20 May 2010

masa sudah semakin suntuk

apabila aku makin dekat dengan peperiksaan, aku rasa masa itu makin singkat.

aku mula melihat orang yang mula belajar dengan tekun sejak awal lagi. dalam pada itu mungkin aku berfikir "ah menyesal tak stadi awal"

jika kembali ke waktu dulu, jika aku melihat budak itu mungkin aku akan berfikir "kenapa dia struggle super"

mungkin aku melihat itu suatu yang pelik.

dan perasaan pelik itu lama2 akan hilang dan aku akan faham kenapa dia stadi kuat pada awalnya.

jadi aku berfikir, untuk mencapai matlamat itu memang perlu mula dari awal.maksudnya bekerja keras dari awal lagi. bukan belajar sahaja,tetapi benda2 lain.

iaitu,apa2 juga yang ingin dicapai dalam hidup.

tapi yang peliknya kenapa aku tidak bergerak? bukan aku sahaja malah kebanyakan orang.maka aku rasa itu normal.

tapi bila aku ingat kembali analogi belajar itu, aku kaitkan kehidupan dan matlamat itu dengan masa.

mungkin kerana kita rasakan yang kita hidup lama,maka kita buat sesuatu dengan perlahan.

aku berfikir, manusia bila merancang. ada matlamat jangka masa panjang dan jangka masa pendek.

tapi,bila dia membuat matlamat jangka masa panjang itu adakah dia pasti yang dia akan sempat hidup hingga ke waktu itu?

ada banyak drama2 melayu yang menceritakan tentang seseorang yang telah didiagnosis dengan suatu penyakit,maka,dia melakukan banyak perkara.mencapai banyak matlamat sebelum dia meninggal.

itu kerana dia sudah tahu yang masanya sudah suntuk.

jadi apakah masa kita masih panjang? kita boleh pastikankah? takkan perlu didiagnosis dengab sesuatu baru mahu bergerak?

jadi sekarang ini aku ingin sedar bahawa masa itu singkat.

mungkin orang akan pandang kita pelik seperti aku pandang budak stadi awal.
mungkin orang akan kata kita tergesa gesa.terburu buru.

biarkan.

mereka tak tahu apa yang kita rasa dan fikirkan.





Location:Drummond St,Carlton North,Australia

3 comments:

Amirah bte. Norjali said...

gudluck exam..

Asip Hussin said...

eyh. post ni best. aku nak copy paste. sekian mekasih~

lalala (berjalan pergi dengan muke tak tau malu)

amirulhazwan said...

sila2. just link balik kat post ni untuk rujukan.