07 April 2009

Kami dan Safeway


KaMi The HeNry
Jurufoto: Abang Ensem


Kenapa Kami? Siapa Kami? Kami The Movie? Kami Rider? Kamilia? Kamikaze? Kami Loo? Kami Raikkonen? Tidak tidak. Kami itu adalah aku, shafik, Umar dan Hanis. Ini adalah pengembaraan kami ke supermarket Safeway selepas kuliah maghrib bertajuk Ratu Balqis.

Kunci basikal dibuka, lampu di on kan, lalu kami bergerak dengan laju. Selaju apa? Selaju angin? Tidak tidak. Mestilah selaju basikal. Kata naik basikal. Takkan selaju kereta. Betul tak? Betul tak? Betul..

Sepanjang perjalanan kami menuruni bukit dengan pantas. Melbourne banyak bukit landai. Itu yang aku suka bila berbasikal. Sepanjang perjalanan kami menyebut dengan kuat.

Henshin! Henshin!

Aku melepaskan tangan dari handle basikal untuk membuat aksi Henshin sambil menunggang basikal tetapi kurang berjaya akibat ketidakstabilan handle. Diganggu oleh D-Lock yang berat pada handle sebelah kanan. Tetapi, akan tetapi Umar berjaya menyudahkan aksi pertukaran Rider dengan sempurna. Isk Isk. Aku kagum dengan kau Umar. Henshin!

Setelah sampai di Safeway dengan Safenya kami masuk ke dalam. Macam biasa di dalam kotak penalti minda saya hanyalah Keloggs dan susu. Kelogss dan susu. Huh? Cokelat cadburry kesayangan! Stok dah habis. Tapi baru beli hari tu. uhh. Tidak. Selamat tinggal kadbery. Jalan dan jalan. Huh!? Askrem Bulla! Wu~~ askrem bulla. Isk isk. Selamat tinggal askrem Bulla ku.

Setelah penat membayar segala barang, kami ingin pulang. Tetapi hanya ada aku dengan Hanis. Shafik dengan Umar belum keluar lagi. Apa aku nak buat? Aku dan Hanis memikirkan macam mana nak bawak Kellogs dengan susu ni naik basikal? Susu ini sudahla besar, berat pulak tu. Kellogs pun sama juga. Besar kotaknya. Idea pertama masukkan ke dalam sweater. Hoh! idea bernas. Kata Hanis kepada aku. Selang beberapa detik ,Hanis meletakkan Kellogs saya dan beliau punya di tempat duduk belakang basikal Shafik. Ha'a. Tak terpikir pulak kan. Kata aku dengan penuh segan akan idea Hanis yang bijak itu.

Lambatnya Shafik dengan Umar. Apa aku nak buat ni? Aku ambil keputusan untuk menelefon rerakan di luar sana. Walaupun anda anda operator 3, tapi saya tidak kisah Sebab saya ingin cuba mencuba dan lihat bil nya nanti pada bulan depan. 
Tak cuba tak tahu. Tak sayang tak cinta. Jadi apa kene mengene? Maka abaikan lah ya. Haha.

Hmm.. bulan malam ni penuh. Cantik juga. Lama juga tak tengok bulan sambil bercakap di telefon. Orang kata bulan ibarat Skype. Kita boleh nampak dengan orang yang kita sayang kalau orang itupun tengah tengok bulan juga. Last sekali aku buat demikian pada tahun 2006 di atas jambatan luar Melaka Central kerana Melaka Central dah tutup dan aku balik maktab awal. Haha. Setelah puas berbicara, tak, bukan berbicara. Setelah puas mendengar cerita dari hp cikai saya. Maka Shafik dan Umar pun sampailah dan Kami pun bertolak pulang dengan gembira.


Idea 'bernas' aku

Idea bernas Hanis 

Avanti dan susu Pula



p/s: Hm.. pelik.. Bulan nampak merah sikit hari ni.

Mengantuk mungkin. 

Sampai rumah: "Arghh!! Lupa nak beli Chips!!!"
      Kenapa semua orang makan chips!!

6 comments:

Lady Huyam said...

susu pula ke pura???


hahahahaha

amirulhazwan said...

Susu cap Pura la.
wu~~ dh namanya mcm tu.
haha

Lady Huyam said...

x la, ko tulis pula kat atas tu

amirulhazwan said...

ha'a,
aku salah tulis nama susu.
haha.
bapak segan.

i.Z.z.A.t.I said...

warghh.basikal!bes!hehe.ble nak bawk aku terbang sanaaa??

amirulhazwan said...

haha,
ko la terebang sini