15 April 2009

Jangan risau

Pagi tadi dari bawah selimut, di luar sana angin kuat gila. Gila pun tak kuat macam tu. Aku selubung, pejam mata dan dengar bunyi angin yang eksiden melanggar pokok dan daun.

Macam, macam pernah dengar. Ini bunyi pantai. Pantai yang biasa aku dengar. Pantai tempat aku membesar. Darah 1- Darjah 6. Pantai Port Dickson dan pantai Teluk Kemang.

Dalam seminggu adalah 3 ke 4 kali aku akan ke pantai. Buat apa? Mandilah. Mandi, naik atas amek kopok lekor, mandi balik, naik balik, mandi balik. Kalau bosan, main pasir pantai. Buat lobang hidung dan buat peluru pasir untuk kita baling dari atas pokok. Muahaha. Kalau ada rezeki, dapat naik jetski free, bot free, pelampung pisang free. Kalau waktu cuti, boleh kerja. Dapat RM50 hinggit sehari. Haha. Jaga pelampong ke jaga kedai ke. Ni nak bagi tips untuk sesape yang guna pelampong lagi. Kalau sewa pelampong, pastikan sentiasa bawa ke mana-mana. Jangan tinggalkan tak bertuan. Nanti kene ambil dengan pemungut pelampong dan anda kena sewa sekali lagi. Muahaha. Siriyes best jadi pencuri pelampong.

Dari dulu lagi aku suka tengok sunset tepi pantai. Duduk la mana mana. Atas pokok sambil makan askrem ke, duduk atas tembok sampai air pasang sentuh kaki ke, baring atas pelampong sampai kene tolak ombak ke, suka hati lah. Macam macam boleh tengok. Tengok orang semua bersiap pulang. Menarik jetski dan bot beramai ramai. Kadang kadang kene tolong juga. Tak kisah badan kecik pon. Haha. Nanti dapat naik free lagi. Masih lagi dengar loceng pak cik jual askrem. Tengok orang susun pelampong susun tinggi gila. Rasa macam nak sepak bagi jatuh pun ada. Pernah buat sekali. Yeah! Haha. Tengok orang tutup kedai. Selalunya dapat laksa free, air free, tapau buat balik rumah bagi anak bini eh, bagi adik adik. Tengok orang kemas papan dam. Hmm..

Kalau esoknya cuti lain pula keadaan sunsetnya. Akan ada orang yang pasang khemah. Pernah juga tidur tepi pantai. Bukak bukak mata terus lari mandi pantai macam anak penyu high speed. Haha. Kalau piknik, jangan duduk bawah pokok sangat. Nanti kelapa laut jatuh. Kalau jatuh boleh minta pinjam parang, dapat minum air kelapa free. Kalau tak ada parang, haha, baling sekuat hati kat tembok tu. Uuuh.. air kelapa pantai. Sedap gila. Gila pun tak sedap macam tu.

6 tahun macam tu, mm. bahagia betul. Dari tak tahu berenang sampai tahu berenang. Dari tumpang naik jetski sampai boleh bawa sendiri. Dari tak tahu menyelam sampai tahu menyelam. Boleh tarik seluar orang tanpa dikesan. Yea! Dari tak tahu buka mata dalam air sampai tak payah guna gogle lagi. Dari tak tahu tahan nafas sampai boleh masuk pertandingan tahan nafas. Dari tak tahu buat backflip sampai tahu buat aksi akrobatik atas bahu kawan tak pun dari atas jetski. Dari tak tahu makan askrem, comot, sampai tahu buang dalam tong sampah. Menjaga persekitaran. Mm.. sayang pantai. Dari tak tahu buat istana pasir sampai menang tempat pertama antara kelas akhir tahun. Hmm. tak ada apa yang perlu dirisaukan.

Pada waktu itu.

Kerja rumah? UpsR? Jalan itik? Ketuk ketampi, periksa akhir tahun? Muzik? Rekorder? Nyanyi lagu? Pengawas? Kesalahan berlari? Kene tulis nama kat papan hitam. Baling kapur? Bising waktu perhimpunan? Sebat pembaris meter? Belah dua likuid paper sampai tangan putih?Ibu bapa jumpa cikgu. heh, tak payah risau semua itu. Semua sudah selesai dengan masa. Aku tahu dan aku yakin.


Jangan risau. 
ya
Jangan risau

Masalah sekarang sama saja dengan masalah dahulu.

Semuanya pasti akan selesai.
Senyum dan teruskan senyum dengan tenang hati.

Hehe '-'

p/s: Lama tak sambut b'day tepi pantai.

1 comment:

i.Z.z.A.t.Y said...

sweetnye duduk tepi pantaaii
:)