19 June 2009

Awak Harus Kuat

Saya tidak tahu, apa gadis itu sedang lakukan disebalik pagar kayu itu. Cuma, kadang kala dia membaling kertas yang tertulis apa yang sedang ditempuhnya ketika itu seperti "Hari ini aku akan berjumpa dengan orang yang baling batu itu"

Selalunya saya tidak dapat membalas balingan kertasnya. Kerana saya tidak mempunyai kertas. Jadi saya menggunakan 4 alternatif yang lain untuk menyampaikan apa yang ingin katakan padanya.
sekarang saya sedang meneroka 2 lagi cara yang berpotensi.

Saya tidak inginkan dia menceritakan semuanya kepada saya. Tidak perlu. Apa yang saya ingin katakan padanya ialah supaya dia terus kuat.

Sekarang ini saya sedang duduk di kerusi sepatutnya merancang apa yang ingin saya lakukan dalam jangka masa 2 bulan ini. Tetapi kebanyakannya saya memikirkan cara bagaimana untuk membuat dia tersenyum, gembira dan bersemangat setiap hari. Haha. Saya tak dapat elakkannya.

4 comments:

Anonymous said...

Jiwang

amirulhazwan said...

terima kasih datang lagi.

NuR kHaiRunNiSa said...

fuyyoo..ami..apa kes nih?hehe..tunggu aku smpi melb nnt aku korek puas2..huhu..

ohohoho..aku perlu studyyyyyyyyyy skrg.bnyk lg x cover~

waaaaa...jelesnye org dah habis exam..=.=

amirulhazwan said...

ape yang ko nak koreknya nisa.
daripada ko kerek cerita ni,
lebih baik ko round2 melben.
lagi berbaloi.

betul.

lupakan ja semua ni.
abaikan.

'_-

go nisa go nisa