07 July 2009

Terima Kasih






Aku berseorangan ketika berada di tempat tinggi. Satu kawasan yang tiada orang melihat manusia dari bawah. Aku berfikir sesuatu tetapi tidak tahu apakah dia. Bermakna aku hanya termenung. Sia sia,

Tiba tiba aku ditepuk, eh kamu Paan(bukan nama sebenar). Aku hairan, kenapa Paan juga berada di sini.

'Aku bukan berada di sini, aku ke sini untuk mengajak kamu ke suatu tempat. Ke suatu tempat tempat berkumpulnya orang seperti kamu. Orang yang melihat manusia itu sendiri dari jauh'

Ya,aku terus mengikutinya. Mengikutinya ke suatu tempat tinggi yang lain. Apabila sampai di situ aku melihat ada sekolompok manusia. Manusia yang mahu tahu sesuatu tetapi tidak tahu apakah dia.

Selama beberapa hari, kami berbincang.Apa sebenarnya yang kami fikirkan? Perbincangan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Alhamdulillah perbincangan ini di ketuai oleh seorang yang amat pakar. Aku mendengarnya dengan teliti. Aku bersedia untuk mendengar dan bersedia untuk belajar sesuatu.

Kini, aku telah tahu apa yang perlu aku lakukan. Hidup ini tidak lama. Sesuatu harus dilakukan dengan kadar segera tetapi bijak. Pada peringkat individu, keluarga, masyarakat dan negara.Ya, segalanya telah jelas. Aku sendiri yang membentangkan apa perancangan utama yang harus dilakukan di hadapan mereka. Alhamdulillah mereka bersetuju.

Setelah segalanya jelas, aku meminta izin untuk pulang ke dunia aku sendiri. Begitu juga dengan rakan rakan aku yang lain. Mereka juga telah tahu apa yang patut mereka lakukan. Kami sentiasa doa mendoakan.

Matlamat yang paling utama, dicapai dengan memenuhi matlamat yang kecil(yang tidak dibentangkan, hahaha!) dahulu. Dengan pantas aku menuju ke suatu tempat bertemu seseorang lalu berkata

'dalam matlamat aku ada kamu dan aku tahu dalam matlamat kamu ada aku,aku tidak takut dan kamu juga tidak perlu takut, aku percayakan kamu dan kamu percayakan aku, kamu sendiri katakan kamu tidak tahu bila mulanya rasa ini dan semoga rasa ini tidak pernah berakhir dan aku juga begitu,


aku mahu kamu berada di sebelah aku,

dan aku,

aku

aku

aku sebenarnya

heh,

sudah beritahu kan '_'

2 comments:

[amiza a.malik] said...

hidup ni adalah untuk menunaikan tanggunjawab as khalifah 2:30 dan hamba 51:56. sila rujuk terjemahan

amirulhazwan said...

khalifah.
sebelum ni hanya tau kita khalifah,
tapi tak tahu apa nak buat,

tp sekarang alhamdulillah,
mula bergerak.

ko mesti bnyk pglmn.
ajar2 la saya.