09 April 2009

Suram tapi Gembira

Math stadi? Malay stadi? Spanish Stadi?

Bangun pagi, hari ni bangun lewat sikit. Ada prac gitar pukul 9 pagi ni. 8.30 dah nk bertolak. Pegi ke Uni ambil masa 30 minit. Aih.. gitar tak buat masuk dalam beg lagi. Hari ni jalan kaki. Apa barang naik basikal bawak gitar. Ahaha. pelik sungguh. Nak naik trem, orang ramai sekali ma..

Aku berjalan berjalan dan jalan dengan gembira di pagi hari. Seronok Bio online kuiz dah siap pagi tadi. Yea! Kebetulan sewaktu perjalanan bertembung dengan senior maka berjalanlah kami ke Uni bersama-sama.

Aku sampai ke bilik prac dan aku tengok orang dah ramai. dah start warm up dah pun. Owh patutla dah pukul 9.10. macam mana leh lambat nih. Langkah slo motion kot menikmati permandangan city.

Hari ini prac Spanish. yea! Spanish gitar. Of kos memang bingit bilik tu. Sorang sorang strumming kuat gila termasuk aku. Haha! Kata Flamenco. 

TRENG! TRENG! TRENG!

Tapi lepas tu aku diberikan kertas tambahan. Uuh? Amende ni ataupun wat is dis? Spanish Study? Wat? Wat? Wat? Lalu kami mula mainkan melodi tersebut lalu.. uuhh.. susah aku nak cakap. Terus mood suram datang menyelubungi diri. 

Habis prac gitar pun, mood suram masih ada. Aku balik naik trem. Arini ada orang belanja makan di Es Steller. Arini juga aku akn bercuti dengan rasminya pukul 4 tadi ahaha! Gembira!

Waktu perjalanan pulang aku selalu nampak seorang gadis buta. Dia dan tongkatnya sahaja. Hayun tongkat kiri kanan. Tapi kali ni, dia lain sikit. Apa yang lain? Apa yang lain? haha, kali ni dia tak sorang sorang lagi. 

Dia berjalanan berpimpin tangan dengan seorang lagi lelaki yang juga buta sepertinya. Hayun tongkat sesame, cross jalan sesame, elak halangan sesame. Aku bertembung dengan mereka, aku berhenti, duduk di bangku dan perhatikan mereka hingga hilang dari pandangan. Aku senyum sorang sorang. Tahniah pada gadis buta.

Aku tengok bayang bayang aku. Tak nampak ekspresi bayang. Senyum seperti aku ke? Aku pun nak 'buta' lah kalau macam ni betul tak bayang?

Dah dah. Aku nak men gitar.

p/s: aku suram tapi gembira '-'

No comments: