20 June 2009

Kisah Pekebun dan Pemburu Kumbang

Tersebutlah kisah pada suatu masa terdapat seorang pekebun kecil. Dia menanam seperti pekebun pekebun lain. Pada suatu hari, kebunnya diserang oleh sekumpulan kumbang yang tidak putus2.

Akan tetapi tidak ramai orang yang mengetahui hal nya yang sebenar. Jika terus begini, bagaimana dia ingin menuai dengan banyak tidak lama lagi.

Lalu muncullah seorang pemburu kumbang yang perasan akan hal itu lalu membantu dengan sedaya upaya. Pemburu tidak mengetahui tindakannya membuatkan pekebun itu rasa bersalah.

Pekebun rasa bersalah kerana merasakan dirinya telah menyusahkan pemburu kumbang. Maka pekebun menyatakan rasa hatinya itu pada pemburu kumbang.

"minta maaf kerana menyusahkan kamu"
"kenapa?"
"saya telah menyusahkan orang lain, iaitu kamu"

pemburu kumbang menjawab

"Kamu langsung tidak menyusahkan saya. Kegembiraan kamu, kegembiraan saya juga. Kamu gembira kerana kumbang telah tiada. Saya pula gembia kerana dapat memburu banyak kumbang.
Oleh itu saya perlukan orang seperti kamu untuk buat saya gembira.
Balance~~ ok?

Pekebun rasa sungguh gembira dengan jawapan tersebut lalu menghadiahan sebuah resepi secara percuma kepada pemburu.

And they live hepili ever after. . .

ps/ pemburu ada bertanyakan sesuatu kepada seorang pekebun ini, tetapi tiada balasan. Kadang kala membuatkannya terfikir, apa sebenarnya terjadi antara mereka.




-- Post From My hpcikai

No comments: