27 July 2009

Tanggungjawab yang Lebih Besar?


(tiada kaitan dengan kisah dibawah, cuma promosi diri sendiri sahaja, terima kasih)

Dua hari yang lepas, seperti biasa (ye la tu), aku ke mesjid sini untuk menunaikan solat Isyak berjemaah. Setelah Azan dilaungkan, maka ahli jemaah beramai-ramai menunaikan solat sunat sebelum Isyak. Setelah line clear, maka Iqamat pula menyusul.

Maka berpusu-pusulah ahli jemaah merebut saf yang pertama. Aku, saf kedua sudey. Nak dijadikan ceritanya di sini, maka adalah seorang brader ini mengofferkan saf pertama kepada aku. Lalu dengan rasa penuh gembira di dalam syukur (ye la tu) aku bergerak masuk ke saf pertama. Dan, nak dijadikan cerita lagi, maka brader itu menolaklah aku ke tempat imam.

OIH!(dalam hati sudey, lagi satu, muka mantain suci dan ikhlasss..). Aku terkapai-kapai di situ seperti ikan yang baru keluar dari Tasek Shah Alam. Aku nak lari tapi jemaah dah pun memenuhi saf pertama tadi. Wu~ terperangkap. Busuk betul.

Wu~
Dengan ligat aku pun memikirkan apa yang selalu dikatakan imam sebelum mula solat. Argh, blank bro, blank. Apa lagi, takbir terus sudey. Maka, Fatihah pun dibaca sambil memikirkan apa surah nak dibaca pasni. Surah kene la panjang bro, baru nampak normal. Wawawa~. Lalau tanpa berfikir panjang, lalu dibacakanlah Surah Al-Kahfi. Erk.

Bila dah start surah baru teringat bilakah last time aku membacanya. Jangan dilupa vibration kapla lutut sudah pun ke tahap maksimum. Argh, tawakal sudey. Fuh~ Alhamdulillah, berjalan lancar hingga habis solat. Sini zikir dan doa dibaca sendiri2 jadi tiada la persoalan sama ada nak baca doa dalam bahasa Inggeris ataupun Arab. Kalau kene baca, of kos aku baca dalam bahasa Arab. Kan senang.

Itu cerita dua hari lepas, ini cerita malam semalam. Di Mesjid yang sama, aku sedang bersembang-sembang sama Pidot tentang kerambutannya yang baru dipotong. Kemudian datanglah seorang brader.

"Assalamualaikum brader, what's ur name?" sambil menhulurkan tangan untuk bersalam.

"Amirul" aku menjawab.

Tiba-tiba Iqamat dilaungkan dan tangan bersalam tadi ditarik hinggalah ke tempat Imam. What is this? This is ridikules! (Landlord 09, dalam hati sudey).

Aku terkapai-kapai ingin lari tapi tangan tak terlepas. Pernah tengok budak kene pakse sunat bawak jumpa tok mudim? Aa, macam tu la lebey kurang. Common~ ramai ja uncle2, syeikh2 kat situ. Hu~
Sekali lagi. . . peristiwa sama~

Bila selesai solat sunat selepas Isyak, aku duduk bersandar, berlunjur, tarikh nafas, hembus dan berfikir hikmah di sebalik kejadian ini. Jika sebelum ini, aku hanya pernah mengimamkan budak2 maktab di surau, tapi kali ini, aku mengimamkan jemaah kawasan ini di sebuah mesjid pula.

Aku melihat dengan lebih dalam.
Ya, terdapat persamaan di situ, aku dilantik menjadi Imam tanpa aku sangka.

dan,

adakah ini tanda bahawa,
aku perlu bersedia untuk tanggungjawab yang lebih besar?

lalu aku berfikir lagi,
sudahkah aku bersedia untuk menjadi dewasa?

Belum,
jadi aku perlu bersedia.

Yupp.
'-'

11 comments:

ARe-TEh said...

hmmmm..
yup,,atih setuju
kita perlu berfikir sebgai org dewasa dan bersedia utk menempuhi nya...^-^

Ar-Afiq said...

wah. jom ke masjid kat michael street pulak. jadi imam kat situ. teringin gak nak dgr bacaan surah kahfi tu. heheh.

amirulhazwan said...

atih: dah sedia belum? haha. . banyak mnde nak kene belajar lagi. huh,

afiq: kalu ada moto, bole gak gi situ, haha.

ARe-TEh said...

hahaha
kalo atih,,mmg xde peluang la nak belajar bnd2 cmni...atih belajar bila dah ada tanggungjawab t..smbil menyelam minum air r....
tapi laki2 patut sedar awal2 lg psl tanggungjawab ni...sbgai imam ^-^

Baizura said...

aritu kwn ade ckp, kalo org lantik kita, kite kena terima. takut nti tanggungjwb tu terlepas kat org yg x bertanggungjwb.

i second are-teh. :)

amirulhazwan said...

atih: knp pulak x de peluang? bole la blaja mana2.

baizura: uih, ye ke kene terima. hmm

ARe-TEh said...

yela...laki2 adalah imam =)
xkan perempuan plk jadi imam kpd keluarga,masyarakat...(mmg boleh tapi ad bnyk limitation de)

Baizura said...

terpulang kat diri sendiri. kalau tak cuba, mana nak tau boleh buat ke tak. kan?

'-' said...

sokong are-teh takkan pmpn lak nk jd imam kpd keluarga,masyarakat..

sehebat mana pon wanita, dia mengharapkan asa seorg yg bergelar lelaki untuk mengimamkanya/ketua dlm hidup dia..

dia mahukan seseorang yg boleh memimpinya lebih,bkn die yg memimpin lelaki tu =p

Syafiq Nawi said...

hahaha...gile ah. mantap ah ami, dah leh kawen dah..

aku je blom agi.


hakhakhak.

amirulhazwan said...

AAAhh!!