29 July 2009

Essence of Life





saudara Romi dan Isteri beliau



Sewaktu majlis perpisahan tempoh hari, saudara Amal ada mengatakan tentang ini.Tentang

Essence of Life

Kalau difikirkan semula, apa itu EoL? Entahlah, aku pun tak tahu nak describe macam mana.

Tetapi, apa yang aku faham tentang EoL ialah, ia ibarat satu subjek. Subjek di mana kita bebas untuk mengambilnya ataupun tak.

Aku selalu mendengar orang2 di sekeliling berkata tentang

Life, tentang Kehidupan.

Untuk hidup, kita perlukan kemahiran sebenarnya. Sebab itu ada subjek Kemahiran Hidup.

Cuba fikir dalam2 dan lihat tajuk ini dari perspektif yang berbeza,

Kemahiran UNTUK Hidup.

Jadi apa yang ditekankan oleh saudara Amal tempoh hari bukanlah sekadar butang begnya yang rosak sebab lupa password,


tetapi lebih menjurus kepada betapa pentingnya untuk kita mengambil EoL.

Kenapa?

Kerana kita ada kebebasan. Sama ada, kita hendak tumpukan 100% pada stadi dan lupakan tentang perkara2 yang lain.


Kami di sini hidup dalam sebuah komuniti pelajar. Di mana ahlinya

belajar mengambil berat antara satu sama lain.
belajar berdikari
belajar membantu
belajar berukhwah
belajar bertazkirah


belajar menganjurkan sesuatu perkara
belajar deal dengan orang lain lagi2 orang puteh

belajar membuka hati dan mata orang lain


dan macam2 lagi.

Ia terpulang kepada anda sebenarnya. Sama ada anda ingin belajar EoL sekarang atau selepas ini. Tetapi dimohon ingat tentang sesuatu perkara

kita belajar EoL sepanjang hidup kita. Makin lambat anda mulakannya, bukankah makin banyak anda perlu catch up? Itupun kalau anda tahu apa yang perlu anda kecapkan.

p/s: Kicap kipas udang ada dijual secara borong oleh saudara Imran dengan harga AUD3.50 sebotol terima kasih.



-- Post From My mndenye. .

1 comment:

ARe-TEh said...
This comment has been removed by the author.