15 April 2010

Video Trailer Lakonan Jalinan Musim Dingin 2009

Ayah Partiwi semasa menegur anaknya Murad seorang mat rempit

 Trailer lakonan JMD 2009

Ini adalah lakonan semasa Jalinan Musim Dingin di Melbourne pada tahun lepas. Beberapa bulan lepas rasa terpanggil untuk mengedit video ini kerana lakonan ini amat best dan rasa amatlah sayang kalau cuma bersarang di dalam external hard drive sahaja. Tak kisahlah sama ada 500MB ataupun 1 Tera.abaikan.

Setelah mengedit beberapa video, entah kenapa usaha itu terkandas seberapa ketika. Ini mungkin kerana kerja2 ini hanya dilakukan mengikut mood yang ada.Selalunya apabila mood 'tidak mahu belajar tetapi tidak juga mahu melakukan aktiviti tidak berfaedah' itu hadir, barulah bersemangat untuk mengedit. Terdapat juga faktor yang tidak dapat dielakkan seperti laptop yang tidak cukup power yang akan crash semasa hendak render the movie.

Tetapi kini dengan adanya sebuah desktop gempak sedara Hanis maka dapatlah saya meneruskan cita2 murni ini demi nak bangsa kita.Walau apa pun, ini adalah trailer untuk lakonan itu.

Siap sedia untuk melihat video lakonan yang pertama akan datang. Scene 1: Keluarga Ayah.

No comments: