29 July 2009

Bersederhanalah

Entah kenapa sejak kebelakangan ini terasa hati seperti tertutup.

Terasa seperti, tidak lagi dapat melihat sesuatu di sebalik perkara yang terjadi.

Tidak lagi dapat meluahkan sesuatu pendapat yang betul2 berfaedah dan memberi pengajaran. Hampir semuanya sia2.

Seakan akan apa yang di lihat tidak jelas dan kabur. Ya, ada sesuatu yang kurang tentang mata hati. Semakin tertutup barangkali.

Setelah difikirkan kembali, aku rasa aku tahu apa puncanya.

Mungkin kerana aku terlalu memikirkan tentang apa yang aku perlu lakukan selepas ini.

Pasni stat, lec, rehat kejap, bio, baca text, baca fil zilal, rehat balik, makan, solat, dan macam2 lagi.

hati yang tidak tenang. Sentiasa memikirkan tentang matlamat yang nak dicapai yang masih jauh itu. Dan pada masa yang sama aku melupakan matlamat yang kecil2 ini.

Aku terlalu fokus. Terlalu bersemangat. Terlalu banyak perkara yang difikirkan. Terlalu banyak kerisauan di dalam hati. Pekerjaan mula di lakukan tanpa niat ikhlas. Hingga terdetik rasa malas pada Maha Pencipta.

Bahaya-bahaya. Aku perlu mendapatkan rawatan dengan segera. Penyakit hati jangan disimpam terlalu lama.

Dari kuliah selasa semalam, perkataan sederhana dari bro Naim di surau melekat di hati hingga tamat kuliah.

Naim juga ada menyebut tentang mereka yang berjalan pantas, hatinya penuh kerisauan . Lalu memberi contoh:

Nabi berjalan penuh sederhana. Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.

Bukankah Nabi pernah bersabda bahawa yang terbaik itu adalah yang di tengah2?

Bila mendengar tentang perkara itu, aku mula melihat pada diri sendiri. Ya, aku mula mengabaikan tentang perkara di sekeliling. Sedangkan perkara di sekeliling merupakan tanda2 kekuasaan Allah untuk aku sedar tetapi

apa yang aku buat hanyalah berada dalam dunia sendiri. Dunia yang. . .








Aku perlu bersederhana.

-- Post From Henry St

4 comments:

ARe-TEh said...

urmmmm
betul2...
ami wahai sahabat..
bersederhanalah dalam melakukan sesuatu
yang paling penting,,ikhlas dalam mengerjakan sesuatu untuk mendapatkan keredhaanNya..semata-mata kerana Allah... ^-^

sYeNgEt ke senget?? said...

quality itu lbeh penting drpd quantity..

mata hati perlu lebih peka dgn itu.. hati perlu lebih tenang..

dan yakin kpd kuasa Allah itu sgt penting, agar kita tdk paranoid.. sampai kita terlalu khuatir keputusan yg bakal kita perolehi masa depan..

doa usaha ikhtiar dan tawakal.. itu yg penting..

alhamdulillah.. Allah segera bagi petunjuk pada ami, bila ami kekaburan.. semoga dopermudah segala urusan '-'

Syafiq Nawi said...

sederhana ek...ok. hehe.

amirulhazwan said...

atih: ikhlas, ya. betul2. trima kasih.

rose: wu~~ trima kasih atas doanya. Amiin.

syas: semoga berjaya. hohoho