27 July 2009

Selamat Jalan Saudara Amal Asrol




Malam semalam berlangsungnya majlis perpisahan khusus untuk saudara Amal Asrol yang telah menamatkan sesi pengajiannya di UniMelb. Gambar diatas menunjukkan beliau sedang memberikan ucapan kepada majlis.Setelah itu, pengerusi majlis meminta supaya wakil2 dari mana2 rumah untuk memberikan ucapan perpisahan kepada saudara Amal. Ucapan2 mereka semuanya berkisar tentang kebaikan Amal. Ya, aku tahu, Amal memang baik.

"May Allah reward u sebagaimana dia menyentuh hati2 kita semua" kata Ridhwan

"Amal pandai mencelikkan hati kita semua" kata Syuk dalam ucapannya

Ya, aku akui, saudara Amal memang pandai berkata-kata. Kata2nya sentiasa memberikan semangat. Banyak yang aku kagumi tentang dirinya sebenarnya.

Seperti kata Syuk "Amal pandai mencelikkan hati kita semua", ya, itu memang benar. LAgi2 sewaktu aku di JMD. Banyak soalan yang dia tanya kepada aku.

"Dah tau siapa Tipah Tertipu?" tanya saudara Amal sewaktu di JMD.

ya, kata2nya sentiasa membuatkan aku berfikir. Aku ada merakam ucapannya semasa majlis perpisahan ini dan seperti biasa ucapan beliau memang memberikan kesan mendalam.

Sewaktu kami memberikan ucapan kepadanya. Beliau hanya duduk menghadap laptop. Nampak seperti dia tidak melayan ucapan kami tetapi, cuba lihat betul2. Kami tahu beliau sedang mendengar '-'



"Aku nak nanges ni, kalau tengok betul2 dah berair mata ni, cuma tak tereksperesi di muka, Haha" kata Amal.

Setelah majlis ucap mengucap tamat. Maka apa lagi. Kita makan duloo!!






"Selamat menjalankan peranan anda di Malaysia Mal"

"Teruskan 'pembelajaran' anda di sini Mirul"

heh.



No comments: