29 March 2009

Aku dan Driver dan Choco Churro

Disebabkan kebengangan yang berlaku pada pagi tadi, maka ditakdirkan untuk aku diajak keluar ke Melbourne City. Agak keberatan pada mulanya tapi disebab aku ni cuma 50kg maka aku sedar yang aku ini ringan lalu mandi dan bersiap siapan.

aku tak sangka bahawa jalan jalan Melboune city kali ini aku rasa sungguh senang hati. Aku tinggalkan masalah dan rasa bengang itu di atas meja kesayangan. Lalu aku merantau dengan hati yang senang. Lagipun akan berjumpa Choco Churro kejap lagi. Yes!

Walaupun permandangan Melbourne City aku sudah tengok beberapa kali tapi kali ni aku tengok dengan perasaan yang senang. Melihat orang lalu lalang.Mmendengar persembahan jalanan dengan acoustic gitar: ada yang buta ada yang bermain dua alat sekaligus. Aku amat kagum dengan mereka lalu aku memberi 2 dollar sebagai tanda penghargaan. Mereka bukan minta sedekah tetapi mereka bekerja dan kemahiran mereka harus dihargai.

Selain itu, sepanjang perjalanan berjumpa Choco Churro, aku juga melihat permandangan biasa kereta kereta kuda berhias ala ala cerita lama lalu lalang di jalanan. Terlintas juga kat otak yang satu hari nanti aku nak naik juga kereta kuda tu nanti. Tapi tak mo lah sosorang. Bosan gak solo kekadang. Haha. Dah dah.

Secara tiba tiba aku tak mahu bercerita tentang Choco Churro.
hm..

Maka, setelah berjumpa Choco Churro maka kami pun pulanglah. Pada pukul dua kami singgah ke Melbourne central untuk melihat jam randik gergasi itu. Pada pukul 2.05 minit maka jam itupun menurunkan tirai pentas persembahan dua orang budak, seorang bermain seruling dan seorang lagi main violin. Dan juga beberapa ekor burung yang tersusun yang menyanyi sekali. Lalala~~ twit twit twit~~ habes..

Sepanjang perjalanan hari ini, aku berfikir. fikir dan berfikir dan akhirnya aku berjumpa driver. Driver ini adalah samting/samone/samhow yang mangactivatekan mode stadi aku secara tiba tiba. Aku rasa tidak sabar untuk pulang dan stadi. Aku kembali menghadap meja kesayangan dengan penuh semangat membara. Lalu mengambil senjata Acer HD keramat dan aiseh, serang hendap. Onemanga bleach menguasai diri. Ada lagi 80 episod tak baca. Malam ni lah aku stadi.
Janji aku dah jumpa driver.

"Driver!, malam ni jom!"




2 comments:

kuteng said...

xleh blah la mmbr ak men gitar skrg..
hehe..

amirulhazwan said...

aku biase ah, muahaha!