12 April 2009

Aku Tak Kemana


Pada mulanya, aku didekati..
Semakin dekat dan dekat.
uih, terlalu rapat.
Aku berhenti tapi jangan risau.

Aku tak kemana

Suatu hari, aku bercadang berjalan mengundur.
Aku ditarik, dan semakin ditarik.
haha ya ya.Baiklah baiklah. Aku berhenti.
Jangan risau
Aku tak kemana.

Pada suatu ketika
aku berfikir
sepatutnya aku tunggu, berjalan ke belakang atau mendekati?
Aku pilih semakin mendekati.
Aku tak kisah dibaling batu,
dibaling apa apa pun.
kerana aku sudah berjanji
bahawa aku sentiasa ada di sini
jangan risau aku tak kemana.

Suatu hari
aku berjalan mendekati,
tiba tiba aku terasa ditolak
aku dekat ditolak lagi
semakin kuat dan aku berhenti.

Aku pandang kedepan,
kenapa? kenapa jadi macam ni?
Silap besar aku jalan mendekati?
Tapi aku ingin mendekati
kerana aku sudah berjanji
yang aku tak kemana

Tapi kalau begitu baiklah.
Aku berhenti. Aku tidak mengundur.
Tetapi berpusing dan berpaling.
Aku menjauhi setapak.
Tiada lagi rasa ditarik.
Jalan setapak lagi.
Mm.. baiklah.

Jangan risau
aku akan pergi

Tapi jangan risau,
kerana aku sudah berjanji
maka aku tinggal hati aku di sini
biar aku berjalan dengan tiada hati
hati itu aku tinggalkan
sebagai ganti untuk terus mengikuti
dan bukti aku di sini
yang aku tak kemana.

p/s: Ataupun patutkah aku tinggalkan hati dan jalan mendekati dengan jasad kosong?

--
Posted, 2009-04-12 06:52:03 +1000

6 comments:

syafiqnawi said...

bapak puitis...ko nak jadi a samad said? sile lah bela rambut dan janggut panjang ala2 usrah..pastu dye putih..

amirulhazwan said...

aku ada terpikir nk wat cmtu gak doh

orkedkhaled said...

gle mendalam mksd ayt2 abg
wahahah
mayb abg pggnti a samad said
=p

amirulhazwan said...

aihh..

nazihahisa said...

saya tertarik dgn puisi anda,,, nk sign boleh?? hahhahahah ;D

amirulhazwan said...

hmm..