25 April 2009

Sebak dan Gembira

Akhirnya, Subuh tiba jua, maka bagi aku berakhir sudah Hari Jumaat. Entah kenapa, hari Jumaat amat penting bagi aku.

Aku menjadikan hari Jumaat sebagai hari untuk mengenang kembali apa yang telah aku lakukan atau terjadi sebelum tibanya Jumaat depan. Semalam, aku mengenang kembali sehingga dua Jumaat yang lepas dan aku berasa sebak. Total masanya ialah dua minggu

Aku didalam masjid ini, dan dua minggu lepas juga aku dalam masjid ini. Masjid minggu lepas adalah di Adelaide. Aku tak pernah terfikir untuk berada di Adelaide pada hari Jumaat. Hah, menarik sekkali.

Huh, ini adalah dua minggu yang penat bagi aku. Kenapa dua minggu? Kerana ceritanya bermula dua Jumaat lepas dan berakhir dengan Jumaat semalam. Kesimpulannya aku cukup penat dan sebak sekali. Tak perlu tahu kenapa.

Setelah berakhirnya Jumaat maka aku melangkah ke minggu untuk ke Jumaat yang satu lagi dengan cerita yang lain. Jadi sekarang biarlah aku menikmati Kemerdekaan yang sementara ini sebelum aku menemui apa apa yang perlu aku tempuh, apa apa yang perlu aku keluarkan tenaga, apa apa yang perlu aku fikirkan.

 Barangkali hingga ke tahap Henshin dan jalankan misi lagi?. Huh.. cukup la.

Oleh itu, biarlah aku menikmati kemerdekaan yang sementara ini, bersama sama Aiskrem Bulla dan roti Jenama Rumah.











p/s: Nak askrem Bulla? Boleh, boleh,

boleh Bulla, haha!

No comments: