10 April 2009

Aku dan Cuti Easter

Ya, cuti easter pada hari ini dimulakan dengan bermain bola tampar di Henry Park jam 8 pagi. Entah kenapa tiba tiba bersemangat kami bermain 3 game. Tapi bagi aku, aku rasa kejap sangat dan aku nak main lagi. Seronok.

Sepanjang petang ni tak tahu nak buat apa. Mr Loges ada datang rumah menyemak nyemakkan diri beliau di bawah meja yang sedia sesak ini. Aih. Beliau ada mengajak makan di Nasi Lemak House atau Es Steller tapi aku menolak kerana dia tak mau belanja aku. Haha.

Apa yang aku buat? Aku buat macam macam. Menonton Masked Rider Kiva, facebook, mengusya blog lalu tidur. Kitaran ini diulang dan diulang hingga sekarang. Selain itu aku juga menganggu gugat Mr Loges kerana aku suka mendengar analisis analisis beliau tentang apa yang aku lakukan termasuklah spekulasi key chain aku. Amende.. Mr Loges..

Aku biarkan sahaja Mr Loges bermain dengan G maps yang ada di dalam hp cikai saya. Mr Loges mencari mana letaknya Pizza Flamingo's dan juga lain lain tempat seperti Unisa dan rumah yang berdekatan. Sebelum Mr Loges pulang beliau ada menasihati supaya sembahyang asar dahulu. Bagus Mr Loges.

Perut kami juga agak lapar pada hari ini. Aku mendengar 5-6 kali perut Mr Loges berbunyi tapi beliau tak mahu mengaku yang beliau lapar. Mmh, biarkan beliau. Aku ingin membuat sedikit reading berkenaan dengan Famine tapi kemalasan agak datang melanda. Tak tau kenapa dan aku tak nak tahu kenapa. Malam ni kot.

Kekewan juga bertanya tak ke mana manakah cuti easter ni? aku menjawab tidak, duduk di rumah sudey. Aku ingin setadi dan mengkecapkan balik apa yang aku tertinggal kerana aku baru mendapat momentum yang aku cari dua hari yang lepas. Bagi yang pergi ke Great Ocean Road selamat menikmati permandangan yang indah dan kepada yang pergi ke Jalinan Musim Luruh selamat menjalinkan kejalinan. 

Kepada Mr Shafik yang bertanggungjawab mengorganizekan rerakan yang akan datang ke Melbourne pada esok pagi selamat menjalankan tugas. Dan aku esok? Aku?

Apa aku nak buat?

Aku ingin lari dari hiruk pikuk kipuk dunia. Ececeh.

Hmm..

Aku rasa aku nak memancing ikan esok. Bakar dan makan. 

Kena bawa nasik kosong nih.

p/s: Selamat menjalankan aktiviti memasing.

8 comments:

NuR kHaiRunNiSa said...

ceyh..memancing seyhh~tngkp ikan ke tngkap laen??huahua~

p/s:jgn buli loges je..haha

amirulhazwan said...

nak mancing mende len pun bleh gak kot. Ko x wat pape ke cuti ni?

NuR kHaiRunNiSa said...

aku g autumn gath besok..hehe..3 hari..pastu lepak adelaide je ahh..wey tu budak2 g melb ko kirim ah kt diorg bende2 menarik kt melb utk aku!hahaha=P

amirulhazwan said...

autumn gath. Dengar cam best.
Nak kirim samting buleh je.

Aku bagi ikan yang akan ku tangkap esok.

Orait..

NuR kHaiRunNiSa said...

ok2..aku tunggu ikan ko tangkap..x dpt siap r..hahaha..aku da lame x mkn ikan ni..ikan mahal..hari2 ayam,daging..nk ikan!

amirulhazwan said...

ha'ah, mmg mahal tul

pdut said...

mhai smpai aku fobia....hahah

amirulhazwan said...

pidut, ko makan sayur ke ikan?