30 June 2010

change is not always a progress

terkadang apabila duduk seorang diri, timbul satu perasaan aneh dalam hati yang sedikit sukar untuk diungkapkan.

hampir semua orang mempunyai cita-cita atau perkara yang diimpikannya akan tercapai suatu hari nanti. dan diri juga begitu. ketika duduk sendirian dunia seakan akan berhenti,

 lalu sepanjang hari dirasakan, perkara yang diinginkan itu dirasakan seperti tiada 'progress'. 
ditambah lagi dengan keinginan untuk melihat hasilnya membuat dada terkadang ingin 'lysis' ataupun 'burst'

diri tahu bahawa untuk sesuatu itu menampakkan hasilnya maka perlulah berusaha. kerana ada yang berkata 
'jika inginkan sesuatu maka perlulah bergerak, yak ni melakukan sesuatu ke arah tersebut'

jika difikirkan melalui logik akal memanglah seperti itu. jika mahu makan, perlu ke dapur, suap makanan ke dalam mulut.

jadi, jika semuanya bersetuju akan hal itu maka bagaimana pula tentang keadaan di mana apa yang perlu dilakukan pada waktu itu ialah tunggu dan lihat.

dapat apa yang ingin dikatakan?

keinginan untuk melakukan sesuatu ditahan oleh keadaan 'tunggu dan lihat'

Sewaktu saya sedang mendengar satu 'talk' di TED.com dan beliau berkata definiton success baginya ialah 'faith and patience'
dan mudah bagi diri untuk menerima.

memang akan ada suatu keadaan dimana diri terasa membuak inginkan sesuatu tetapi jalan yang terbaik adalah 'be patience and have faith'.
secara tidak langsung mengubah perspektif  kepada 'change is not always a progress'