31 July 2009

Berbangga




Di sini aku ingin mengutara, selatan, timur dan baratkan rasa bangga di hati ini kepada dua orang housemet aku yang berkabiler.

Saudara Adam dan Baang.

Entah kenapa secara tiba2 ja rasa bangga ni sebenarnya. Mungkin kerana mereka sedang menjalankan praktikal, so mereka kene pakai semmat2.

Jadi aura tu ada la. Macam,

"uih, aku makan sebelah doktor dol"

Haha.

Apa yang aku boleh katakan sekarang ini ialah, mereka amat lawak dan ntah pape. Haha.

Apa yang aku kagum tentang mereka ialah Baang merupakan


ketua rumah yang sangat berkabiler dan betul2 pandai menguruskan hal2 rumah. Sampai ke satu tahap di mana aku merasakan kesian melihat Baang seperti melihat ayah aku sendiri.

Walau bagaimanapun, jangan sesekali ungkit pasal kawen kerana itu adalah isu sensitip bagi beliau. Adala berkaitan sedikit dengan desakan keluarga camtu ha. .

Manakala bagi saudara Adam Idris beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya. Aku tak pernah tahu berapa banyakkah


hasil kekayaan yang dia peroleh hasil jualan nasi2 beliau. Dia mempunyai vision yang tinggi. Katanya ingin membuka cafe di hospital. Pergh.

Walau bagaimanapun, perkara terpenting bagi aku ialah pegangan agama mereka yang amat kukuh. Susah nak cari "doktor muslim" sekarang ni. Yang selalu baca quran, gi mesjid dll.

p/s: apa yang ada pada aku pulak ya. Saudara Amirul merupakan. .


-- Post From Myself

No comments: