31 March 2009

Aku dan Pukul 4 Pagi

Aku tiba2 terjaga dan aku memang tahu sekarang baru pukul 4 pagi.

Aku ambil tuala, gayung bawah katil lalu menuju ke tandas bersebelahan. di koridor terdengar sayup-sayup bunyi alarm jam orang yang nak bangun tapi tak bangun. " mm,nak aku kejutkan ke?"

lalala~~

dah siap mandi sudey. aku ambil baju melayu hijau kesayangan, kain pelekat kesayangan, aku tau sekarang baru pukul. 4.10 minit. "urait,kejut bebudak"

aku berjalan keluar dari blok D ke blok C. "oih Rodi bangun ah, subuh, Wan bangun subuh. kejutkan dak dak len gak. oih bangun ah, astaghfirullahalaZhim, kata suh kejut."

aku ke blok B pula. sambil tangan memeluk tubuh, aku naik ke tingkat 2. "uih gelap nye koridor" aku membuka lampu koridor lalu berjalan ke beberapa buah bilik, "Topek bangun,subuh Boon bangun, nanti kejutkan dak dak len gak"

Aku juga ke blok blok lain mengejutkan para sahabat yang suruh aku kejut mereke kerana mereka tahu aku bangun awal. Aku berjalan dengan kadar yang perlahan, tangan memeluk tubuh seperti idola aku pada waktu itu yakni Abang Lan.

Setelah itu, aku tahu sekarang baru pukul 5, aku berjalan pula menuju ke ibu pejabat, lalu semula di hadapan bilik dan tembus ke pintu depan, dah sampai suau. "haha, best betul tempat tidur dekat suau. senang aku nak datang tiap2 waktu semayang" aku berdoa dalam hati, mana aku tinggal nanti, tolong dekatkan aku dengan tempat ibadahMu. Aku senyum tenang dan membuka sliding door suau.

"Assalamualaikum"aku memberi salam kepada para malaikat dan juga apa2 yang ada disitu. Aku tahu ada banyak kisah tentang suau ini. Sembahyang sesorang tiba2 bahu ditepuk untuk berjemaah, diri diangkat ke tepi suau kerena tertidur di tengah suau, mengganggu " mereka" untuk berjemaah danmacam macam lagi.

Dalam gelap pekat malam aku menuju ke tempat Imam untuk membuka lampu lampu suau. Aku membuka yang mana patut sahaja kerana suasana terang menghilangkan rasa tenang dalam hati.

Aku hirup udara dalam2. bukan apa, aku perlu pastikan bahawa tiada sebarang najis keberukan yang mengganggu jemaah nanti. Aku memandang surau sekali lalu, mengemas mana mana AlQuran, mengambil buku Mauizhatul Mukminin min Ihya' Ulumuddin, pergi ke sliding door kiri dan lepak di situ "semalam bab bencana lisan sudah, bab apa yang belum, arini kene bagi panjang sikit sebab hari ahad, ah bebudak ni bleh topupkan kalu aku kekeringan idea."

baca punya baca, masjid sudah memutarkan ayat2 suci, aku ke tempat Imam dan cari CD, "mana CD cetak rompak Utz Toni nih? owh dah pasang ke.." aku tekan butang play dan zikir pagi Hijaz pun kedengaran.

Aku tau sekarang pukul 5.20 pagi. Aku sambung membaca dan 10 minit kemudian aku ke tempat Imam dan aku lakukan apa yang idola aku lakukan dulu yakni selawat Badwi. Aku suka selawat ni, selawat ni indah, menyejukkan hati, sekali sekala ambil kertas dan baca maksudnnya. sebak dada seketika dan rasa ingin menangis. aku terus berselawat. 

"allahumma sholli wassallim'ala, nuril annwar, wasirril asrar, watiryakil aghyar,wamiftahiba bil yassar,sayyiina wamaulana, muhammadinil mukhtar, waalihilathar, waashabihilakhyar, 'adaan ni'amillahi wa ifdhallih"

"0h?! dah azan? tak de orang datang lagi, aku lagi ke nak kene azan" hmm.. baru aku rasa apa yang idola aku rasa. 'walahaulawalaquwataillah billah hil 'aliyyil azhim, allahumma sholli'ala muhammad,Allahu ya Kariim....

"Allahuakbar! Allahuakbar!"

Sewaktu azan aku sedar beberapa orang yang hadir, lelaki dan perempuan. bagus, ada jemaah. "BANG! BANG! BANG! bangun semayang subuh!" kedengaran suara kejut mengejut. kelihatan terkincit kincit budak2 form 1 dan form 2 masuk surau. "cuak korang ngan abg Rodi haha"

Setelah selesai jemaah subuh, pagi diteruskan dengan bacaan Mathurat. Selesai bacaan, sedikit tazkirah diberikan. bla bla bla~~ "jangan lupa pegi turun PT(physical training) nanti, aku jumpa sape tido kat blok.. heh heh heh.. " mereka pun " heh heh heh" tanda memahami konsikuensesnya yang begitu kejam jika arahan aku diabaikan.

"kita tangguh majlis kita dengan tasbih kafarah dengan suratul Asr.. subhanakallah hummawabihamdika Ashadualla ila ha illa anta astaghfiruka waatubu ilaik, bismillahirrahmanirrahim, wal asr hingga akhir"

aku terjaga, aku mimpi, ini mesti kes aku chat dengan cikgu maktab malam tadi,
aku tengokjam, pukul 4,

hidung aku sakit,
aku sedih dengan diri aku sekarang





--
Posted via mimpi, 2009-03-31 04:27:31 +1100

9 comments:

ARe-TEh said...

nice post
kalo la taw zmn maktab dlu plg indah dr zmn U....hahaha...mst ath kmpl bnyk2 kenangn..tul x? trs cm dlu nk msk JDM or JDRM...ale2 dpt jd penguatkuasa plk...heeee

amirulhazwan said...

owh, haha thanks.
LDP masuk JDRM kene lucut la jawabnya. Naseb bek tak panjat bumbung. aha ha

elya~nadia said...

mcm phm jerk npe ko sdey ngn diri ko skunk..

hmm.. x sume mnde kekal ami..

wat knangn bnyk2 kat sane.. t da lek m'sia mst ko wndu hdup kat sne lak.. =p

amirulhazwan said...

trimas kerana memahami. mkaseh mkeseh

NuR kHaiRunNiSa said...

ami..azie tolong ko x kt surau tuh??hehe..

NuR kHaiRunNiSa said...

oh ye..aku g tabik spring sket kt ko~

amirulhazwan said...

x yah tetabik nye..
Azie?haha ha'ah of kos banyak tolong. Ko nak tau, aku selalu usha dia beraksi bila dia conduct program dengan budak perempuan dekat surau. Saja nak amek tau. haha.
kuriyes..

nazihahisa said...

perh... hebat.. hebat,...
ni dikira riak tak?? hahhaha

amirulhazwan said...

hmm.
ha'ah.