14 June 2009

Kolam Saudari macam Kolam Saya

Saya pun berjalan meninggalkan kolam saya yang masih berolak-olak itu dan berjalan keluar.Berjalan dan berjalan hingga penat lalu saya singgah di sebuah bangku. Badan dibongkokkan sedikit, kedua dua siku diatas peha,saya menekup muka dan menarik nafas dalam dalam, hembus. Fuh~.. Rumput hijau di bahu jalan saya renung sambil mulut mengunyah ngunyah strawberi yang baru dipetik semalam. Lepas satu satu saya kunyah. Kadang kadang masam, kadang kala manis. Macam hidup ini. Sedang saya khusyuk dan tawaduduk dibangku itu sambil mengunyah strawberi, seseorang datang dan duduk di sebelah saya.


Saya tidak peduli. Saya hanya memikirkan perkara yang sedang bermain di fikiran saya sahaja pada waktu itu. Tetapi perasaan ingin tahu itu tetap ada dan saya menoleh sedikit ke arahnya dengan harapan dia tidak akan sedar saya sedang memerhatikannya. Oh, seorang gadis. Tetapi matanya lebam seperti panda dan wajahnya agak pucat. Apakah dia sakit? Apakah dia menangis dan tidak tidur semalaman, dua malam, seminggu? Dua minggu? Adakah dia baru pulang dari hospital? Hospital apa? Sakit jiwa? Sakit hati? Atau disakiti? Dia mengeluh kuat dan dengan tiba tiba anak matanya menoleh ke arah saya. Uih, dengan cepat saya mengalihkan pandangan dan mengunyah strawberi dengan lebih laju.


"Kamu ada masalah?" dia tiba tiba bersuara.
"Semua orang ada masalah" saya menjawab dengan semmat.
"Kenapa kamu disini?" tanyanya lagi.
"Saya.. mm.. saya keluar meninggalkan kolam saya sebentar" jawab saya tanpa mengubah posisi
"Mana kolam awak?" tanyanya.
Dengan malas saya menunjukkan ke arah kolam saya tanpa sedikit pun memandang ke arah itu.
"Boleh saya tengok?" mintanya.

Hah,saya sedikit terkejut.Apakah saya sudah boleh benarkan siapa siapa untuk melihat kolam saya. Lebih lebih lagi dia yang baru saya kenal? Tetapi, bukankah kolam itu beriak riak jadi apa salahnya. Apa yang boleh dia lihat dengan mata pandanya itu. Fikirku.

"Ya, silakan" sekali lagi jawapan semmat diberikan.

Dengan lemah, dia bangun menuju ke kolam saya. Saya cuma memerhatikannya. Dari jauh saya perhatikan reaksinya. Dia tersenyum dan melihat kolam saya dengan teliti. Dia mengelilingi kolam saya dengan langkah perlahan lalu memandang saya sambil tersenyum. Manis senyumannya. Uih, dengan cepat saya mengalihkan pandangan dan mengunyah dua biji strawberi sekaligus. Uuh.. masam masam manis. Setelah beberapa ketika, kunyahan saya menjadi semakin perlahan dan dia berdiri di hadapan saya.

"Kamu nak tengok kolam saya?"
"Ya, boleh juga. Kalau boleh memang saya ingin melihat kolam orang lain yang sudi izinkan saya untuk melihatnya" jawab saya tanpa segan silu siluan tetapi semmat.

Saya mencapai kotak strawberi itu lalu saya hulurkan kepadanya. Kami berjalan sambil mengunyah strawberi. Sewaktu perjalan ke kolamnya, kami melintasi sebuah taman yang cantik. Rumputnya hijau dan cuma sebuah pokok rendang di tengah tengahnya.

"Satu hari nanti, saya ingin baring di situ" saya memulakan bicara.
"Ya, saya pun begitu"jawabnya
"Pasti, suatu hari nanti.." kata kami serentak. Kami tersenyum seketika. Heh, dan meneruskan bicara dan perjalanan sambil mengunyah ngunyah strawberi.


"Inilah kolam saya"
"Oh ya ka. cantik cantik. Hmm.. kolam kamu juga bergelora."
"Cuba kamu perhatikan betul betul. Kamu tidak perasankah?"
"Hmm"

Mendengar pertanyaannya, aku memerhatikan kolam itu dengan lebih teliti. Aku perhatikan geloranya. Menafsir dan menafsir. Saya dapat. saya menoleh ke arahnya dan memandang tepat ke mata pandanya.

"Ke..ke.. kenapa riak kolam kamu sama seperti saya?!"

Dia hanya tersenyum dan mengajak saya duduk dibangku kayu dibawah pohon disebelahnya. Saya hanya menurut.

"Setiap riak di kolam itu ada kisahnya"katanya.
"Ya, betul"
"Kamu lihat riak yang itu." katanya sambil menceritakkan kisah disebalik gelombang air itu.
"Ya, riak saya pun seperti itu dan kisahnya juga sama, heh, menarik menarik. cerita lagi." pinta saya.

Maka, kami pun berkongsi kongsi kisah tentang kolam dan riaknya. Amat menarik. Saya meletakkan kotak strawberi itu di tepi buat seketika. Kami terus bercerita dan mendengar cerita tanpa saya sedar strawberi semakin lama semakin masam akibat lama meninggalkannya.

Masa terus berlalu dan berlalu dengan begitu pantas. Hingga ke suatu hari di mana kami harus pulang ke kehidupan masing masing. Banyak yang saya belajar daripadanya dan dia juga begitu. Saya harus pulang. Dalam perjalanan pulang, saya melintasi taman hijau itu lagi dan tersenyum teringatkannya.

Saya kembali ke kolam saya. Saya perhatikan gelombangya. Selepas ini riak kolam ini akan berubah lagi dan mungkin kami akan berjumpa lagi selepas ini untuk berkongsi cerita lagi. Oh, sebelum saya terlupa. Dengan perlahan saya mengambil biji strawberi yang masam itu, lalu saya tanam di pinggir kolam ini. Strawberi perlukan masa untuk tumbuh. Selepas ini, harapnya strawberi akan manis kembali.

4 comments:

syafiqnawi said...

akuarium saudari macam akuarium saudara..hak ala saudari pon macam hak ala saudara

amirulhazwan said...

amendenye..

.:DeXmA:. said...

ko ni bley jd sasterawan la..seyes aq xpaham amende yg ko cube smpikn

amirulhazwan said...

sasterawan?
hmm. .
ni mesti sebab aku naik eskelater ngan Samad Said taun lepas kat KLCC. Pastu aku belek buku apa yang dia belek kat kedai buku ape ntah kat KlCC tu. heheh,

Maybe ada beberapa orang yang faham, or maybe 4-5. Tapi,








aku pasti ada sorang yang faham.