11 April 2009

Mencari Yang lebih baik

Oi Ami, ko suka perempuan yang macam mana?

Aku? 

Aku nak yang pakai tudung labuh menjaga aurat dan berwatakan sopan santun. Kalau ko nak tau, aku suka usya budak pakai tudung labuh. Lagi advance kalau dia tutup muka. Wuhuu!

Ye ke? Asal?

Ntah, aku pun tak tau. Hati aku rasa sejuk bila aku tengok orang macam tu. Ko tak rasa macam tu ke?

Agak la. Lagi?

Aku suka perempuan yang tahu baca Al-Quran.

Kenapa?

Ntah. Sebab aku lagi suka dengar orang baca Al-Quran untuk aku. Kau kan tahu aku suka baring kat surau nak dengar bacaan. Itu baru lelaki, kalaulah perempuan yang bacakan tak tahulah apa rasanya. Betul tak?

Agak r. Lagi?

Aku suka perempuan yang cerdik.

Kenapa?

Sebab aku sengal. Ahaha. Kau ingat aku pandai ke? Ko tengok aku ko dah tahu yang aku ni ntah pape. Tengok r result aku. Biase je. Haha. Kalau dapat perempuan yang pandai, bule la tolong ajarin aku sikit. aku juga nak cari orang yang boleh tolong betulkan kesilapan aku dan juga bagi peringatan kat aku.

Ooo. macam Aisya la.

Haha, agak la. First time aku tengok Aisya tertarik doh aku. Siriyes dia memang complete model. Sebijik.

ceh, ko ingat ko Fahry la.

Hak ala, bila masa aku kata aku macam tu. Tapi aku ada terfikir, walaupun aku jumpa Aisya, ko tak rasa Aisya cari Fahry? Aku Fahry ke sekarang ni? Hahha.

Agak la, ko dah la perangai macam ni tapi taste perempuan hebat gila.

Hmm. Dulu memang cari orang yang macam tu. Kiranya aku nak cari  orang yang taat pada tuhannya. Jadi fikiran aku akan tertumpu pada orang yang pakai tudung labuh ni. Hoho. Tapi aku semakin hari aku jumpa ramai orang. Aku baru sedar.Yang hanya Allah sahaja yang tahu seberapa taatnya dia dan aku tak layak menjudge orang hanya dengan first, second, infinity impression.

Ha'ah, ko tengok lah Maria. Ko tahu watak dia macam tu kan? 

Tapi tak de lah aku nak ambil yang bukan Islam doh. Agak agak r. haha.

so? apa maksud kau mencari yang lebih baik?

Owh, maksudnya aku tak percaya dengan apa yang ada depan mata aku sekarang ni betul betul sesuai untuk aku.

Tak ok ke budak tu?

Bukan tak ok tapi, 

aku nak cari yang lebih cantik tapi aku rasa dia paling cantik untuk aku.
aku nak cari yang lebih pandai tapi aku rasa dia paling pandai untuk aku.
aku nak cari yang lebih taat itu tuhan saja yang tahu.

Macam mana kau nak tahu yang itulah dia?

Mimpi kan ada.

Ooouu.. ya ya mimpi tu. Tapi  boleh percaya ke mimpi tu?

Ntah, itu kerja tuhan bukan kerja aku. '-'

p/s: Sebab untuk mencintai seseorang adalah kerana Allah.

p/s/s: Berikan aku lebih banyak pilihan agar aku dapat mencari yang lebih baik.


Hmm.. beritahu aku, kenapa kamu rasa macam tu? 
Kita kan kawan dan tidak ada-apa dan itukan cuma mimpi.

dah dah, jangan la menangis lagi. '-'



7 comments:

sYeNgEt ke senget?? said...

uish.. alhamdulillah~

ARe-TEh said...

sedih bce post ni

elya~nadia said...

smoge ko jmpe yg trbaek tok diri ko..

wanie said...

insyallah..tp skrg kena fkir psl study dulu...jgn nk mengatal ye ami...hukhuk..

elya~nadia said...

smpene post nieh ko tuka lgu ek??

haha..

ko mmg da nk kawen ke pe ami????

blaja dolu r..

[amiza a.malik] said...

lelaki baik unt prempuan baik
itu janji allah
islah diri dulu
setelkan individu muslim
smoga allah pandu hati ko pilih yg terbaik!

amirulhazwan said...

Ayu,
aku lupa tentang janji itu.
trimas kerana ingatkannya kembali.

Semoga Allah pandu hati aku pilih yang terbaik. '_'