31 May 2009

: kepada guru luar bilek darjah :



Hari ini hari Ahad. Hari akhir di hujung minggu. Hari ini 31hb, tarikh akhir di bulan 5.

Rasa seperti baru semalam, aku tak sabar sabar nak tahu, apa akan berlaku pada bulan 5 dan nah, dah nak masuk bulan6.

Tak perlu aku ulang apa yang berlaku pada bulan 4. cukup sampai situ. Bagi bulan 5, banyak perkara yang berlaku. Banyakkah? Banyak.

Aku berkenalan dengan seorang rakan baru. Banyak yang aku belajar daripadanya. pembelajaran luar bilik darjah bak kata beliau. Beliau lebih banyak pengalaman atau bahasa indahnya, lebih bnyk makan garam walaupun aku banyak makan potato chips. Aku belajar tentang apa?

Aku belajar tentang hati.
Tentang perasaan.
Dari pengalaman beliau sendiri.
Secara langsung telah memberikan aku satu perasaan yang aku kata balance.

balance, moment, dan ada lagi vocab vocab baru yang aku belajar termasuk voCab yang beliau tak suka. bukan sekadar vocab tetapi tafsiran disebaliknya dari pengalaman beliau. indah, sungguh indah.

Bulan 5 juga menyaksikan watak watak selekeh. paham paham sudey. rasanya bulan depan ingin tampil kemas kembali.

erm.. pada mereka mereka yang aku terkasar bahasa, aku ingin minta maaf. Lalu, aku tidak tahu apa yang cuba aku buktikan menurut kata kata aku yang tidak ditapis lalu terus diluahkan. Begitu juga tindakan tindakan yang cacat hingga kalian menyampah. Pada kalian kalian yang menyampah pada aku, samada yang telah mendelete ym aku, facebook aku, itu terpulang.Juga pada kalian yang tidak ingin berbicara sama aku lagi. Jika kalian rasa itu hukuman yang setimpal buat aku, aku terima. Kerana kesalahan sesama
manusia, khususnya kesalahan aku pada kalian, kemaafannya terletak pada tangan kamu. itu terpulang. lagi jauh kalian dari aku, lagi kurang peluang untuk aku sakitkan hati kalian lagi. aku baru sedar ttg hal itu. trima kasih pada kalian.

kerana aku amat menyedari,

aku belajar dari kesilapan, dan aku lakukan kesilapan ini pada kalian sedangkan kalian guru aku sendiri. Aku memang anak murid yang tidak baik. kalian rasa marah, dan mungkin kecewa kerana aku anak murid yang lembab dan lempong yang sentiasa ulang kesilapan yang sama.

Kalian memang guru yang baik. kalian lupakan saja anak murid kamu yang gagal itu disini tetapi aku mahu kalian tahu, aku tidak pernah akan melupakan kalian.
--
Posted via Skypetr, 2009-05-31 08:59:40 +1000

1 comment:

rakanlompat2 said...

hahahah no biggies man..
balance...
balance...

wuuuu~~~ memory ko maken bagus nmpknye..sbb usually ko lupe kan ;D ni all vocab n story2 ko ingat.. yeah~

btw// wahwah rindu enchek ipon..
catch u later got mission to do plus dkt johore lg..nnt leh on9 kite merepek2 lg wokayh..