28 June 2009

Melbourne Museum



ya, beberapa hari lepas aku telah ke Melben Museum. Di manakah Melben Museum? (mulot, abaikan).

Melben Museum terletak di area area Carlton Garden dan REB ( dewan periksa kam). Melihat kepada peta di sebelah (ehsan hp cikai), melben museum cuma 2.0 kilometriko dari rumah. Jalan kaki mengambil masa 25 minit dan basikal sekitar 10 minit.



















Untuk masuk secara percuma (tak payah bayar), pastikan anda membawa student ID. Hmm, jadi apa ada di Melben Museum? Seperti gambo di atas, ada pameran dinasor. Sudah tentu ada banyak lagi tulang tulang dinasor yang ada di sini tetapi tidak larat untuk saya menguplodnya. TETAPI, yang penting sekali anda dapat menimba ilmu luar dari bilik darjah, luar dewan kuliah, luar silibus dan luar biasa. Ya, saya pun baru tahu bagaimana dinasor uuk uuk.

(sikit lagi!! sikit lagi!!)

Mm, apa lagi, ya, ada pameran serangga.




Mm. Pameran marine life pun ada.

 
(aku tau ko pelik, ya, jangan risau. anda tidak keseorangan, ada yang menemani kamu.)

Haha, adoyyai. Selain itu, anda juga boleh ke Forest Gallery. Ya, jangan terkejut kerana ada hutan sebenar dalam Melben Museum. Siap bule masuk bawah tanah lagi.

(Pidut dan rakan beliau)



(Jangan ingat anda saja bule guling2)

Uuh, ada banyak lagi sebenarnya cuma bagi saya inilah yang terbaik sekali. Ada banyak lagi galeri galeri seperti galeri Saikologi dimana anda dapat melihat patung bugil. Kih3. Dan tidak kurang menariknya anda ke galeri yang menunjukkan keadaan Melben pada suatu masa dahulu. 60an 70an kot. Ada rumah lama, radio lama, tv lama dan mnde lagi ntah. Banyak lah. Itupun tertinggal beberapa galeri sebab kaki tak larat dan perut lapo. (sape suh tak tido men game facebook, cilaka Syed Mazuan mempengaruhi aku).

Jadi, sampai disini saja.
Sekian.
Ulloh.





No comments: