23 May 2010

Kisah Sang Arnab yang tidak tidur.

ingin jadi arnab atau kura2?
jika kau baca kisah ku ini, kau akan lihat ada perkelahian dengan fikiran ku yang ini.

jadi aku lihat semua ini berbalik seperti suatu kisah. kisah yang rasanya semua orang tahu.

kisah lumbanya arnab dan kura-kura.

sinopsisnya menceritakan tentang kura-kura walaupun perlahan tetapi yang memenangi perlumbaan ini pada akhirnya ialah sang kura-kura.

mengapakah?

kerana arnab itu tidur.kenapa dia tidur? kerana dia letih. seperti manusia,manusia itu cepat letih bila terus berubah.ya. aku melihat disini pada waktu itu aku berfikir seperti sang arnab. aku ingin cepat sampai.

mungkin kura2 akan menang?

dan kemudian berfikir seperti sang kura-kura pula. kerana aku tidak mampu untuk bergerak pantas, maka aku secara perlahan, dengan redha bergerak dan terus bergerak.

Tetapi, disini. aku terfikir beberapa persoalan.
1. Apa akan jadi sekiranya sang arnab tidak tidur? menang?

2. Apakah sang kura2 itu memang yakin yang dia akan menang pertandingan itu?

3.Apakah penulis cerita ini sebenarnya pada asalnya seorang yang bergerak perlahan dan sedikit cemburu pada orang yang bergerak laju daripadanya lalu mencipta kisah ini untuk menunjukkan bahawa menjadi seperti kura2 itu bagus? apa mungkin dia juga yang mencipta pepatah ' biar lambat asalkan selamat?'

ya,mungkin kita akan berfikir dan berkata kura2 itu sudah bergerak sedaya upaya. ya, aku juga bersetuju dengan itu.

kalaulah arnab tidak tidur.
walau bagaimanapun, aku tidak ingin menjadi seperti kura2 yang perlahan. ingin menjadi seperti sang arnab yang laju, dan tidak akan tidur sebelum sampai ke matlamatnya.

p/s: momentum. itu kata kuncinya. anjakan paradigma itu.. entah.. orang yang debate selalu guna. haha
p/s/s: biar cepat asalkan selamat.

5 comments:

Sya Syazana said...

arnab comel. haha

sYeNgEt ke senget?? said...

belum pape dah bedengkur LOL

amirulhazwan said...

ala... haha

-m3- said...

arnab sombong, sbb tu die tido...

amirulhazwan said...

siapa suruh dia sombong.haha