23 July 2009

Tumbuhlah dengan mekar



Fuh~ cuti tinggal lagi beberapa hari dan apa yang ingin aku lakukan pada hari ini. Oh ya, aku ingin membersihkan taman. Tidak lama lagi pagar kayu akan diroboh dan aku ingin taman ini kelihatan cantik.

Jadi aku menyiapkan segala kelengkapan dan tidak lupa juga aku membawa sebuah kotak kosong.

Berjalan, berjalan dan berjalan menuju ke taman. Sambil menyusuri padang yang cantik. Tiba2 aku berhenti. Aku nampak sesuatu. Ada sesuatu yang indah di padang itu. Apakah itu? heheh,

Maka, aku pun meneruskan perjalanan menuju ke taman dan akhirnya sampailah. Waa~ udaranya semakin nyaman. Kolam juga nampak indah dan alirannya juga cukup bagus sejak bergabung dengan kolam Cik MP.

Jadi, bermulalah misi sapu menyapu. Lap mengelap bangku2 yang ada di situ. Teringat pula waktu aku dan Cik MP mula-mula bertukar cerita dahulu. Haha.

Sedang sibuk sapu menyapu maka aku terperasan sebatang pokok kecil. Oo ya. pokok strawberi yang aku tanam setelah aku berjumpa dari Cik MP tempoh hari. Tapi, tumbuhnya tidak segar. Batangnya hitam dan rapuh, tiada bunga apatah lagi buah. Kenapa jadi macam ni ya.

Jadi, aku pun mula berfikir dan berfikir kenapa tidak tumbuh segar pokok strawberi ini. Dan ya, mungkin kerana tanah ini tidak sesuai dengan pokok strawberi itu. Ya, aku dah rasakannya sejak dulu lagi. Aku sudah berkata kepada kawan aku yang tanah aku ini tidak sesuai untuk tanam strawberi. Aku tak tahu kenapa tapi percayalah ada sesuatu yang menghalangnya untuk terus subur.

aku pun mencabutlah pokok strawberi dan bawanya ke suatu tempat. Di situ aku harap dia akan tumbuh subur dan ada orang yang sesuai untuk menjaganya hingga pokok strwberi itu berbuah segar.

Hmm~ sudah bersih taman ini. Jadi apa langkah seterusnya. Ahah! Aku ingin menanam bunga Rose di sekeliling taman ini. Hoho. Apa gelak2? Salah ke? Jadi di mana benihnya? Begini ceritanya.

Sewaktu di padang yang cantik tadi, ada sekuntum bunga Rose ini, amat indah rupanya dan harum baunya. Jadi, aku berfikir alangkah indahnya jika bunga Rose ini tumbuh di taman aku. Jadi, aku mengambil biji2 benihnya lalu aku masukkan ke dalam kotak yang aku bawa. Begitu ceritanya.

Jadi, aku pun mulalah kerja kerja menanam biji benih bunga Rose ini. Di dalam setiap benih yang aku tanam, aku meletakkan harap agar benih2 ini dapat tumbuh dengan subur di taman ini, di tanah aku ini. Tambahan pula disirami oleh air kolam ini. heh,

Tumbuhlah,
tumbuhlah dengan subur.
Aku akan menunggunya dengan penuh yakin.
Suatu hari nanti, aku akan tunjukkan kepada Cik MP bila pagar kayu itu roboh nanti.

Sebenarnya, sudah beberapa kali aku katakan pada Cik MP yang, aku ada menanam bunga Rose di sekeliling taman aku. Dia kedengarannya sungguh gembira dan tentunya aku turut gembira.

Tetapi cuma kadang kadang Cik MP ada bertanya kepada aku seolah olah dia tidak yakin apakah pokok bunga Rose boleh tumbuh di tanah aku. Dia asyik risau pokok strawberi saja yang akan tumbuh. Hehe, itu terpulang padanya. Mungkin aku masih belum cukup kerja keras untuk yakinkannya.

Tetapi aku sendiri yakin yang bunga Rose pasti akan mekar di pelusuk taman ini dan aku akan buktikan pada Cik MP bahawa perasaannya itu kurang tepat.

p/s: Benih bunga Rose ini aku peroleh dari penanam bunga Rose yang aku jumpa di padang cantik tu. Dia kata

"Bunga Rose ni, susah nak jaga. Kena jaga dia elok-elok. Betul nak jaga ni?"

"Ya, saya akan jaga dia sepenuh hati saya. Saya menanamnya, saya sendiri akan menjaganya, memberinya minum, memberinya makan dan memberinya perlindungan!" kata aku dengan penuh yakin.

Aku pelik sebenarnya kenapa aku memilih Rose walhal aku tak tahu apa2 tentang nak menjaga bunga nih. Tak pernah jumpa pun bunga Rose sepanjang hidup ni. Asyik tengok dalam gambar ja.Adoyyai.

Jadi, sementara menunggu benih itu tumbuh menjadi sekuntum Rose yang indah, aku ingin menuntut segala ilmu yang patut ada bagi seorang pekebun biasa seperti aku ini.

'-'

13 comments:

NuR kHaiRunNiSa said...

ehem ehem eheeeeeeeeeeemmmmmmmmmmmmmm

HAHAHAHAHAHAHA=P

Anonymous said...

wow..
thats really really really what we call sarcastic..
n i really really really know the meaning of every bit of these..

amirulhazwan said...

nisa: kuat oi dehem tu!!

anon: sakastik? sy bule buat sakastik '-'

kturs said...

jadi dgn sape ni??
xjadi dgn aku!!

amirulhazwan said...

hah hah hah!

ARe-TEh said...

white rose!!!!!!!!!!!!
ami semai benih white rose ke? or gambar ats tu sekadar hiasan?

amirulhazwan said...

oh, itu white rose jiran.
tapi kalau dapat tanam betul2 best gak.
Kena wat plan nih.

wanie said...

hehe..wish u luck...
wani rse pokok strawbery 2 krg kasih syg..ami kena byk borak2 ngan dier..haha..

nway, sapa cik MP ni??

'-' said...

hahahahha...
sukahatiakulah nk gelak ;))

amirulhazwan said...

uuh? tiba2 mndapat sokongan padu ni, apekah. .

Syafiq Nawi said...

haha..ami ami. glad u r happy..

Anonymous said...

love it..semoge berjaye..insyaAllah..

amirulhazwan said...

syas: oih, time kasih doh.

anon: ya, trimas juga, InsyaAllah