26 August 2009

Sahur




Pada sahur itu, ada keberkatannya kan?
Di mana dan bagaimana rupa keberkatan itu kita tidak tahu.

Bersahurlah walaupun hanya dengan sebiji kurma.

Alang2 bersahur, mari buat lebih dari seketul kurma. Bagaimana dengan seketul ayam masak kurma?(abaikan)

erm. pertama sekali haruslah bangun sahur dahulu. Tak bangun maka tak sahur bak kata pepatah perkataan tidak lebih dari 120 (abaikan).
Ambillah inisiatif sendiri dengan menyediakan alarm. (alarm iklan beras cap rambutan contohnya). Sebelum tidur, berdoalah moga dikejutkan oleh malaikat. Mana tahu bidadari yang datang kejut nanti. (abaikan).
Berdikarilah, janganlah asyik nak mengharapkan awek. Tak kemana semua tu. kih kih.




Bagi yang selesema di pagi Ramadhan yang mulia ini, diminta jagalah kesihatan anda. Dengarlah nasihat dari pakar. Sekiranya pakar itu seorang perempuan, tak semestinya beliau seorang pakar sakit puan (abaikan).


Kalau mampu, sediakanlah sebuah sup panas. Kalau boleh sediakanlah sup berperisa 'beef'. Kalau tak mampu juga, maggie berperisa beef pun boleh la dikonsider sebagai sup yang panas.


Untuk air pula, eloklah meminum air panas atau air suam. Saya tahu anda diluar sana dilema. Nak minum air baru dimasak, panas sangat. Nak minum air paip, sejuk pula. Nak tunggu air panas untuk sejuk, habis waktu sahur pula. Jangan khawatir rakan2, campurkanlah air panas tadi dengan air paip. Maka jadilah air suam.(saya baru tahu cara ini pagi tadi dan saya rasa amat berbangga dengan penemuan saintifik ini).

Diwaktu yang sejuk2 ini elok juga jika dapat merembat secawan Neskepe O panas. Hendak buat cokolate panas tapi lupa susu sudah habis semalam dirembat bersama sama kokokeranch.

Selepas makan eloklah sekiranya disertakan dengan dessert buah buahan. Kalau ada buah oren yang dibeli di VicMark yang ditinggalkan bersepah didapur misalnya eloklah dirembat tanpa izin. Oren mempunyai kandungan 8 bulan(abaikan) vitamin c yang baek untuk antibodi.





Sambil makan oren, sambil men fb fren for sale.tak pun men crash bandicoot kat ipin. (jangan tiru aksi ini). Kunyah2 kokokeranch di antaranya, fuh~ nikmat.


Alert juga pada waktu fajr. Jangan sampai terlepas. 15 minit sebelum subuh siap2kan lah diri untuk subuh berjemaah dengan isteri(abaikan) ahli rumah dan teruskanlah dengan halaqah separuh juzuk.

p/s: daripada kita kenang kegagalan kita melakukan sesuatu yang dirancang, lebih baik bergembira dan bersyukur dengan perkara yang telah dilakukan dengan ikhlas. Sekadar berkongsi '-'



-- Post From Ruang Tamu Henry

6 comments:

nazihahisa said...

amenda....hahahhaha

amirulhazwan said...

mnda mnda...

wanie said...

sahur??
adeh....sgt liat nk bgn sehingga mgharapkan 3/4 org kwn call grk kan...hahaha

amirulhazwan said...

bese la tu. haha

RuGGers |8| said...

ha3..dey cha..nme blog xlh blah r weh..xd sebab ah..(sambil memalingkan muke ke arah y lain)

amirulhazwan said...

abg hot: hak ala, ko ke? name blog tu trademark ak dh dala dah ko. haha