11 June 2009

Rider war tetapi. .


Dia suatu tempat yang sunyi dan dingin,
Seorang rider akan menghadapi rider war pada esok hari(tak tahu boleh check youtube 'rider war'). Akan tetapi,

Dia tiba tiba terjaga dari tidur. memikirkan tentang rider war esok barangkali. eh, bukan esok, sebentar lagi, cuma beberapa jam saja lagi.

Dia membelek belek device cikai berbentuk segi empat itu yang dia gunakan untuk bertukar. Dia tidak tahu, rider mana yang perlu dia pilih. Rider mana yang sesuai untuk berlawan pada esok hari.

Dia tidak bersedia. Pengetahuannya tentang rider war esok amat amatlah kurang. Lebih lebih lagi melihat rider war rider war tahun tahun lepas.

Dia membelek belek lagi device cikainya itu. sempat juga berhubung sebentar dengan seorang rider ini. Memberikannya nasihat dan kata kata semangat. Terima kasih kepadanya. Situasi ini juga buat dia sedar tentang siapa yang ada diwaktu menghadapi waktu sukar sebegini. Biarlah, tak perlu dipanjangkan cerita kerana mungkin telah jelas semuanya.

ya, dia mengambil keputusan untuk menghukum diri sendiri dengan tidak bertukar kepada mana mana rider esok. Biarlah dirinya dikerjakan secukupnya. Selepas itu diharapkan akan menjadi pengajaran kepadanya untuk rider war yang akan datang.

p/s: jangan risau, dia takkan mati pada rider war besok
p/s/s: untuk mereka yang betul betul risau sahaja.

--
Posted via henshin device, 2009-06-11 02:22:43 aplacetobe

3 comments:

Anonymous said...

ko kena lulus
ko mesti lulus
ko AKAN lulus dgn semmat nya

psst:kalo tak terjatuh ko takkan rase saket dan beringat..*pesanan utk diri sndri gak ;D

amirulhazwan said...

mm

wanie said...

hehehe.....
ami ngah tension..