mean ami..i know. be patient. :)

ARe-TEh said...

selamat hari raya..maaf zahir batin dari saya..selamat ye di perantauan ^_^

amirulhazwan said...

syaz: mana tau aku raya kat mesir ka. ha...

atih: slamat ari raya. gluck cik kiah ke kolumpor..

nazihahisa said...

wuuuu~~~ sayup bebenor.. hak ala.. tak macho ah sesedeh raya kat oz.. hak hak hak..

tahun dpn org berbeza? sape org tu? ha! itu yg kita tak tahu.. hahaha

amirulhazwan said...

sayup la, heh mana ada orang sdey2 kat oz ni haha,

p/s: x yah r wat lawak cite tu. haha

wanie said...

camat ari rye ami...
thn dpn nk pose kat mesir ker??

amirulhazwan said...

slamat hari raya wani. haha saje je ckp kt mesir

amirulhazwan said...

slamat hari raya wani. haha saje je ckp kt mesir

RuGGers |8| said...

ntah..nk tacing2..tp ak igt lg..dlu ade org marah badar mkn dulang..diorg ckp dpt lauk extra..loser!!ahaha..tp ms dpt lauk berbekas2 tu best kan mi??kan mi kan???

ARe-TEh said...

yeahhh~ cik kiah merantau di kota...
selamat hari raya semua~ jgn maen mercun ! berhati2 di jalan raya

nazihahisa said...

dasar makan banyak.. no wonder berat naek berkilo2.. hahhahah

amirulhazwan said...

semua: aaaaahhh!!! haha!