14 April 2009

perkara bodoh

jika anda kenal aku, betul betul kenal aku, rapat dengan aku, lama dengan aku, mungkin anda berpeluang melihat aku melakukan perkara bodoh.

Perkara bodoh di sini boleh diertikan sebagai perkara yang aku lakukan kerana aku rasakan penting tapi bagi orang lain tidak.

aku= perkara bijak lagi penting
orang lain= perkara bodoh lagi tahyul dan khurafat. haha

ngerti kamu?

Mungkin anda tidak paham tapi selalunya aku lakukan sendirian dan akibat melakukannya aku suka tanggung sendiri.

Setakat ini perkara bodoh yang telah aku lakukan tidaklah memberi kesan yang mendalam pada emosi, fizikal dan masa depan.Cuma sejuk, panas, terperangkap, mangantuk, keluar duit, buang masa, tidak dapat siapkan assignment itu perkara biasa yang perlu dihadapi bila melakukan perkara bodoh.

Oops. Anda jangan salah faham dengan perkataan perkara bodoh.Bagi mereka apa yang aku lakukan itu adalah perkara bodoh tapi bagi aku of kos perkara bijak lagi hebat. haha. ... mm.. huh...

Anda tidak perlu tahu perkara bodoh apa yang telah aku lakukan. Ada kemungkinan aku pernah melakukan perkara bodoh kerana anda. Haha. Kenapa? Anda tak perlu tahu juga.

Kemungkinan besar aku akan melakukan perkara bodoh dalam minggu ini. Perkara apakah itu? Anda tidak perlu tahu. Sebelum ini aku melakukan perkara bodoh untuk orang lain tetapi kali ini

aku lakukan perkara bodoh untuk diri sendiri.

Aku ingin dapatkan sesuatu yang penting, yang amat penting, yang bagi anda tidak penting tapi bagi aku amat penting. Jika aku tidak dapatkannya, mungkin aku akan jadi bangang dan ditarik penajaan. Ish ish ish haha. tapi ini perkara betul. hoho.

Setakat ini, menurut skala perkara bodoh bagi kamu, ini adalah ultimate perkara bodoh. Aku akan ultimate buang duit, ultimate buang masa cuti easter yang sepatutnya aku guna untuk stadi mid sem test bio worth 10 per cent final, siapkan 5 essay 1000 words, 50+ muka surat reading, music listening test 20 pieces, solo performance untuk 3 lagu berbelit, 3 gitar teknik sakit jari dan marathon prelab untuk bio chem mula 10 pagi sampai 5 ptg berturut rutut. Haha! yea! Aku juga akan ultimate aa.. apa lagi eh? Segalanya ultimatelah. haha.

Anda ingin terlibat secara tidak langsung dalam perkara ultimate bodoh ini? Ya di persilakan. Anda mungkin tidak sedar yang anda telah terlibat dan mungkin

anda adalah watak utamanya,
dan
anda sedang menyimpan dengan ketat dan dalam apa yang saya perlukan itu.

Eh bukan saya harapkan simpati saya cuma ingin memintanya. Tak bagi tak apa. Haha. jangan risau '-'

p/s: Jadi semua telah bersedia?
--
Posted via Iphone dari bawah selimut, 2009-04-15 00:46:26 +1000

No comments: