01 May 2009

Recap Kuliah Selasa


Seperti biasa terdapat aktiviti di rumah Henry pada Khamis malam Jumaat dan kali ini ialah recap untuk Kuliah Selasa tempoh hari.

Majlis di hadiri oleh ahli Henry, Fikri dan Shami sebagai pengerusi majlis dan yang paling utama ialah pemberi kuliah pada tempoh hari iaitu saudara Afzal presiden Famsy itu sendiri.

Terima Kasih kerana sudi datang.

Perkara yang dibincangkan ialah berkaitan dengan Uzair yakni namanya disebut di dalam AlQuran surah AlBaqarah. Menurut riwayat Ibnu Abbas diceritakan bahawa Uzair telah ditidurkan selama seratus tahun. Apabila beliau terjaga maka didapati dua buah buahan yang dibawanya masih elok tetapi keldainya telah mati

Lalu dihidupkan keldai itu dihadapannya dan kisah ini menjadi pengajaran kepada seluruh umat manusia.

Jadi apakah pengajarannya? Ada banyak tapi kita fokuskan kepada dua saja iaitu
1. Masa dan keberkatannya.
Kita harus sedar bahawa Allah s.w.t lah yang menciptakan masa itu sendiri dan seperti kisah di atas, Uzair dan buah buahannya dijaga daripada arus masa selama seratus tahun.
Jika difikirkan Imam imam kita telah menulis banyak kitab. Telah dibuat kajian bahawa masa yang diperuntukkan untuk menulis kitab kitab tersebut sebenarnya melebihi umur mereka sendiri. Di situ terdapat keberkatan masa di mana berbeza seperti apa yang kita tahu dan rasa sekarang ini 'eh? dah Jumaat? cepatnya" "Bila la lecture nak habis, sejam je pon"
Haha..

2. ialah menyedari kekuasaan Allah s.w.t itu sendiri yang berkuasa menghidupkan yang mati dan kita harus yakin bahawa kekuasaan Allah s.w.t tiada batasannya. Apa apa yang dilakukan haruslah disandarkan harapan hanya kepadaNya. Sekalipun benda yang kita lakukan itu dirasakan mustahil. Sebagai contoh dalam konteks yang kecil 'Haish sbulan lg nak exam sempat ke ni? InsyaAllah dengan mendapat keberkatan masa mungkin masa akan dilambatkan sedikit untuk kita atau, kadar kemasukan ilmu lebih pantas, atau kapasiti neuron berganda-ganda atau la~ la~ la~.

Kesimpulan satu: Keberkatan masa dan Kekuasaan Allah itu harus diyakini

Kesimpulan dua: Cekodok Hanis amat sedap

5 comments:

paan said...

thanks ami sebab bagi penjelasan dan penerangan yg betul2 bagus nie.juz nak tanya apa yg dimaksudkan dgn recap ?? ko amik subjek pe kat sana ?? k join persatun ??

sYeNgEt ke senget?? said...

ouh~ begitu~

amirulhazwan said...

Paan:recap tu cam summary atas apa yang orang lain dah cakap. Kiranya yang aku tulis ni recap kepada recap. Ngahaha.

Sem ni aku amek 4 subjek Bio, Chem, Famine in the modern world ngan Riffs:Discovering Acoustic Guitar

X de join persatuan pape.

Rose: Amnde...

paan said...

wah gitar pun ada belajar gak.gempak la...ami,leh x bagitau aku hukum men gitar.aku nak men gitar.tapi risau bab hukumnya..

amirulhazwan said...

heh, gitar. ko nk menkan kt tunang ko ke ?? ahaha

ko ada tnya soklan ni dulu dan aku ada bgtau yang hukumnya harus. aku ada siap bagi link lagi tapi aku tak ingat post yang mana.